29 August, 2016

Towing Services?

Korang pernah tak tiba-tiba kereta break down tengah-tengah jalan?
Tak pun, kita tengah elok-elok  je drive ada pulak insan paling istimewa pada hari itu mencium bontot kereta kita?
haaa... masa tu, macam-macamlah perkara yang akan berlaku kan..?
Antara perkara yang kita perlu lakukan ialah dengan menelefon towing services jika kereta tidak lagi boleh bergerak kan.. kalau ok, boleh gerak alhamdulillah.. kalau tak boleh macam mana?

Kalau anda berada di KL/Selangor/N9 dan Melaka, Insyaallah Team Crest Unity Towing Services bersedia untuk membantu anda!

Korang boleh call je team Crest Unity Towing Services  bila-bila masa sahaja kerana mereka sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan anda lebih-lebih lagi pada waktu-waktu kecemasan gitu.. Jangan pula terpedaya dengan jerung-jerung yang mengenakan bayaran mahal ya!

Kalau nak tau lebih lanjut lagi, korang boleh ke website mereka di SINI

korang juga boleh call@ whatsapp no ini : 017-691 6720 / 019- 769 7681

Good Luck dan berhati-hatilah di jalan raya!

04 July, 2016

Hari Ini

hari ini
di saat mata-mata manusia sedang menutup
bermimpi indah dan benci
kau masih menarikan
fikiran yang tak menentu
dan kau marah
bertanya dalam hati
mengapa kau jadi begini

hari ini
kau rindu
masa masa jerit pekik
masa masa kau tiada fikir apa
masa masa hati kau
hanya milik kau

hari ini
kau kembali mencari diri
di manakah kau yang dulu
yang kuat menepis luka
yang tidak pernah rasa duka
yang hanya fikir suka

hari ini
adakah akan sama seperti kelmarin?
kau masih tertanya
sedang jawapannya telah terlihat

kau hanya tidak mahu lagi menerima...

30 May, 2016

Cuti Sekolah!

cuti sekolah dah bermula!

Heppi la sangat bila cuti sekolah kan?
Padahal kat sekolah tu.. memang tak pernahnya nak cuti.

So, ceritanya Hari jumaat hingga Ahad sebenarnya ada Kem Perkampungan SPM 2016..
Disebabkan aku tak dimaklumkan pun kena dtg, aku dah ade pelbagai rencanalah nak buat kan..?
tup tup s/u program bagitau kena amik gamba lah plak.. erkkk..
Ko rasa? Aku rasa menyampahhhh sangat lah sebab tetiba je kan?
So, janji punya janji nak datang hari Sabtu n Ahadlah..

Hari jumaat tu pergi jimba jimba ngan mak lepas balik sekolah.
-pergi ambil quotation untuk custom album n mock up
-pergi ambil banner broga
-pergi tonghup beli barang keperluan sebagai cecikgu
-pergi dimaaaaa makan nasi arab!

Ceritanya!
Tengah bebusy kat Tonghup lah diorang nak call lcd x leh on..
Pastu tanya kenapa aku tak datang sekolah amik gambo bagai..
Tekanan mak nak! orang tengah hepi hepi diganggunya..

So pergilah kita ke sekolah ya?
Hari Ahad siap mengangkut radio untuk Prog BM..
Dan Penutup Perkampungan Akademik yg simple.. ok la..
Dapat merasa bihun soto siap bungkus.
Pastu dapat spec mata silau malam dan siang..
Pastu? beli daging kambing rm50. Belasah jek.

Begitulah kehidupan di SMKDHTK. Kau jangan ingat cuti ilah cuti..
cuti ialah separuh kerja sebenarnya..


Jangan lupa, 1 jun nak pergi Brogaaaa...!

27 May, 2016

Nilam di Puncak Broga!

Meh. meh.. Meh nak cerita!

haaa.. joyah sangat kan? excited sebenarnya, sebab JK NILAM menerusi Pusat Sumber Sekolah SMKDHTK akan mengadakan satu progam gedevanss sangat.

NILAM di Puncak Broga.. gitu..
Pada mulanya, tarikh yang diberi ialah pada 28 Mei tetapi atas pelbagai pertimbangan tarikh diubah kepada 1 Jun 2016.
Opp.. macam kenal je tarikh ni?

ok, ini bannernya..

Banner NILAM di Puncak Broga


Selain itu, ada juga buat banner kecil untuk gimik tandatangan.

Adaptasi daripada buku rekod NILAM
 Selain mendaki Bukit Broga, ada destinasi lain juga! haa... nantikan episod seterusnya nanti, ya!