31 August, 2010

xdapat kasih sayang~~terlebih kasih sayang! pilihan kamu??

  1. kebanyakan orang sering mengatakan, punca penyakit sosial yang menular dalam masyarakat pada hari ini disebabkan oleh faktor keluarga. keluarga yang baik akan melahirkan anak2 yang baik dan begitulah sebaliknya. contohnya kita akan salu dengar orang kata... "ohh.. anak cikgu.. patutlah pandai.. patutlah pandai mengaji, anak imam!
  2. tapi, terdapat banyak kes pula yang menunjukkan pesakit2 moral ini pula datangnya dari keluarga yang baik2. kite sering dengar kata2 ini "bapa polis anak penjenayah, bapa imam anak boleh murtad" lebih kurang lah dan yang sewaktu dengannya...
  3. jadi, bagaimana ini? bagi diri aku, suasana dalam sesebuah keluarga sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang. Elemen seperti keakraban dan contoh perilaku baik termasuk memahami antara satu sama lain sgt penting dalam sesebuah keluarga. anak-anak perlu disemai sikap dapat memastikan mereka selesa berada dalam keluarga mereka sendiri. ini sangat penting dalam memastikan mereka bijak dan berani untuk menjalinkan sesuatu hubungan di luar pula. bijak bererti mereka dengan sendirinya dapat memikirkan perkara yang terbaik utk dilakukan di luar lingkungan keluarga mereka dan berani untuk mencuba sesuatu yg baru daripada pertimbangan bijak mereka tadi!. tapi apa yg berlaku? perkara seumpama ini hanya dipandang sepi dan dianggap remeh oleh setiap kebanyakan keluarga~~
  4. aku bukan pakar psikologi.. aku hanya salah seorang daripada bakal guru pendidikan moral yang sering dihujani dengan persoalan2 begini. dan... sepanjang hidup sebelum aku menjejakkan kaki di universiti, aku sudah melihat pelbagai ragam keluarga. hal sebegini juga terjadi pada diri ak. apa yang ku katakan hanya sekadar hasil dari pemerhatianku yang tidak formal! 
  5. aku punya keluarga bahagia seperti org lain, cuma kira2 13 tahun lalu abah pergi meninggalkan kami. jadi, ak menjadi seorang yang sangat berdikari. hubungan aku dan emak yang akrab membuatkan aku umpama bermain layang2 bersamanya. ak umpama layang2 dan emak memegang talinya. kasih sayang dan segala macam keperluan ku x pernah terkurang! ak sentiasa diberi kebebasan untuk buat apa sahaja. tapi, aku tetap menghormati mak jika ingin berbuat sesuatu. aku tetap bertanya pada emak. ini secara x lansung, membuatkan emak tahu apa yang sedang ak lakukan! (even ak boleh buat apa sahaja tanpa pengetahuan mak, aku ambil tindakan bijak utk tetap bgtau mak..) 
  6. adakalanya, ak menganggap sesuatu perkara itu pasti tidak dibenarkan oleh emak untuk ak lakukan, tetapi, selepas bertanya, emak pula yang beriya2 meminta ak supaya melakukannya! kesimpulannya, hubungan dan komunikasi itu sgt penting! bagaimana kita berinteraksi atau berkomunikasi dalam keluarga juga sangat memberi kesan dalam perkembangan diri anak2. ibubapa pada harini sebenarnya perlu bijak menangani anak2 yang licik agar mereka menajadi seorang yang bijak dan berani dalam erti kata yg positif!
  7. ak x buat tesis tajuk nih sbb dah ramai yang buat. hehehe.. tapi ak selalu memikirkan perkara2 seperti ini. orang yang sering berbincang dengan ku adalah emak. emak adalah cikgu terbaik dalam dunia aku!
p/s xdapat kasih sayang, memberontak. terlebih kasih sayang pijak kepala!

30 August, 2010

di Tag oleH cikTom utk BlogGeR aWard! (dlm hati suka)

ini adalah award yg telah ditagkan oleh cik tom yg baik hati lagi penyayang kepada ak! wahh.. ciktom, puji ini bukan bodek yerrr.. ekekeke.. jutaan terima kasih cik tom! 

1.apa yang bermain di fikiran skarang ni?
sakit kepala+risau x jengok blog kengkawan bloggers len sbb harini berjalan dari pagi!

2.apakah nama samaran aku?
gomokpendek, sQema

3.berikan 3 orang yang anda sayang
i. mak,mak, mak (3 kali mak)+abah
ii. kamu!
iii. org lain selain di atas!

4.panggilan aku untuk si dia
dia? sila jelaskan maksud anda! (sila hindari soalan mengelirukan)

5.hadiah yang u all impikan dari seseorang yang istimewa.
hadiah yg istimewa~

6.blog mane yang anda suke visit.
hobi saye suka membaca.. jadi sume saya suka visit!

7.tagkan 15 blogger.
aduss.. sian kat saye.. mn kenal ramai bloggers lagi tapi saya bagi mana termampu!

p/s ini sahaja yg mampu dilakukan. migrain sudah kembali! 

29 August, 2010

award??

  1. hepi x hengat bila dapat 1st award dari M@T@HaW! hahaha.. yerlah, ak baru jer pon create blog yg baru nih.. rasa bersemangat plak nak teruskan blogging  sampai muntah.. ekeke.. penghargaan diberikan kepada incik haw kerana sudi berfren dengan sigomokpendek ini. jasamu dikenang. motivasi itu penting~~ lalala..
  2. awardnya ada di sebelah kiri blog murahan ini. sila lihat. akhir kata, org berbudi kita berbahasa. yeah.. mari kiter tolong menolong!

tempahan Re-check!


  1. disebabkan pasaran untuk kueh lidah buaya berada di bawah tanggungjawab si gomok pendek ini, maka mak buat2 x tau jer ngan stok2 yg perlu ada. dua org manager syarikat buat2 muka blurr bila sigomokpendek lagi bertanya macam2. ok. nanti kan ku balas! ahaa..
  2. akibat berbuka puasa dengan nafsu ingin minum air yg banyak, kini sudah tenggelam bersama rasa sakit perut. ok, pelbagai jenis hidangan air. air epal, soya, teh bunga, tebu. juga ada air kopi! huh!... setiap  jenis mmg konfem satu gelas... tambah lagi dengan 2nd round?? hahaha.. banyak la jugak gelas yg kene telan!
  3. mak sudah berangan2 mahu ke restoran ayam penyet lagi! yeeehaaa.. kan ku nantikan detik itu.. esok munggkin akn ke hospital? hurmm.. atau ke klinik saja.. semata2 untuk rawatan muka kiko! cet... ak yg gomokpendek ni saper mau rawat?? rawat hati sendri lah nampaknyer~~ hahaha.. 
                                                        


p/s; kueh sayer lebih kurang camtu gak~~

28 August, 2010

ramai sungguh!

  1. dari siang tadi.. hmm.. pagi tadi! ramai yg datang. tamu itu pembawa rezki.. jadi emak mmg sgt mengalu2kan tamunya.. disebabkan ak maseh berada di atas katel bergolek2 peluk lappy, ak x berapa nak tau siapa yg datang. 
  2. cuba2 sebokkan diri depan mak. masuk bengkel capai tong kueh. packing dua tiga pack. mak buka mulut ceritakan siapa yg dtg. haha.. mak jah (mentua x jadik ak), mak nah, darwin, apit bawa kawan nama reza, uncle juge ada. terkemudian, ayu pulang bersama farisah cumel.. (sudah tentu si abg ipar sekali!). petang sedikit, aisyah bersama incik adonnyer.. dan yg terakhir sebentar saja tadik, keluarga sebelah mak dari singapore.. kak sidah.. ehh.. mak busu sidah sbnarnyer(dia muda, jd sayer konfius). nek itam yg masih kuat, suami busu sidah, anak2nyer 3 org, ada sorg uncle, maid mereka.. sangap betul tegok toyota mereka! aduss.. bila ak nak dapat camtu?? hahaha..
  3. dari tadi mengulit blog. xtau knape skrg rajen jengah blog.. blog lama nampaknyer tersadai. sbb blog lama berkaitan perkara;lain.. sayer perlu kembali kepada perkara itu jika mau menulis blog itu kembali. err.. apa banyak itu nih?
  4. so, kesimpulannya harini kueh dalam bengkel sudah terang dan tempahan masih banyak. tekanan semakin terlihat! keletihan semakin tersenyum... adusss..
tired
ini pastinya amik dari incik google.. 


27 August, 2010

panas telinga.

  1. agak lunyai harini. sahur pon agak x berapa nak lancar. terlelap depan lappy sambil terbaring atas lantai beralaskan selimut tebal. ketiduran! tik tok tik tok.. 
  2. packing kueh ngan muka cam nak pitam. tiba2 tersedar. ketiduran! (nih dah 2 kali) kalo org jabatan kesihatan dtg mampos bisnes mak kene saman. x pasal2 ada dugong terdampar dalam bengkel kueh.. pergh.. 
  3. kiko buat muka meluat. ok kiko. ko x fhm. ak diam membuta tuli. seribu bahasa juga ak diam. ak x salu camni. dan ak pon pelik ngan diri sendiri.. 
  4. kesimpulan, kepala harini sakit. so, x bape riang ria harini! huh!

26 August, 2010

riang ria si gomokpendek!

sila hip2 horaayyy 3 kali.. 

1. ok. baiklah.. ak sorg jer yg akn buat hip2 horayy tiga kali. orang yang terbaca blog murahan nih x mungkin akan buat! nasib korang lah kalo dah tersesat kat sini. 
aku a.k.a si gomokpendek ini dah lama nak create blog sentap nih.. blog dari sisi ak yg benar! 
tapi ak suka lengah2kan apa yg ada dalam kepala. 
yg ak tau sik berpk jerla.. buatnyer tidak..
pusing2 si manis imaginasi menyelinap x henti2.. 

2. bukan sebelum ini x benar.. itu benar juga! ya.. kerana ak di satu tempat itu adalah lain. 
ak diikat oleh satu nama yg plg ak sanjungi! mana mungkin ak akan menjadi yg benarnya sisinya ak! phuit! x pasal2 kena ludah ngan pakcik kebun.. cth: hakim-ada level yg lebih tinggi dr org lain. tapi tu di mata awam! 
bagaimana dia di mata ibunya?? di mata anak dan isteri?? haaa... tu lah dia. faham? ok kalo lambat, sila tunggu next train!

3. siapa ak?? ringkasnya ak budak perempuan yg gomokpendek. kebijaksanaan x baper nak bijak sbb x bjayer jadik doktor(seperti yg diimpikan masa standard 1). orang yang kenal ak mungkin akan kata ak nih mulut jahat. ok. setuju saja.. sebelum kenal org x suka bcakap, tapi bila dah kenal, suka bercakap non stop. (padan muka~~ )
jadik, entry utk bloggomokpendek rasanya konfem akan panjang2.. hahaha~~ 

4. ak anak makcik yg meniaga kueh.. tapi ak salu pelik nape mak ak a.k.a makcik nih x kaya2 even dah lama meniaga.. konpius gak nih!  nampak sgt ak x leh mnuntut ilmu bisnes dari makcik nih kalo nak meniaga ngan tujuan nak kaya! bazir masa jerk! hahaha.. tapi yg bestnyer.. xpenah plak ak x dapat apa yg ak nak daripada makcik nih! waaahhh... cam best2 jerw! 

5. sudah2.. ok.. hidup ak juga pasti berwarna warni bersama makhluk2 tuhan yg seksi dan x baper nak seksi.. err.. nak bahagikan ker name list utk seksi ngan x seksi? ok. x payah. mereka-mereka adalah... ten ten tennnng..  family ak la.. mesti bnyak tentang kiko, ari, ayu, apit along, n mak. abah? ok abah da xder  12 tahun lalu~~ ok tambahan lagik ipar dan bakal2 ipar! dan x lupa uncle.. 


ini ibarat warna warni yg ak pk kan.. x baper menarik pon xper!


6. tamat blaja kat varsity yg ak x tau best ke x tu, hidup ak hanya dikutung oleh makhluk2 ini. kadang2 sampai x bernafas! haaa.. pe citer? next n3! huhuhu.. blurp! (tekak dah kering cakap dalam hati)




ok, ak sudah confuse sama diri sendiri!











24 August, 2010

sikuel anak tokey~

  • bisnes kueh tradisional mak bermula kecil2lan waktu arwah abah maseh ada. mak suka2 buat kueh rempeyek kat ceruk dapo umah yang keciknya agak sama dengan sekangkang kera. tempahan masih sedikit. dan di hujung jalan hidup abah, bisnes kueh mak semakin maju. abah riang, mak bertambah senyum mengenang dapo yg sekakang kera akan berubah menjadi sebesar ruang tamu.. dat is back around late 90's...  mak makin ligat mengacau adunan kueh.. tempahan semakin banyak. maka,tuntutan tenaga kerja turut bertambah! merasa derita akibat dipaksa ala2 kerahan tenaga oleh abah membuatkan ak tidak mungkin akan meninggalkan kueh emak. diam saja kaku di tepi kuali kecil itu sambil tangan sibuk memilih kueh yang sudah cukup masak. ditoskan minyaknye di dalam tapis plastik tebal. di bawahnya turut dilapiskan dengan bekas minyak sebesar permukaan loyang mak membuat kueh. 
  • berbekalkan sedikit hasil meniaga rempeyek dan mengasuh anak kecil dan tambahan bonus serta kenaikan gaji abah, mak dan abah mengupah tukang melayu untuk mencantikkan keadaan dapo rumah. tukang itu adalah 'atok'.. sehingga kini menjadi datukku. baru sahaja tiga baris batu blok dibina dibelakang halaman rumahku, abah pergi.. abah pergi di kala subuh baru menjengah. hujung mataku ini tidak pernah lelap tanpa terbayangkan wajah abah dan tubuhnya bersandar lemah memandang ke arah rumah sewaktu menaiki kereta yang dipandu pak lang ketika membawa mak dan abah ke hospital pagi itu
  • mak meneruskan hidup dengan penuh tekad dan semangat yang ak sendiri tidak tahu dari mana sampainya.. mak memastikan lima anaknya habis tamat belajar dari sekolah. biarpun anak-anak mak tidak sehebat mana, mak sudah senyum menerima gaji anak2nya yang telah bekerja.. mak sangat bersemangat mengharungi kehidupan sebagai seorang balu. paling femes bagi mereka2 yg berhati busuk, menggelarkan emak janda.. mak manusia hati batu. mak x pernah ambi pusing kata2 mereka2 yang punya hati kalah bangkai. dari hanya sebok mengacau adunan rempeyek, mak mula menguli tepung! bukan roti canai yer.. mak buat lidah buaya/tiram manis/kapal terbang/layang2 n mcm2 namanye kueh nih.. waktu itu, sekali lagi... ak tidak betah melihat emak melakukannnya sendirian! namun, mak tidak pernah puas! mak buat muruku pula.. muruku mak muruku melayu... kalu makan, konfem xder rasa cam meruku india.. so, jgn xpect muruku mak sesedap muruku india yang anda suka!   mak bertambah hebat bila mula2 belajar2 mengadun kueh ros pula.. ak masih ingat.. waktu mula2 mak buat xperiment ngan hasil adunannye.. ada bahagian kelopak kueh yang tidak mahu tegak. ya! mak mmg usahawan! mak buat.. buat.. buat dan buat lagi sehingga berjaya.. sampai kueh ros mak menjadi kegilaan ramai org juger..
  • bisnes mak semakin berkembang juga. dulu, mak uli tepung lidah buaya guna tangan.. now, guna mesin jer! dan ak sgt pakar untuk melakukan itu... tempat goreng rempeyek mak x lagik sebesar kangkang kera. mak sudah ada dapor mudah alih. khas untuk buat kueh. kuali besar~~ kerusi besar cam boss pejabat punyer kerusi.. acuan kueh rempeyek mak banyak.. semuanya jenisan double.. begitu juga acuan kueh ros.. packing kueh pon just guna sealer.. ak sudah menjadi pakar utk me repair sealer mak kalo rosak..  kalo dulu? huh.. mak guna lilin jer! pedih2 lah jugak jari nih bila kena lilin cair! tapi sekarang x lagi..  mak pon dah der bengkel kecil. kami namakan  AR~~ singkatan untuk Akademi Rempeyek. nama itu kekal hingga kini! mak juga ada akaun untuk bisnesnya.. semua aktiviti jualan dan belian direkodkan. 
  • jatung nyawa untuk bisnes mak boleh dikatakan berpunca dari hasil jualan yang kami hantar ke gerai kraf yang terdapat di sepanjang jalan menuju ke tol simpang empat alor gajah.. kalo perasan.. ada kueh mak kat sana... dah lama dah.. sejak abah pergi.. tapi tu mak yang anta.. sebelum itu abah yang anta. dan kami hanya jumpa satu sahaja gerai yang abah anta...  so, setiap sabtu.. kira2 jam 2 petang mmg dah start g anta ke kedai2 tersebut.. terus ke depan selepas tol, ke cherana puteh, kendong dan hentian sebelah tampin..  selain itu, terdapat juga org perseorangan yang datang ke rumah.. terutamanya menjelang hari raya.. x kurang juga dengan penipu2 yang berjaya mengambil kueh mak.. tetapi x langsaikan bayarannya.. ingatlah kamu, bahawa kamu telah makan harta anak yatim!
  • hasil daripada meniaga kueh mak, mak berjaya buat saving sket2.. so, dapatlah renovate umah bahgian depan sket2.. kemuncaknya pula beberapa bulan sebelum ayu kawen. mak telah menyediakan syurga indah buat kami.. namun... mak tetap di tipu.. dianiaya!
  • selain berjaya menciptakan sebuah syurga buat kami berteduh, ak mula berpk2.. apa lagi kemewahan yang mak miliki dengan status tokey kueh ini? oh.. mak ada sebuah kereta kancil yg ditebus kembali oleh emak semasa p.andak gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan! huh.. itu sahaja! segala hasil keringat yang mak kerah disalurkan segalanya buat anak2.. begitu besar pengorbanan mak untuk anak2..
  • sekarang? mak dah x sehat.. sangat tertekan untuk ditaipkan masalah kesihatan mak. dari yang alam ghaib, hinggalah ke penyakit moden. mak ada semuanya! kiko sudah serius dengan pewarisan bisnes kueh  mak. ternyata, jual kueh mmg menguntungkan jika kita tidak punya tanggungjawab menjaga lima orang anak dan kelima2 nya maseh bersekolah! buktinya.. kiko yang serius meniaga hanya mau pakaiannya, kasutnya dan segala2nya tentang dirinya perlu dibeli dari butik2 dan tempat yg ada kelas.. ak dulu? huh.. setakat shopping tampin jer! cettt.. 
  • mak seorang yang sangat berat tangan nak hulurkan kertas yang tercatit not2 ringgit malaysia pada ak.. jadi, jalan penyelesaiannya, secara paksa rela, ak akan jual kueh2 yg ada.. kesempatan yang pernah dilakukan adalah sekali dua meniaga kat sekolah.. tapi x leh tahan. sbb ak jenis x sampai ati nak mintak membe duit.. last2 ak bg free jer.. nak2 plak kalo membe tu sepupu sendirik! hahaha.. begitulah jugak masa duk blaja kat UPSI.. huh~~ so, saper kata ak jiwa meniaga? sorry~~ ternyata jiwa ak lebih kepada cekgu! heh..
  • siapa kata meniaga bleh buat banyak untung? boleh kaya?? tengok mak ak.. mak lah contoh tokey miskin.. dan..... siapa pula kata meniaga x bleh kaya????  tengok adik ak... pergh... taste dia xpenah nak jatuh! 
  • sabtu lalu, hari lahir mak yang ke 49.. mak hepi sgt2.. ak cuba buat mak lupa masalah2 yang melanda mak. kami jalan2 sebelum berbuka puasa di restoran ayam penyet. dan sudah tentu, seperti yang ak jangka, selera mak memang masuk dengan masakan tersebut! 
  • motifnyer ak menulis ini, ak harap, ak akan mendapat tawaran posting di kawasan sekitar alor gajah sahaja. so dat, ak sentiasa di depan mata mak. melihat mak. dan sekiranya apa2 sahaja yang berlaku, ak akan sentiasa ada untuk mak.. dari dipaksa rela, hingga kini.. ak setia bersama kueh mak... ak tidak meniaga.. ak hanya bekerja keras menghasilkan kueh2 itu bersama mak dan adik.. 

13 August, 2010

cik TAPEM.. yg sgt baik hati..

  • beberapa hari lepas dapat surat cinta dari TAPEM.. tabung amanah pendidikan negeri melaka.. huhuhu... diberitahu akan jadual pembayaran balik pinjaman tabung pendidikan..  dengan langkah yg pantas dan bernas, sayer dan kak amy telah mencreate satu surat permohonan untuk dapatkan diskaun...
  • dengan bestnyer hari nih pegi. but, kak amy jer lepas.. sbb cik TAPEM nak salinan ijazah ngan transkrip.. huhuhuhu.. xdapatlah sayer nak anta.. so, tunggu pas konvo lah! 
  • lepas g jumpe cik TAPEM, p stelkan hal famly yg menyayat hati.. hurmm... sedih! heh...

07 August, 2010

ku berTEMU dengannya dan di DUGA...

  • hari rabu yg lalu benar2 memberikan kesan yang amat mendalam hidupku.. eceh3.. pehal sqema semacam plak.. hurmm.. memang ak sqema per?? aishh...  hurmm.. rabu lepas bertemu dan diduga untuk mendapatkan temapat sebagai guru sandaran terlatehh! sebelum tu, perlu menduduki ujian insak selama 30 minit dan menjawab 135 soalan semuanya...
  • hasil dari menjawab soalan INSAK.... huh! lansung x sama ngan paper2 contoh kat luar yg sayer beli kat popular.. tapi sayer tak salahkan popular itu.. soalan yg sebenar dah terang lagi bersuluh mmg senang sangat2 sampai rasa cam berlaku krisis sahsiah dalam jiwa ak nih masa menjawab.. haa... time tu la adanyer si budak jahat dan budak baik bercakap2 dalam jiwa ak nih (ala2 cam dalam tv plak)
  • tapi berkat dari latihan belajar cara jawab dan pengalaman akak GSTT dari smjk Ave Maria membuatkan sayer ada keyakinan lah.. even sekeeetttt jerw!
  • waktu menunggu untuk temuduga mmg sangt mencabar... perut kosong, hanya minum segelas air sejuk kat ceruk dapor umah. huh~~ ada ke patut... dapat bilik 3, dan nombor gilirannya 16 daripada 30 org calon gurunyer.. semua sekali kat situ ada 4 bilik.. hurmm... setelah menunggu lebih kurang dalam 2.25 petang dengan sempat lari ke kantin utk minum milo, giliran sayer pon sampai!
  • soalan pertama yang ditanya adalah mengapakah saya memilih matapelajaran pendidikan moral sebagai opsyen sayer... hurmm... secara spontan sayer pon jawab.... masa sayer mohon dulu, bila sayer pandang jer pendidikan moral, sayer sangat teruja untuk mengetahui apakah yg ada di sebalik pendidikan moral. seperti mana yg kita tau, pendidikan moral hanya diambil oleh pelajar non muslim, manakala pelajar islam mengambil pendidikan islam. jadi, sayer ingin tau apakah yang dipelajari oleh rakan2 sayer. sayer ingin mengenali apakah itu matapelajaran pendidikan moral! huh!. dan... panel2 itu hanya tersenyum dengan jawapan sayer... haishh...
  • soalan seterusnya, apakah cabaran yang plg mencabar sepanjang praktikum, konsep 1 malaysia, ekonomi malaysia, PPSMI... aper lagi yer.. lupa sudah.. yg penting, sayer dah menjawab dengan keadaan terketar2.. hah.. lagi satu! panel tanya kenapa saya pilih melaka dan n9 sbg tempat untuk posting. huh.. jawapan berbisa....----> en, sekiranya sayer boleh membantu mendidik masyrakat setempat saya, untuk apa sayer pergi jauh untuk menabur bakti? sedangkan org lain tidak mahu pon datang ke tempat saya untuk mengajar... dahulu, semasa sayer bersekolah, pernah ada seorang guru yang lebih rela mengajar di sabah/sarawak daripada kembali ke semenanjung dan mengajar di sekolah sayer belajar. betapa sedihnye sayer sebagai anak murid ketika itu mendengarnya. jadi sayer tekad. kalau cikgu tersebut tidak mahu, xper! sayer mahu!. gantilah tempat beliau dengan sayer!  dengan suara yg agak menggeletar lah jugak sayer panjang lebar bercerita.. heh.. ok.. mmg la x sama sngt ngan apa yg sayer taip nih. tapi lebih kurang lah tu!.. haha..
  • itulah realitinya... itulah yg berlaku dan sayer agak kurang pasti sama ada saya berjaya atau tidak untuk dilantik sebagai guru sandaran terlatih.. jika lulus, sayer sudah tidak sabar mahu bebel2 pasal student yg nakal, yg cumel2 yg malas dan suka mcm2 kat sini! hehehe..
  • mak kata.. kalau ada rezeki adalah tu...
p/s malam sebelum bertemu dan diduga, sayer jenjalan kat tesco cheng and drivethru kat McD~ lalaa..