29 November, 2010

7 JANGAN di dapur!

 

1. JANGAN Tak Mengelamun Ingat Pakwe/makwe Masa Goreng Cekodok

2. JANGAN Tak Makan Cekodok Dalam Pinggan Lebihan Orang Lain

3. JANGAN Tak Terus Hadap Muka Kat Dapur Bila Bangun Tido

4. JANGAN Tak Makan Laju-Laju Kat Dapur

5. JANGAN Ajak Orang Makan Sekaliwaktu Makan

6. JANGAN Cuci Sinki Dan Lain2 Lepas Gunakan Dapur

7. JANGAN Tak Menyemakkan Diri Di Dapur Yang Kecil Biarpun   

    Tubuhmu Sebesar Peti Ais Juga!

 

tinta jemari: incik mat gebu mesti suka kan? kan? hahaha..

tag! :))

 

tersenyum-senyum sipu juga gomokpendek mendapat tag ini. ya, si gomokpendek ini memang suka melayan semua ini. sgt rajen sekali! hehehe..

blom ape-ape dah macam-macam. nih nak citer nih. nih tag dari cekla dan boloque. cekla nih da lama dah bagi nih.. gomokpendek x buat-buat. maaf ya cekla.. kawan2 kalo rajin pergi jer blog cekla. beliau sgt ramah! boloque plak dengan pantas mengetag gomokpendek sebelom sempat diriku mengetagnya. kalo nak kenal beliau, silalah klik pada boloque!

Q: Apa yang paling penting dalam hidup korang?

apa yang paling penting dalam hidup adalah untuk terus hidup. :P

Q; Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?

xder. sumer benda aku hutang! teheee… ((:

Q: Adakah korang bercinta sekarang?

apakah ‘bercinta’ itu?

Q: Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?

xplain pada saya apa itu kekasih??

Q: Di mana korang akan jumpe kekasih korang?

kenapa lah tanya soklan gomokpendek x faham nih?? hahah…

Q: Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli?

majalah PhotoYou edisi autumn..

Q: Apakah nama penuh korang?

.g0m0k9endek.

Q: Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

mak. sebab ayah dah x der

Q: Namakan orang yang betul2 korang nak jumpe dlm hidup korang?

mencari diri sendiri x jumpa2.. siapa diriku??

Q: Namakan tempat yang korang betul2 nak pergi?

  SYURGA!

Q: Pilih salah satu.. peluk atau cium?

  atau….

Q: 5 lagu yang bermakna dalam hidup korang?

asyik-damasutra

rahsia pohon cemara-exist

isa-ella

standing in the eyes of da world-ella

sepi sekuntum mawar merah-ella

Q: Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag korang?

cekla:

beliau ada kasut

kasut beliau hapak

berbintang aries.

boloque:

seorang lelaki

tgh sebok ngan epl (beb ku sokong MU.. lala)

duk bachok..

sekian. :P

 

Q: 5 benda yang korang sayang sangat2 dalam hidup korang?

benda kan? bukan manusia kan?

ok. ermm.. cik eos, cik mbv, cik hp, b bear, cik scroll. tenQ.

 

Q: Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

10 jun~ last year? kat mana mmg lupa giler… rasanya kat umah jugak…

 

Q: 5 blogger/followers yang korang nak tag?

saya nak tag  

koroe

bunga unggu

akugadis

putera kais!

 

.sekian.

27 November, 2010

award dari belog comel!

entah bila, gomokpendek melihat ada award dari fatinnadzirah comel

tahukah kamuorang bahawasanya belog sicomel ini comel? oohh.. pada gomokpendek, memang comel..! hehehe.. suka!

ini adalah award. sangat comel juga. terkelip2 mata gomokpendek nengok.. hahah! gayat!

 

image

beliau si comel ini kata, jangan amik award jer, soklan kat bawah tu pun kena amik! haha!

soalannya:

1) Nama penuh dan umur .

namapenuh: g0m0k9endek. penuhkan? umor? ermm..  xder tulis kena jujur kan? so, leh la x jujur kan? hahaha~ nak letak si manis 17 bleh x??

2) Nyatakan 3 lagu english yang selalu anda dengar/suka .

two is better than one

today was a fairytale

for the rest of mylife

3) Berikan kata-kata untuk si pemberi award .

tiada kata2 yang bisa ku titipkan.. hanya airmata yang mampu berkata2 (terharu) kah3.. 

 

tinta jemari; ntah apa2 kesengetan ku kini kan?

AWARD!!! (^_^)

 

gomokpendek dengan senyuman lebarnya, menerima award dari….

 

 oh lala

 kais!

 cikqila!

dimanakah awardnya??

 

mempersembahkan!

award oh lala

 

dannn… biasalah.. mesti ada soalan. macam test plak dah..

berikut merupakan solan dan jawapan. kalau salah setel belakang.

 

1.Berikan satu nickname untuk pemberi award:

a. ohLalalalalalatt! hahah.. kau buat ku kata.. uuuu.. lalalala!

b. putera kais

c. cikQila

2.Ucapan untuk pemberi award ini:

anda bertiga adalah manusia paling seksi baik hati! terimas! terimas kerana memberikan award ini kepada saya. saya tak sangka saya akan menang award nih memandangkan pencalonan pada kali ini sangat hebat! eehhh?

3.Berikan nama 6 artis yang korang minat:

ella

nak letak maher zain bleh?

hmm.. korn? hahah

taylor swift

R.A.T.M

kimora lee simmons.. haha!


4.Beri award ini kepada 10 kawan blog atau follower

huiks… bleh pengsan nihh.. sapa ku nak berii??

kak nor sayang

hanTwo

cikgu Nurin

cik su

budak meaw!

mirul

bro ejai

dah lah tu… x tau dah nak tag sapa dah! huaaa…

 

tinta jemari; saya sakit tengkuk! sape kena tag tu pandai2 la.. nama dah ada situ!

25 November, 2010

nak kongsi barang pun kedekut, apatah lagi kalau kau suruh aku kongsi hati itu!

 

salam and hye all!

haha.. tiba-tiba tajuk panjang. memang ini lahir dari hati gomokpendek ini. poligami. kalau orang perempuan mesti muka dah cam apa jer bila sebut poligami. kalau lelaki? senyum sampai telinga! dahh.. benti senyummm!

ok, kenapa poligami? ya, poligami adalah salah satu perkara yg terlintas dalam fikiran bila sebut ‘kongsi’. apa aku nih? tiba-tiba dah ayat macam start nak buat tesis je.

sebenarnya, gomokpendek sangat kagum pada wanita2 yang sangat boleh ‘berkongsi’ suami. payung emas semestinya hadiah buat isteri sebegitu.. owwhh..(terharu) kadang kala, kita mmg x pernah terfikir kan kalau lelaki yang selama ini separuh mati jatuh cinta kat kita tetiba jer boleh jatuh cinta kat orang lain kan? ntah apa lah benda2 jahat yang bermain dalam kepala masa tu.. huhuhu…(kata2 part yg ini khas buat pembaca perempuan)

kalau gomokpendek, xtau lah nak cakap macam mana.. biasalah, kita belom terkena memang tak boleh nak cakap kan? tapi, kalau dah ditakdirkan, TABAH jer perkataan yang selalu kita kena ingat kan.. tapi masih ada wanita yang sangat tabah dan redha. ini yang buat gomokpendek kagum!

kamu pula bagaimana? redha dan tabahkah??

tinta jemari: teringat pasangan di hari keluarga maybank di port dickson..

24 November, 2010

hilang dan mungkin hanya aku yang faham~

 

20/11/10

Port Dickson- hari keluarga di costa rica

21/11/10

dari PD, ke Klang untuk kenduri kawen dua pupu..

22/11/10

orientasi di ILP selandar+lapor diri

23/11/10

melawat tempat bersejarah bersama dua rakan baru..

urus segala macam hal kat situ

24/11/10

berpusing2 di kota bersejarah mencari hala tuju dan menyiapkan segala borang. juga melawat kembali ke tempat bersejarah bersama dua rakan baru. akhirnya berjaya menghantar si rakan baru ke MC~

-misi tamat!-

 

tinta jemari- gomokpendek gila sebab buat entry org x faham.. ini adalah penyebab kepada tidak bw! huh! haha~

lurus atau baik?

 

-pulangkan semula baki duit belanja yang diberikan oleh ibu kepada anda..

-habiskan semua kerja2 yang diberikan oleh majikan kepada anda biarpun telah tamat tempoh bekerja…

-membantu rakan2 yang selalu meminta pertolongan anda biarpun ketika anda memerlukan pertolongan, tiada siapa yang bersama anda.

-pegang karipap yang kawan minta tolong pegang pada waktu rehat sampai ke waktu tamat sekolah..

-tak makan nasik tuk tinggalkan tuk adik sedangkan perut bunyi2 nyanyi lagu dondang sayang..

-buat kerja tanpa diminta..

-tunggu member nak ajak pegi makan tapi kawan plak bersiap macam kura2. =))

 

bagi anda apa ya? lurus atau baik? heh..

 

tinta jemari- no idea!

18 November, 2010

7 TIPS- bila pakwe lama datang rumah!

 

entry khas untuk kamu2 yang banyak pakwe masa zaman muda mudi. =))

(dan.. kamu tidak suka/tidak mau/malu/nak lari dari dia. sila baca dengan teliti!)

1. relax! ini perkara paling pertama yang perlu ada dalam kepala anda. jangan gelabah beb!

2. jangan terus ke depan dan membuka pintu rumah secara membabi buta!

3. dulu anda cantik. sekarang teramatlah cantik dan tak mau dia melihat kamu? sila buka pintu rumah dengan hanya membenarkan sedikit bahagian kepala.

4. nak elakkan diri? tanya beliau… kenapa datang rumah saya maghrib2 nih?? maaf, saya ada urusan dengan ALLAH s.w.t. kalau waktu tu time asar, ko tukau lah asar, zohor, subuh, isyak ke kan?

5. kalau dia tanya kenal dia atau tidak lagi?? haaa.. senang jer.. buat2 tak kenal sambil muka konfius fikir siapa ya dia?

6. jangan pamerkan muka takut2 atau mahu tipu2 atau tergagap-gagap. berbuallah dengan beliau dengan gaya penuh keyakinan seperti di interview keje!

7. jika di rumah anda ada anak buah or anak jiran, sila ambil mereka dan dukung seolah2 anak kecil itu adalah anak anda! haaa.. konfem dia bajet korg dah kawen plus ada nak lagik! kan senang!

sekian, dari pakar motibasi anda. g0m0k9endek.

 

tinta jemari- tiada kena mengena dengan yang hidup maupun yang tak hidup!

16 November, 2010

RUN THIS TOWN

 

PERHATIAN: INI ADALAH TAG DARI  una da witch

 

Tag ini berbunyi demikian titikbertindih

Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.

1. If someone says, “Is this okay?” you say

gerhana! kumpulan kembara.. macam berkaitan jer.. jiwa ak gerhana!

2. How would you describe yourself?

aku tak akan bersuara- nike ardila… hahaha.. mantap. kamu tolong lah describe kan!

3. What do you like in a guy/girl?

antara sutra dan bulan-damasutra.. sutra dan bulan.. heh…


4. How do you feel today?

HINA-XPDC. memang giler la playlist aku nih.. pergh…

5. What is your life’s purpose?

korban cinta-fotograf. aku diam.

6. What's your motto?

run this town- Jay-z feat rihanna & kanye west. hihihihi~

7. What do your friends think of you?

kau tetap dalam anganku-azie.. hahahahaha! azie mmg selalu macam tu!

8. What do you think of your parents?

wanita- siti nurhaliza… yups.. parents saya sejak umor 11 tahun 11 bulan dahulu… adalah wanita!

9. What do you think about very often?

kau dipaksa aku terpaksa-scan. ok, ini memang serius lawak. aku memang selalu terpaksa beb!

10. What is 2 + 2?

tika dan saat ini-medicine… hahahaha.. lagu putus centaaa jer! huh!

11. What do you think of your best friend(s)?

kocik-kocik- tak tau saper nyanyi, tajuk dia plak memang camtu! nih lagik lawak weiiii! (kocik2 jago kobau, bilo bosa den merantauu. kadang pilah kadang rombau, kadang2 poie congkau.. kocik2 den jago kobau…) macam mana lah leh kuar lagu nihh?? hahahahakss!

12. What do you think of the person you like?

andai dapat ku undurkan masa-a’xls.. huh?

13. What is your life story?

miss independent- Ne-Yo.. ohhhh~~

14. What do you want to be when you grow up?

esok, lusa, selamanya- ELLA.. pergh.. suka ak lagu nih..  haaa..

15. What do you think of when you see the person you like?

puteri santubung-mix feat moleQ… huh?? ok, serius mmg ak pelik kenpa tajuk lagu nih bila ak klik mesti lebih kurang jer.. mesti nak ada kena jer??

16. What will you dance to at your wedding?

cinta dan airmata-CRK… syahdu nak dance lagu nih.. lagu sedih beb.. heh

17. What will they play at your funeral?

jangan kau lepas-alexa.. perghhhh!

18. What is your biggest fear?

i remember-mocca (ost catatan terakhir sekolah) ak x pasan kewujudan lagu nih pon. hahaha

19. What is your biggest secret?

rahsia perempuan-ari lasso. serius beb. aku memang pelik… apesal kena jer lagu setiap kali ak tekan nihhhh?? huikss…

20. What will you post this as?

run this town- Jay-z feat rihanna & kanye west. lagu nih balik r……..? huh.. layankan jerlah.

 

kini sudah tiba masa tuk mengetag! kena tag tuan tag ritu…

orang yang tag saya adalah uNa da witch!

saya mahu tag cik bintang(paksa!)

cik tom (silalah layan saya!)

GKSB(sudi tak??)

dr hanis si p.a.n.a.d.o.l(plz3!!!)

sangat malas nak tag reramai. penat. dah siap!

 

tinta jari- kebetulan apakah ini?

.serai tu tak cantik.

 

  • ayam menjadi kegilaan ramai menjelang aidiladha ini
  • kampung sunyi mula sibuk. kereta sana sini.
  • mencari ayam dan serai bukan kerja mudah pada waktu2 begini. harga juga up memang bukan seposen dua
  • jangan harapkan pasar. pasar makan pasar. ehh?? aahh.. salah taip.
  • serai. masih ingat lagi serai tepi rumah. nenek nak balik kampung pun mintak serai tepi rumah. serai tepi rumah besar2 montel2. macam aku. =))
  • serai beli tadi? rambut busu kiko lebih tebal.mengeluh.
  • cabut serai, bersihkan tanah, siap buang daun atas. sebijik macam kedai!. memang sangat puas. lihat nenk, mak ngah dan mak senyum2. sedih, dua nama dari depan sudah tiada kini. =(
  • akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~ *Tiada kena mngena ngan pemain bola sepak.

 

tintajari- sebok juga boleh tahan! -senyum tetap senyum-

hari ini dalam sejarah

 

  • aku termenung. teringat kali pertama aku berkenalan pada si blog. blog pengisi masa lapang. peneman sunyi hati.
  • diari titik bertindih luka lara hidup. cerita serba serbi panjang berjela. titik bertindih buku nota tingkatan tiga. itu belog pertamaku. sayang. kini aku lupa pada dia.
  • bermula semula. ohh.. perit getir hidup pelajar. bosan. tiada siapa juga menatap melainkan ak. separuhnya ada di sini! sempat terselamat. dua tahun lebih awal hilang entah ke mana. pelik!
  • bermula sekali lagi. mula ak berpijak dan berdiri. teguh juga. dan tinta jari larinya lebih laju.masih cerita diri. hati masih kuat mengata diri. bukan insani yg aku benci.
  • kau boleh benci aku. terima kasih. tapi jelas, aku mengeji, mengumpat mengata, titik bertindih (lagi?) itu diri aku… bukan kamu, mahupun siapa2.
  • aku si punya, hanya mahu berkongsi cerita.

 

p/s tak faham sudah. tak komen pun aku tak pernah kesah. silalah senyum sinis jika benci. aku mengerti. dan hari ini bukan anniversary belog aku!

15 November, 2010

'Cinta Di Mata Anda'

  

 
nama: g0mok9endek. (^_^)

 Pandangan/komen Terhadap Cool fm
cool fm nampak sangat cool. tuan empunya pastinya seorang yg cool, suka jiwang juga mungkin. jika  hati sedih, bleh jenguk cool fm. sekian.
 
 
 Definisi Cinta Di Mata Anda
CINTA adalah
C
I
N
T
A
-tak dapat digambarkan dengan kata-kata-

 Anda boleh 'tag rakan2 blogger anda' kiranya mahu.
nak tag ini orang—> cikbintang & mish
hahaha!



Tarikh tutup:16/11/2010

p/s nih kontes ke? ak pon x pasti! haha!

dunia tidak lagi selamat!

 

salam n hye all!

sebagai salah seorang penduduk bumi, aku berasa terpanggil untuk menyatakan ini! huaaaaa! tau x bumi semakin tak selamat?? 

tak perlu aku beri fakta2 dari mana organisasi,

tak perlu aku pergi jabatan alam sekitar,

tak perlu aku baca buku atau majalah,

tak perlu aku surf internet penat-penat……

ada sahaja KENYATAAN sebenar di depan mata…

kawan-kawan, anda-anda semua….

cantikkah ini??

sampah agak2 berapa lama lagi hayat teratai tu?

alangkah indahnya gambar ini jika tiada SAMPAH SARAP  di sana… oowhh.. apekah??

tabiat MEMBUANG SAMPAH DARI KERETA.

KAMU!! plz take note! JANGAN BUANG SAMPAH KELUAR DARI KERETA!!!

1. membahayakan org lain

2. berdosa (alam ini AMANAH TUHAN!!!!) dan bersalah dari sisi undang2 juga!

3.orang lain akan maki/sumpah kamu yg bukan2

 

p/s HANYA KITA YANG MAMPU MENGUBAHNYA! JADI, BERUBAHLAHHHH!!!!!

14 November, 2010

gosip artis masa kini!

 
petikan status mukabuku sahabat!
Putry Qaseh Qariesya Qute
gosip artis> skrg ak dh xminat sama Farid Kamil dan awek dia lg ak x minat, stuju Erma xjd ngn Nabil, suke imej bertudung RR,smoga 22 lagu Stacy msuk final JL,teruja Filem HMM, dan menyampah artis penagih dadah...huhuhu..
 
penjelasan~
  • beliau tak minat farid kamil dan aweknye.. err.. sape awek farid kamil?? kenapa ak x tau ehh? hahaha~
  • hubungan irma dan nabil yang putus di tengah jalan juga di restuinya!  mungkinkah kes nabil tertangkap sbb date (date ke word yg sesuaiii?? sesahh jerlah!) haa.. nih mesti dia x tau lagik kes kiss2 nabil nih… haa…
  • ok, RR tu ak suspek RAMLAH RAM. korang rasa tol x? sbb tadik nengok melodi secebis, nampak ramlah ram pakai tudung!
  • aaahh! dia nih memang peminat stacy beb! memang la suka lagu stacy uo kan?
  • filem HMM? agak2 korang citer apa ehhh?? nih ak x dah malas nak pk!
  • artis penagih dadah nih mesti kes kat melodi jugak tadik nih.. mamat bekas vokalis kumpulan exist. sore punyerlah menyengat.. ohhh.. T_T

 

p/s syok juga merepek cam nih kan?

M.A.L.A.S

 

saya sangat pemalas.

SPM cukup2 makan.

STPM belajar tak tutup mata.

bagi salam pada UPSI- ranjau berliku nak tunggu jawapan salam!

lentok teratur di Ave maria ConVent-credit to miss anggamah (i lap u)

6 bulan menyemai kasih berbudi di bumi RUMAH

lambat atau cepat. tapi itu bukan masalah.

usaha x kan mati.

usaha x kan pergi.

usaha kawan sejati!

esok pengurai janji kau dan aku.

esok, kau khabarkan aku berita madu!!!

 

p/s aku tunggu besok dengan sabar. aku menanti dengan muka yang sudah hidup dari mati!

13 November, 2010

abg posmen kena sound!

  • abg posmen selalu sahaja hadir ke rumahku
  • kadangkala tingkahnya buat aku tertanya..
  • mau apakah dia??  mengapa begitu tingkahnya??
  • sedang, warkah indah yang diberi itu..
  • nyata bukan milik ahli keluargaku!
  • apakah hadirmu untuk mengusha adikku?
  • namun, nyata juga bukan begitu!
  • abg posmen, berita darimu telah ku tahu,
  • walau warkah itu belum ada di genggamku..
  • kawanku berjaya mengganti tempatmu!
  • wahai abg posmen, marah emak bukan sekali..
  • akhirnya telah tidak dapat berbelah bahagi,
  • abg pomen kena sound di tengah hari!! hehehe..
  • akibat salah memberi lagi..
  • abg pomen, maaf ku pinta..
  • puisi ku bukan untuk mengeji mencela
  • ikhlas mau kata, terima kasih tidak terkata!

rentetan cerita kreatif!!!

 

salam n hye all!

  • hehehe.. entry dimulakan ngan gelak. meh sini rapat-rapat mehh.. nak citer nih kat korang...  dua hari lepas masuk kontes incik benashaari.. huhuhu.. kenapa join?

1. aku tau aku bakal senyum lebar nengok pengunjung dari sana. hahah~ *ketawa jahat*

2. saja aku nak uji daya kreativiti aku...

3. ak bajet mahu punya lebih ramai kengkawan blogger yang lain!!!

4. sebab ak kalah dalam kontes 1st yang aku masuk dalam blog incik ben ini. *sedang urut kepala*

5. ak suka nama incik ben ashaari sbb namanya persis nama si busukku! hahahah~ beruknyer perangaiku! *sekel kepala sendiri*

  • selepas itu kengkawan, ak mulakan misi ak dengan bg tau kengkawan ak kat FB.. hahaha.. ak malas nak twit sbb kengkawan ak x der dalam twit.. semuanya ak belasah.. hahaha....

image

amacam?? x malu kan.. hahaha...

image

dua kali ak post benda nih.. supaya sentiasa orang perasan siang tadi...

  • yang paling best, ada kawan ak juga postkan link yang ak buat kat atas tu kat status FB dia. ak x mintak pon!!! hahaha.. dia buat jer... hehehe. timer kasih bb~ jasamu ku kenang! hahaha
  • puas jugak ak promote kontes nih.. macam2 tempat ak terjah buat x malu... hahaha.. kalo anda ada perasanla.. aku dah malas nak menaip beb!!
  • kesimpulannya, nak cakap aku MENANG! hahahaha..  MENANGGUNG KEKALAHAN! hahahah!  x cukup kreatif n x cukup usaha n banyak lagi ak x cukup... ok? huhuhu...
  • terima kasih kawan2 yg banyak membantu ak! i love u all muah.. muahh.muahh! ehh.. pehal ak gedik nih? sengal tol!

 

p/s  kawan ak dah tolong call kan JPN melaka.. hhuhuhu.. nampaknya dapat posting melaka!

12 November, 2010

cerita pendek!

  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • --
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
  • -
cerita bermula apabila sayer..
-masuk kontes kreatif oleh incik ben. 24 jam jer plak tu tempoh had! ramai kengkawan yg kreatif2 buat entry
-lepas dah masuk, kena undi!! vote! vote! gomokpendek vote cikgu fikri sbb rasa cam dia buat best! lain dari lain! hihhihi..
-tengok2 xder saper yang undi gomokpendek... huishhh.. sedihh!
-tindakan? huhuhu.. on fb, ada member2 yg ada belog juga tgh on9... paksa rela diorg usha2 kejap.. hahah
-akhirnya ada juga yg vote! teeehhee... hahahah...
-masuk kontes nih sbb saja nak carik kawan2 baru...
-kepada yang mengomen, time kasih banyak2!!
-kepada yang mengundi, i lap u!!!
-kepada kawan2 yang lain, gudluck. tempoh mengundi tamat sudah jam 12... hehehe..
-anda semua yang menyertai adalah PEMENANG sebenarnya...

p/s falasi sebab tau x kan menang.

11 November, 2010

CERITA KREATIF

ben
salam n hye all!  jom layan org gila kontes!

clip_image001[7]
Arahan;
Anda perlu menjawab SEMUA SOALAN bersama sekeping gambar yang diperlukan. Sila jawab dengan JUJUR.
Soalan: Anda seorang blogger baru???
clip_image003
Jawapan: Ya! Ya! Saya belogger baru!
 
Soalan: apa kelebihan anda sebagai belogger baru??
clip_image005
Jawapan: Naahhhh!!! senyumannn yang paling manisssss! ini kelebihan yang paling utama!
 
Soalan: Anda suka menerjah belogwalking??
clip_image007
Jawapan: Ya, sayer selalu riki-riki belog! Riki belog tumpang belog besar2 lah.. kita belogger kecik jer..!
 
Soalan: sebagai belogger, apakah salah satu nilai murni yang anda pegang??
clip_image009
Jawapan: nilai kasih sayang! Saya sayang kawan2 belogger len.. pasti bantu rakan2 yang lain juga! Itu pasti!
 
Soalan: U suka ker istilah I follow, u follow I balikkk?
clip_image011
Jawapan: Jangan Tanya saya suka atau tidak, apa yang penting?? KERJASAMA!
 
Soalan: Ok, syarat untuk mengikuti kontes ini, anda perlulah si blogger tegar!!!
clip_image013
Jawapan: Baik, dunia saya adalah depan pc! so?
 
Soalan: Dan syarat terakhir, sila lampirkan bersama gambar sebenar anda!
clip_image015
Jawapan: ehemmm.. Sila jangan komen lebih-lebih gambar sebenar saya!
 
p/s  entry kontes ini hanya rekaan semata2 untuk kontes CERITA KREATIF oleh incik   Ben Ashaari 

KALAU BEST, SILA VOTE KAT SINI~

10 November, 2010

aku nak kawen!

cerita bermula dalam FB chat.. kawan aku nak bertunang bulan disember nih.. haishh.. setakat nih, dah dua orang dah yang aku tau.. heh..

aku:

ak lambat g kawan....

xder saper nak

hahaha 

 

kawan:

eleh

ye la tu

mesti la ada

blh aku tau sapa dia?

jangan la senyap?

aku nak tau ni

 

aku:

xder kawan

kenapa ak perlu tipu

hahahahaha 

 

kawan:

eleh

ye la tu

xkan la xde

aku masih x percaya

mesti ada la

 

aku:

kenapa ko x percaya?? 

 

kawan:

sbb aku rasa mesti ada pakwe 

 

aku:

hahaha

kata xder x lah

kenapa ak mesti ada??

ak x laku pun kawan

 

kawan:

sbb kalu aku laki

pasti aku suka kat ko

siyes 

 

aku:

kah..kah.. kahh

ko cakap pasti suka tu

sbb ko pompuan lah

mmg ada perasaan gitu

lelaki xdakkk

hahaha

kah3... 

 

 

kawan:

dah tu ko rasa apa yg lelaki pikir?

huhu

btol la

kalu aku jd lelaki

aku suka kat ko 

 

aku:

reason??

nak gak ak tau!!

hahahaha 

 

kawan:

1. ko cantik

2. ko baik ati tau

3. ko pandai

 

aku:

1. cantik tu mmg melampau tau...

2. baik ati tu kadang2 jer kawan...

3. ak pandai?? hahaha.. kalo masuk u tu kira pandai, ak terima lah

hahahahaha

x berapa nak mantap reason 

 

kawan:

betol la...ko cantik sebenarnya

bila ko senyum

mmg ko sweet 

 

aku:

kawan

jgn buat ak perasan

 

 

kawan:

aduh

bukan aku tipu la

aku ikhlas

sebenarnya ko tu lawa tau x!!!

ko tu je

 

aku:

rasa nak nyorok bawah meja makan tau x

hahaha

apa??

ak je pe??

 

kawan:

JUAL MAHAL!!!!! 

 

aku:

kahkahkahkahkah

pandai jer kawan

 

 

 

pelik, tapi benar!

image
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





apa yang pelik?
sila lihat total pageviews yang x seberapa tu…
hahahahah… tu nombor rumah…
pelik tapi benar yang gomokpendek menggedik macam nih hari nih.

p/s kadang-kadang senget juga otak…

09 November, 2010

TEKAD!

  • malam nih sudah tekad. langkah-langkah awal sebelum tidur telah ditentukan.
  • laptop, charger, kamera, wayar2, majalah2, henpon, beg duit, beg2 dan sebagainya. dipastikan tiada di atas katil. 
  • laptop tak nak bawak masuk bilik sekali pun. kamera dengan beg dia letak tepi rak. henpon dan beg duit atas rak. majalah susun tepi rak juga. wayar selit dalam beg laptop. pin tudung sesat pon dipastikan tiada kehadirannya di atas katil.
  • kesimpulannya, malam nih mau tidur dengan aman. selamat malam semua!
p/s letih lah harini!

fuh~ penat!

  • baru pas terjah2 belog salam perkenalan incik ben~  
  • hahaha.. rajen gila bukan? tiba2 berukband ku bertindak laju. jadi sila jangan sia2kan masa emas ini.
  • seronok menerjah.ada juga blog lama. mmg banyak belog baru. sgt fresh mereka2 ini
  • tapi aku tertanya2.. adakah benar2 mereka baru masuk dunia belog?
  • mungkinkah mereka sebelum ini silent reader? atau pernah ada belog lain.. hahaha
  • mereka saja yang tau..
  • kenapa aku tanya gini? sebab aku adalah ciri2 yang dinyatakan di atas. kesemuanya. =))
  • apa2 pon, selamat bergumbira menaip laju2 rakan2!

jiwa lautan

Jiwa lautan..                        
Mengapakah?
Hati bertanya
Manusia sering tersalah erti
Tersalah memikirkan tentang aku

Aku…
Punya jiwa bagai lautan
Luas.. dan permukaannya kosong
Hanya ada angin
Dan angin itu bisa berubah
Adakala tenang
Adakala kuat bagai marah
Adakala angin bagai tiada
Maka begitulah hatiku jua…

Aku terasa ingin saja pergi
Pergi dari dunia yang aku benci
Aku ingin terbang ke syurga sendiri
Yang indah,..
Yang abadi..

Mengapa aku terasa bagai di benci?
Tika aku memberi kasih
Mereka hanya menyisih
Tika aku memberi Bantu
Aku dibiar bagai batu
Bila saja mereka perlukan aku
Tanganku terus di tarik!
Tanpa aku sendiri ingin berlalu..
Kerana aku seorang insan..
Insan kerdil berjiwa lautan..

07 November, 2010

ambil baju tu cepat!

 

  • baju gomokpendek berlonggok atas katel bujang sebelah katil besi pusaka yang besar seperti katil raja2 zaman dulu2.  katel bujang itu, fungsinya letak tilam dan bantal2 untuk siapa2 sahaja yang datang ke rumah. kemas dan cantik. tapi tetiba ada bertebaran baju sigomokpendek yang tak berlipat di atasnya. *senyum jahat*
  • 1st, siapa suruh letak katil tu dalam bilikku?? 2nd, ooohh… diriku ini sangat pemalas lipat baju. keje lipat2 baju nih keje pompuan! er.. aku kan pompuan? argghhh..!
  • ambil baju tu cepat adalah ayat mak. mak baru jer mintak tadi. wahhh.. sepantas kilat baju2 sudah terlipat! sila jangan jeles~~ lalala…
  • semalam dapat amik gamba pelangi. tapi buruk gila…………. sebab tempat gomokpendek terjumpa tu x sesuai tol… hahaha..  sila lihat yer.. 1st time jumpa sambil cik non ada kat tgn! wahhh.. xcited gitu.. heh..
  • even x cantek mana, mampu juga menitiskan air mataku. terharu beb ak nengok pelangi. tau lah dalam hati cakap gomokpendek gila.. yer memang pon! huhuhu~

pelangi

 

p/s kutuklah kalo nak.. mmg x cun pon.. hahahah!

06 November, 2010

aku dan camera

salam n hye all...

korang ada kamera? Huhuhu.. Ape punya soalan kan? Sekarang handphone rate2 ada kamera kan.. So, semua orang akan jadi jurugambar x bergaji. Ha5..

Agak2 korang kan sape lagi handal amek gambar? Laki ke pompuan? Hahaha.. Tau x sebenarnya perempuan lebih handal mik gambar tau! Haa.. Cube korang tengok sape yg salu tergedik2 amik gamba selalu? Hahaha.. Bukan perempuan??

Kalau nak ikut kan, aku ni gile buat macam2. Kalu bleh, sume benda aku nak buat. Heh.. Nak beli DSLR pun sebab aku terfikirkan sesuatu dan itu sememangnya penting tok aku. Siap share lagi teori aku tu ngan kengkawan aku. Suka sangat2. Heh..

P/s gune henpon. Malas taip panjang2

duit.. siapa tak nak duit??

 

salam and hye all..

dalam hidup nih, kita perlukan duit bukan? tapi berapa ramai yang menghargai duit sebenarnya? duit bukan segala2nya, tapi dengan duitlah kita beli segala2nya yg kita mau.. kalo x de duit p renung2 manja je lah benda yang kita nak tu! hahaha..

tiba-tiba si gomokpendek ini gila ngan duit! yuhuuu.. duit lama yer.. even seposen.. haa.. tau x duit seposen tahun 1971 baper regenya? sila jenguk kat encik duit lama ni.. hahaha.. memang best masuk kat belog dia! benar-benar memupuk kecintaanku terhadap duit!

alkisahnya, d sebabkan aku gile nak carik duit seposen mahal, aku sanggup tahan kakak aku daripada masukkan duit syiling mak dalam akaunnyer… heh.. nasib bek sempat! maka memang pengumpul syiling tegar… dah lebih 4k syiling mak kumpul! perghh.. rugi siot yang dulu2 tu aku tak cek duit seposen! hahaha!

mak memang gila duit syiling… kalo jumpa duit even 5 sen or 1 sen pon mak kutip.. dulu, masa duit 1 sen masih laku, mak kutip sambil cakap ‘bleh bayar duit api air’ sebab duit api air kan ada sen2 dulu.. huhuhu

duit… duit…! dimana kau duit??! hahaha~

 

p/s sila jangan gial duit kawan2!

 

http://duitlama2u.blogspot.com/

05 November, 2010

kau darah O?

 

salam and hye all….

masa mula mula belajar sains di sekolah, wahhh.. aku sangat berminat! heh.. bajet macam best jer.. sains memang masuk ngan aku.. untuk orang yang gemar berfikir itu dan ini, ya, sangat sesuai. tapi jika disulam dengan sifat MALAS, sorry, no room for you!

hahaha.. apa kena mengena ngan darah? huhuhu… masa belajar sains lah tau darah ada beberapa jenis kumpulan.. secara amnya ada O, A, B dan AB. kan? kan? kan? hahaha..

untuk aku golongan darahnya adalah  O. nih adalah hasil penyelidikan dari FB… hahaha.. mesti ramai dah buat kan?  kat bawah nih konfem lah untuk darah O yer.. haaa.. darah lain ak malas nak mik..

berikut ini penjelasannya(kononnya) :

- Biasanya berperan dalam menciptakan gairah untuk suatu grup dan menciptakan suatu keharmonisan diantara para anggota grup tersebut.

ulasan aku

yerker? bukan orang selalu tak suka aku ker? hahaha.. ada ke patut sebut2 ghairah kat sini? agak2 lah.. aku lom kawen lagik beb! kah..kah..kah..

- Dapat menerima dan melaksakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk curhat (tempat mengadu).

ulasan aku

err.. oklah2.. nih aku akui lah jugak. aku nih memang pandai sembunyi perasaan. orang tak kan tau aku sedih or gembira. kalau ak sedih memang aku akan diam. gembira pon sama. huhuhu… bak kata mak, cemana ko gelak, camtu lah ko nangis. tapi masalahnya tak tau aku nih nangis sebab sedih ker gelak sebab gembira.

- Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan uang untuk orang lain.

ulasan aku

hahaha.. tau x ak pernah ngan selamba cakap hobi aku adalah suka bagi derma. hahahaha.. dan tanpa bersalah aku cakap di depan khalayak ramai sehingga orang cop ak manusia suka menunjuk2.. percayalah, aku memang ikhlas, tulus suci masa cakap tu.. masa tu umo ak 14 rasanya… sangat lurus aku ketika itu. aku tak jangka pula orang akan kata aku gila sebab cakap camtu. sengal ubi masa tu!

- Mereka biasanya di cintai oleh semua orang, "loved by all". Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahasia mempunyai pendapatnya sendiri tentang berbagai hal.

ulasan aku

aku suka support sebarang usaha orang. jangan tolak apa yang orang cakap. terima apa sahaj. tak rugi mana pon. kau cakap jerla macam  terima. tapi pastu pandai2 lah tapis untuk terima ke tak dalam hati. hahaha…

- Sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.

ulasan aku

itu sudah pasti beb. aku memang suka benda-benda baru dalam hidu. sebab aku adalah jenisan yang begitu cepat busannnn. busaannnn dalam segala hal!

- Mereka cenderung mudah di pengaruhi oleh orang lain

ulasan aku

hahaha… manusia paling mempengaruhi aku adalah emak aku. so?

- Mereka terlihat berkepala dingin dan terpercaya tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar karena kurang berhati-hati.

ulasan aku

itulah orang kata ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati! waaaaaaa!

 

 

p/s tak payah lah beriya sangat nak cayer! hahaha!

bosan tahap dewa dewi

 

hari hari aku perlu menghadap kamu

tingkah kamu yang kamu rasakan betul dan bagus

sedang umur kamu yang baru pandai mahu jengah dunia.

ya, kamu sudah besar. sudah punya wang.

nampak kamu bahagia bagai punya segala.

 

kamu berada baru sahaja melihat  bumi

kamu berlari di atas padang lalang yg luas

kadang2 kamu lupa..

ya. ada kemuncup juga daun2 kering

melekat pada dress kamu.

siapa yg membantu membuangnya?

sedarkah kamu siapa?? sedarkah??

 

jiwa muda  jiwanya bara.

cuma aku harap kamu tidak terbakar

atau hilang dalam bara yg kau cipta..

yang kau tiup bersama peniup

yang baru kau jumpa sejenak tadi..

ingatlah.. jangan pernah lupa pada

si hina yang sering membantu

membuang kotoran, membuang luka kamu.

jangan hanya bila manis kau hilang ke mana

bila pahit kau mencari kembali!

 

p/s dunia ini, manusia macam2..

dapat iklan free.. trimas!

image
kini, incik ben telah mulakan satu program mesra pengomennya. setiap kali entry beliau akan ada disisipkan sekali blog pilihan beliau dalam entrynya.. blog pilihan adalah berdasarkan mereka2 yang sudi memberi komen di page beliau.  huhuhu… untuk entry di atas, blog gomokpendek telah terpilih. beliau sgt terkenal dengan sarkastiknya. jadi, entry beliau ini sebenarnya punya banyak maksud bagi aku..
pada mulanya memang gomokpendek x perasan sebab berukband dah mula buat perangai waktu nak baca entry beliau. jadik, lambat baca even on9 sepanjang hari~ haish~
apa2 pun, trimas buat incik ben yang sudi memilih blog gomokpendek. naik juga traffic untuk seketika.  :))

04 November, 2010

berdosakah aku?

 

time aku baru nak pandai lari2 tak jatuh sejauh 100 meter, nenek sangat suka datang amik aku kat umah. tu seingat aku lah.. sebelum2 tu aku tak berapa nak tau la. rasanya ingatan aku belom nak masuk kat dalam HDD otak.. sampai ram jer.. mungkin juga ram aku hanya jenisan 250mb sahaja. sama macam usb jenama x popular yang ayu belikan masa aku memula masuk UPSI. arghhh.. apa ak melalut nih?

ok, pendek kata, nenek memang suka amik aku masa kecik. giang nyawe ak bila nenek datang amik aku setiap kali jumaat. bangga macam dapat hadiah no satu exam bila nengok nenek datang siap2 tunggu aku depan tadika kemas... hahaha.. bangga gila bila kengkawan sumer jenguk sambil tanya ‘siapa tu? siapa datang?’ ahaaa.. sebagai budak tgh hingus meleleh, konfem berbunge jiwa!

pendek kata juga, semua seluruh ahli keluarga kami sangat maklum bahawa aku ini sering mempunyai kelebihan di mata nenek. huahahaha.. de jer yang jeles! tau sangat!

beberapa siri kejadian berlaku dengan tujuan untuk mengenakan aku dilakukan oleh cucu nenek yang lain agar nenek marah aku. tapi, maaf. cucu kesayangannya ini sangat kebal dengan kasih sayang beliau. *ketawa nampak gigi*

pernah mak cakap,  'apa yang ko x dapat? semuanya yang pusaka ko waris. rantai emas pusaka, katil pusaka, rumah pusaka, apa lagi pusaka semua untuk ko..’ dan waktu itu ak hanya tergelak.. tawa dalam tangisan bak kata kamikaze.. heh..

dan.. semasa aku di sem 2, nenek meninggalkan kami. nenek tinggalkan aku dalam termanggu. kadang2 ak nak lempang pipi aku laju2 sebab taknak percaya dengan segala macam sign dan rasa x sedap hati itu. tapi itu berlaku…

part paling best, ak x dapat nengok nenek buat kali terakhir. jumpa jer di tepi tanah merah yang gersang.. dan waktu itu aku terlihat tiada senyum di bibir nenek kecuali kaku dan seolah2 marah pada aku?? dan aku terasa seperti itu adalah kemarahannya yg berpuluh tahun disimpan terhadap aku.. aku lebih rela dimarahi setiap hari daripada melihat itu pada satu hari itu!!! atau adakah itu hanya perasaan aku?

lewat petang itu juga ak sampai di UPSI semula. tiada apa yg ak ingin tunggu dan tiada apa yg mampu ak buat. yer, ak sedang tipu diri ak waktu itu bahawa nenek maseh ada. aku menjadi gila. seminggu ak gila. tiada doa, tiada tangis. sehingga datang mimpi mengajar kesedaran buat aku. dan ak tiba2 tersentak!

saat aku menerima realiti, hati belum nak cukup tabah. umah ak tingkat 7. tapi ak xder perasaan nak lompat pon. just tenung ke luar dan kadang2  jumpa pelangi. ya. kini ak pencinta pelangi. ak juga menangis melihat pelangi. ak pelik? kau lagi pelik kalau kau pk ak pelik.

dah.. dah.. dah… hari nih hari lahir nenek. 4 november. seperti bese mak akan ingatkan kejadian kami makan luar ngan nenek kat alo gajah. nenek dapat bihun keras. tukar ngan mee mak. memang nak kena tungkai kaki tuan kedai tu. ntah apa2. dah lah besday nenek ak. beruk!

selamat hari lahir nenek ku.. rokiah binti abdullah…

 

p/s aku sayang nenek aku. so?

aku tertanya sendiri

  • kadang kala ak tertanya sendiri.. 
  • adakah abang posmen sudah mula cuti?
  • kenapa posmen macam malu2 kambing nak dtg umah ak?
  • adakah kerana kesilapan semalam buat abg posmen malu nak dtg?
  • adakah hari ini abaang posmen akan buat kesilapan cam semalam?
  • abg posmen, kamu rindu saya x?
  • agak2 abg posmen sampai umah saya hari nih kul baper ek?
  • mungkinkah abg posmen x kan datang rumah saya hari ini tetapi minggu depan?
p/s abg posmen, saya syg kamu...(jgn anta surat yg merepek suruh sayer posting ke mana2 kecuali depan umah!)

03 November, 2010

1st giveaway kasut tumit tinggi

 

 

image

GA bersifat lucky draw datang lagik!

hahaha.. kali ni plg best! x yah buat apa2. buat entry jer yg kita dah masuk GA ni… hadiah lumayan menanti anda kata tuan belog ini! sila kelik pada banner untuk keterangan lanjut! huhuhuhu pastu join jerlah beb..xder hal pon… huhuhu…

tarikh tutup adalah 24 november 2010, and tuan belog siap buat kurungan kata ini adalah tarikh spesial.. hihihi~

bertuah x bertuah… aaahhhhh… layan jerk! miahahaha!

p/s korg cam bese, sila doakan gomokpendek yer? heh..

02 November, 2010

siri agak seram di pagi hari

 

lepas-lepas jer menghabiskan sisa-sisa tepung buat kueh lidah buaya tadi, lepak jap tepi katil. tangan dah tak boleh dihalang untuk on lappy. so, macam biasa, facebook dan blog diterjah dulu.

siri agak seram bila ada classmate yg bg tau ada kawan yg dah dapat surat tawaran penempatan. ok. relax. huah? sarawak? itu lah siri agak seram. yer. sangat seram untuk gomokpendek kalo kena gitu! *sebab penakut giler rasanya nak nek belon, membelah laut china selatan. full stop.

aksi mereban2 bermula di facebook bersama rakan2 yg lain. bila fikir2 nasib baik abg posmen tadi hantar surat telekom pada gomokpendek. kalo dari kpm tadik? hahaha. abg posmen kena jeling sekali! huhuhu…

debar-debar dada masih terasa kini. seperti status fb gomokpendek,

tekadkan dalam hati *ya, aku terima apa sahaja, itu pasti yang terbaeekk untuk ak!*

ok. saya x kesah! yupss.. saya x kesah… kemana pon kamu bawa saya, saya pergi.  itu bukan masalah. itu hanyalah sekelumit cabaran! yeahhh!

 

p/s   kawan2 doakan gomokpendek dapat posting yer? kalo bleh nak kat sekolah depan umah.. adess! hahaha!