29 December, 2010

bola vs janin

 

Malaysia vs Indonesia. ok, ak x tengok pon perlawanan tersebut. kekalahan indonesia untuk 1st game sememangnya mudah di ketahui sewaktu bw malam itu..

janin? ok, semasa perlawanan tersebut, ak nengok filem janin! sgt best~ haha.. apa yg best adalah keadaan panggung wayang yang tak sesak dan tiket mudah pula didapati.

ok, citer janin, dari 5 bintang ak bagi 3.5 bintang. ok lah tu kan? lebih dari separuh markah. permulaan agak slow tapi mmg sgt memberi penjelasan d akhir cerita. filem ini sgt meruntun perasaan pada klimaksnya yg juga adalah pengakhirannya. ada juga scene yg akan membuatkan anda terharu.

jika anda mengharapkan ia adalah filem yg seram, anda ternyata salah kerana ia lebih kepada cerita kemasyarakatan. pengeksploitasian kanak2 untuk dijadikan hamba menerusi ilmu hitam~

kalo nak tau lebih lanjut bleh lah nengok kat panggung yer.. lakonan eja mmg best, penuh penghayatan.. lebih kurang cam dia berlakon dalam drama yg mati pakai bulu mata palsu tu~ mmg leamh lembut gitu. dats y terharu n sendu n pilu bila dia bawak watak tu… huhuhu…

tapi yang ak x faham cemana esah leh masuk umah pengetua tu.. ooh.. mungkin pengetua tu dah robohkan pagar yang org tu buat… sbb tu relaks jer toyol tu dapat masuk cam umah munah juga. sorry kalo korang x faham apa ak bebel nih! haha~

 

tinta jemari (; no gamba2 sebab malas nak snap! haha!

27 December, 2010

sabtu yang penat!

 

ceritanya adala cerita hari sabtu! hahaha.. ok, hari ni hari isnin! ya, ak tau!  haaa…

kawan baik secium sekatil ak bertunang~ huhuhu… lambat hampir sejam dari majlis beliau…  padan muka! SELAMAT BERTUNANG sahabatku  NORHAZIANA HAMDAN… i love u bebehh!

IMG_9784

tunangan org kini…

IMG_9804

bila giliran ko b??

IMG_9820b

IMG_9832

ini saja hantaran yang sempat ku snap~

IMG_9827

love x jadi dari bb dan azie

IMG_9828 

terblur plak gamba tunang org nih

IMG_9849

ini sahaja yang mampu di rakamkan.. sapa suruh datang lambat??? huaaa!

IMG_9860

busu kiko~ model terbaek dari ladang~ lokasi: jeram sebelom sampai umah azie…

IMG_9901 

melihat wajah emak.. ak sedar ak sudah semakin dewasa~ owhh…

 

tinta jemari (: bila ak nak golek2 atas katil pegang bunga??

26 December, 2010

500 BLOG!


salam~

mungkin terlewat sikit dari yang lain!
huhuhu~ siapa-siapa yang nak join, sila klik SINI!

ok, nama pena untuk belog adalah gomok9endek, saya seorang yang suka menulis sejak kecil dan belog telah memberikan ruang terbaik untuk saya menulis secara kreatif, dan saya juga suka membaca, maka sekali lagi, belog telah memberikan saya peluang untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan(pastinya ditapis dahulu bahan bacaannya) haha~

saya juga membantu emak dalam perniagaan keluarga saya. kalo nak tau apa sila jangan segan2 tekan bahagian business kat atas tu~ haha~ kalo belom update len kali klik lagi ya!

kenapa saya menjadi blogger? sebab saya suka menulis. kalo rajin godek archive ada juga cerita2 tentang saya menjadi guru~ huhuhu~ saya juga suka untuk mengenali lebih ramai kawan! okey. itu saja~


tinta jemari (: oh, penulisan jenis apakah ini?

24 December, 2010

“iphone 4 ke Blackberry Torch”

ini kontes nak pilih iphone 4 ke Blackberry Torch! kalo nak join klik banner beliau kat bawah nihhh!


jawapan----->> GP pilih iphone4....
 
tarikh tutup kontes
22 Jan 2011
 
tinta jemari (: jom sertai reramai kawan2!

saja-saja main tekan-tekan…

 

bokeh

main bokeh..

ibu dan anak

ibu dan anak (2)

 

ibu dan anak (3)

 

ibu dan anak (4)

1,2,3,4 gambar selepas bokeh… aja dan rif'at…

saja tekan dengan f1.8/85mm

tinta jemari; GP budak baru belajar~

23 December, 2010

kau memang LEMBAB!

  • tetiba ak bengang x pasal2.. dah bape hari ak asyik terlepas.. terlepas.. terlepas.. terlepas!
  • eheh.. sebenarnya teringin nak join segmen incik ben... tapi sik terlepas dek kelembanan diri~ padan muka...
  • semangat nak menulis pun ntah hilang ke mana... huaa... ntah apa2 jer.. harap2 jangan aku tamatkan perkhidmatan belog ak lagik sudah.. hahaha~ tetiba kuar belog baru nama baru cam bese..! hik..hik..hik..
  • ooohh.. baru teringat! semangat kembali tunjuk diri bila dapat emel dari 100 penulis! yess.. suka plak. haa... bila ada komitmen.. baru ada semnagt nak menulis! macam kerja juga kan? bila masuk gaji jer tetiba aku rajenn! miahaha..
  • apapun, buatlah kerja sebaik dan seikhlas mungkin! 

tinta jemari: kusut jer kepala.... :(

22 December, 2010

gojesh in orange contest!! yeahh!

ada kontest dari makwe oren!
image
Apa-apa hal, jom nengok nih kejap! haha~
baju orange
gambar di atas merujuk kepada kegembiraan dan kebahagiaan saya setelah berjaya untuk konvo dari UPSI dengan jayanya. bear putih berserta bunga merah, i love u dan bunga raya warna pelik ditangannya yang di peluk oleh gomokpendek itu adalah pemberian paling istimewa dari emak yang tersayang. bear tersebut adalah beruang kutub jenisan lebih kurang macam gomokpendek jugak. maka, kerana itulah hati ini jatuh cinta terhadapnya. owhh emak.. tenQ! i lap u emak.

dan.. gambar kedua pula blouse oren jenama murahan dipakai masa nak pergi mana tak ingat~ heh.. masa tu dalam kereta je.. gambar diambil oleh adik gomokpendek… blouse oren ini punya cerita tersendiri. masa nak beli dulu, tengah takder duit.. tapi berkenan plakkkkkkkkk… adoiii… hik3… tengah xder duit dengan buat2 xtau jer.. padahal pas beli jer duet pon tinggal 2 3 hinggit.. ohh… T_T  namun demikian, baju ini sesungguhnya apabila memakainya memang best jer… so, jadilah dia baju kegemaran si gomokpendek.. hohoho.. warna kesukaan plak, cekelat, peach, hitam.. ala2 warna org tua.. hak.. hak.. nih jer tetiba ada warna oren! huhuhu~

ok, ini adalah syarat-syarat penyertaan kontes gojes in oren nihhh!
(yang bergaris tu jawapan gomokpendek lah yer..)

1. mestilah seorg blogger..menjadi follower kpd saya..dan juga follower en boyfren..en boyfren termasok skali krn die yg menguruskn hal2 berkaitan penghantaran hadiah nnt..so sape2 yg nk join..folow saya dan juga folow en adam hafis kt link ni..http://adamhafis.blogspot.com/
sudah follow~
2. tulis satu entry berkaitan dgn contest ini..jgn lupa amik banner di atas dan letakkn di dlm entry tersebut dan juga sidebar blog anda beserta link contest ini.
okay… sudah letak~
3. korg mesti la menghantar gambar kepunyaan SENDIRI yg memakai BAJU bertemakan kaler OREN..xkesah la oren pekat ke..oren caer ke..oren muda tua asalkn BAJU oren..bkn peach,coklat or laen2..klu korg pkai baju kurung or dress makesure kaler yg paling menyerlah adalah kaler oren ye kwn2..
then bg a brief description tentang gambar yg d hantar..bgtau jgk ape KALER KESUKAAN korg tau..
sila lihat gamba oren dan bacalah cerita best saya di atas~
4. maksimum gambar yg boleh korg antar hanya DUA keping gambar sahaja..bg link penyertaan korg dlm commentbox contest ni..
GP letak dua gambar kat atas.. siap dengan ceritanya.. hahaha… jap g nak g letak link kat komen tuan belog~
5. tag contest kpd 6 orang rakan blogger anda.
ok, saya tag…..
hanTwo
amy syaquena
jaijina
cik tom
mish cayunk
kak nur WC tersayang!
 
6. pemenang akan dipilih dan akan di umumkan selepas tarikh tutup penyertaan pada 14 january 2011.
ok, saya akan menanti penuh debaraaaannn… hik.. hik.. hik..
 
tinta jemari: pokcik Han, sila lihat ini… ak letak gamba dalam entry cam ko! kah! kah! kah!

21 December, 2010

harap maaf, henpon bukanlah pendamping setiaku!

  • henpon? hahaha.. telefon bimbit... xyah lah serius sangat kot nak marah buat jenayah bahasa. cikgu BM, im sorry bebeh!
  • henpon kini bukan sahaja pelengkap gaya... tapi juga keperluan bagi sesetengah orang. bagi GP, henpon tu akan jadi keperluan bila ada masa-masanya sahaja... heh.. 
  • dann... kerana itulah, henpon bukan lah pendamping setia. tambahan pula kalau tengah busy tahap kepala sakit nak pecah, jangan haraplah GP nak layan henpon. so, kalau ada yang meseg-meseg GP mesti rasa cam anak tiri terbiar je bila meseg dorang tak berbalas. bila time orang call plak konfem mereban nak carik mana henpon. bunyik ada.. bayangnya tiada! hahah... apo pon x buley lah...
  • so, korang cemana? henpon sentiasa di tangan atau cam GP gak? haa.. yerla henpon kan sekarang dah smart... smart phone dah x lah mahal sangat... 
tinta jemari; kepala sakit denyut-denyut... T_T

20 December, 2010

Membaca Jambatan Ilmu, Menipu Jambatan Apa eekkk??

  • MENIPU adalah perkara paling tak best dalam hidup. siapa yang suka kan kalau kena tipu? tapi kalau menipu pula macam mana? suka?
  • rasa-rasanya, pernah tak kita terfikir apakah perasaan orang yang ditipu jika kita menipu mereka??
  • oh, sila jangan serius sangat!
  • kita sedia maklum membaca itu jambatan ilmu.. tapi kalau menipu agak-agaknya jambatan apa ya??

MENGKRITIK KE MENGUTUK? KE MENGUMPAT??

  • dalam hidup kita, nak tak nak memang tak boleh lari ngan pandangan orang terhadap diri kita bukan? bukan sahaja dalam dunia maya @ blogging, tapi sudah tentu dunia realiti di luar sana. ya, esok kita akan tempuhi satu lagi pagi. pagi yang kadang2 akan buat kita rasa nak lempang seseorang atau pagi yang akan buat kita rasa nak peluk seseorang kuat-kuat, juga pagi yang kita rasa tiada apa-apa...
  • first impression sememangnya sangat penting sebagai salah satu jambatan kepada satu perhubungan. tak kiralah kita bekerja, dunia belajar mahupun melakukan sesuatu yang baru. pendek kata, bila wujudnya hubunganlah! dan, pastinya kita perlu sedar bahawa menerima orang lain seperti kita sendiri mahu orang menerima kita seadanya itu adalah sangat penting. selfish adalah tidak best!
  • apakah yang dapat disamakan dengan mengkritik tanpa memberikan sebarang cadangan ataupun tindakan susulan yang patut diambil oleh seseorang yang dianggap telah melakukan kesilapan, ya? begitu juga dengan mereka yang suka mengkritik itu dan ini dan begitu dan begini.  namun, kritikan itu pula tidak dinyatakan pada si dia yang dikritik...
  • di alam realiti sering juga kita dikritik begitu. pelik kan? ya, aku buat salah. so? boleh kau bagitau tak aku buat salah apa dengan kau? jadi, jika kau beritahu apa salah aku, aku boleh lah betulkan kesalahan yang ko anggap salah tu... susah sangat ke?
  • bila difikir-fikirkan kembali, mungkin ada sebab mengapa mereka-mereka tidak mahu menyuarakan rasa tidak puas hati itu secara bersemuka. pastinya, mereka merasakan jika kritikan diberikan ia mungkin hanya akan mengakibatkan keadaan semakin meruncing dan akhirnya berlakulah pergaduhan yang semakin teruk.. mungkin..
  • jika berlaku begitu, bermaksud, yang dikritik itu sememangnya layak dihujani kritikan! tetapi masih tidak mahu sedar diri...

19 December, 2010

INI BUKAN ENTRY MAIN-MAIN

  • dari waktu pertama kali menekan keypad untuk menulis belog, rasanya boleh dibilang dengan jari entry bersifat ilmiah yang ditekan-tekan dengan rajin oleh aku.. oh.. sesungguhnya betapa tidak berilmiah rasanya. jadi, biarpun tidaklah berapa nak ilmiah isi entry ini diriku ini cuba untuk menjadikannya nampak ilmiah. boleh? hahaha.. opsss.. tak boleh gelak macam nih! heh~
  • kata orang, kalau menulis entry biarlah apa yang ditulis memberikan manfaat kepada pembaca. tapi, kita juga perlu faham "bermanfaat" itu juga subjektif mengikut setiap orang.. adakalanya ya, sememangnya entry yang nampak huru hara itu macam useless jer kan? tapi mungkin juga ada pembaca yang menganggapnya entry yang memberikan info kepada mereka. mungkin juga panduan atau satu perkara baru buat mereka. siapa yang tau kan?
  • ragam manusia itu pelbagai. itu adalah pasti. jadi, bila semakin dewasa kita faham bahawa bijak membawa diri adalah perkara yang perlu ada dalam diri kita. pernah tak jumpa manusia jenisan yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya? memang tak boleh terima betul dengan manusia macam ni.. contoh paling dekat, bila terpaksa berkongsi bilik atau rumah. haaa.. kes-kes begini sering terjadi pada mereka-mereka yang sedang belajar lah kan? 
  • adakalanya kita pasti akan bergaduh hanya kerana masalah yang tidaklah sebesar mana. contohnya, kes malas menyapu bilik yang dikongsi bersama rakan lain. setiap hari, kalau kau sahaja yang menyapu bersih bilik yang dikongsi dengan rakan yang pemalas menyapu itu, pasti akan meletup juga akhirnya kan? jadi, dalam kes-kes macam nih, mesti kita tertanya-tanya apakah manusia ini tidak ada perasaan ke apa? 
  • nampaknya entry ini semakin hilang arah tuju. pinggang pula dah semakin sakit. biar apapun, terima kasih kerana membaca!  : p

17 December, 2010

makan itu best!

 

makan! tag ini berkaitan makan!

ini incik adil suda bagi sama saya itu tag juga. :))

jom! jom! jom! jawab tag ler… haha!

 

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.

detail2 susah lah. sebab sume benda pon ak suka makan… sebenarnya, aku tengah pk apa yang aku tak makan… hah! ikan keli plg aku tak makan! yezza!

2. jenis air apa yg korang paling suker?

paling suker teh ais limau atau teh o limau panas… mmg suka giler.. hahah!

3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,western,italian,mexican,arabian?

rasanya malay, chinnese dan arabian! huhu

4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'

nasi goreng mungkin? hahaha.. oh,  KUEH LIDAH BUAYA!

5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?

hahahaha! makan mana bleh berkira beb! tapi bila plak kali terakhir ak bayar duit makan yg mahal2 eh? kalo x emak, adik beradik ak jerla yg bayarkan.. hahaha!

6.Beri nama restoran pebret.apa makanan kt situ yg paling sedap?

sorry, sume restoran pon jadik pebret ak!!!

7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.

yang dalam list nih, sila buang burung2 tu yer. ak x sanggup nak makan burung! hahahaha..


8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?

ala.. mana nak ingat.. salu dating kat rumah jer.. huaaa! X romantik betul dating ak! huh!


9.Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?kenapa?

‘dia’ giler kuaci. kalo nak tau dia tengah ada masalah, mesti makan kuaci. ntah apa2!

10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?

ak tak pernah plak pk apa orang tu bakal hidangkan. hahaha.. ak sesah jer apa ada!

11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.

dalam bebanyak makanan, memang ak x leh terima ikan keli dan sewaktu dengannya!

12.Menu raya yg pak paling disukai.

kan dah cakap.. sumer ak sesah.. tapi ak suka makan dendeng kat umh mak long ak.. huhuhuhu…

13Jajan/cekedes favourite?

ak dah jarang atau rasanya memang tak makan lansung! x elok lah.. tapi dulu ak suka giler makan mamee! huahahaha…


14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?

alahai.. sumer mak ak masak ak suka.. sedap jer.. mak rebus telur cicah kicap pon sodappppppp!

15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?

sambal belacan podeh omak den lah!


16.Korang klu jumpa org yg TAG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?

oh, si budak adil ini?? ok, ak belanja ko SENYUMAN! yezzaa!

17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?

nak tag……………………….

cikgufiq

fatihah

amy syaquena

jaijina@rina

nur all in one

 

tinta jemari; berat……………….naik………… :((

pusing~ pusing~ pusing!

  • ringkas.
  • beberapa hari kelihatan tak jenjalan di alam maya ini... tahukah betapa rindunya mahu menaip dan membaca? 
  • kerja-kerja mengedit betul2 mencabar minda.. cewaahhh... mencabar apa.. segala tentang sekolah kena betul.. kalau tak betul jap lagik amik ko kena edit lagi n print... ohh.. tidakkk!
  • di sebabkan terlalu lama merenung lcd pc, maka jangan kau pk kesannya seperti melihat pohon hijau ya?? haaa.. amik kau sepanjang hari kepala sakit! rasa nak muntah jer tau.. agak sedih lah jugak bila on lappy jer kepala berdenyut n malas nak menaip... baca jerla sesikit apa yang nampak tu.. heh...

tinta jemari: keje dah nak siap, tapi kena sambung isnin!! huaaaaa...

14 December, 2010

Penghargaan Untuk Cekgu.. ^_^

 

salam~

sebelum mata memberatkan diri melihat katil, sempat lagi nengok2 belog kejap. ya, belog tempat merehat2kan fikiran… kamu, kamu, kamu yang saya follow…. jgn risau yer, saya org yang sgt suka membaca.. selalu jadik silent reader kamu, kamu dan kamu….

antara yg wajib masuk sebenarnya memang la belog top2 kan? dorang top sebab isi belog dorang mmg top ok? hehe.. apa top2 nih? salah satunya tentulah belog incik ben… malam tadi incik ben buat entry untuk tau siapakah blogger bergelar cikgu atau bakal… huhuhu…

then, beliau telah buat satu list di sidebar untuk golongan2 ini.. heh.. tiba2 cekgu2 menjadi bahagia kerana terasa dihargai~ oh.. apekah? *incik ben juga pernah menjadi guru sandaran*

tiba2 rasa cam perasan sesuatu.. belog2 cikgu2 nampak best jer ayat.. belog aku nihhh…..? aduh.. dah macam belog anak murid yg perlukan didikan cikgu.. ohh.. tidakkk… tiba2 plak rasa segan.. heh…

 

tinta jemari: taun depan jadik cekgu kelas tingkatan 1B……..

YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY

 
gomokpendek d jemput oleh tuan empunya belog, cik nanie untuk terima awrd beliau ini.. ohh.. sangat membuatkan air liurku mahu menitis…

lolypop itu sangat manis. masa zaman gigi tiada, inilah cinta hati saya.. ohh.. saya sangat rindukan ia. tenQ cik nanie. ini mengembalikan nostalgia indah beloger2 di alam maya ini. ^_^

mempersembahkan..

 

 

setiap award mesti ada je benda nak kena buat.. hahaha.. itu sudah kemestian.. bagi award cik nanie ini beliau memberikan kerja rumah seperti yng di bawah!

1.menjadi follower blog nanie : and link it to http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/

(nanti boleh nanie jadi follower kamu juga & sesi terjah semula - F.R.I.E.N.D)  DONE

2.tampalkan award dan drop comment in this ENTRY DONE

3.WAJIB mulakan title entry dengan nama (YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY ) DONE

4.Tag 5 kawan2 blogger kamu.. * tak berapa nak DONE *

boloque

kakak syg saya-Whitecapuccino

ciktom yg sweet

hahaha.. tentulah misssshhhhh! si awek lolypurp!

  oh, tak cukup satu! ok, ini memang style! :P

 

  tinta jemari: dah lama gila buat tapi x publish.. apekah?

10 December, 2010

TOILET


TANDAS ATAU TOILET...

dari kecik, bagiku tandas bukanlah tempat yg best.
setiap kali masuk tandas, mesti aku bawak penutup untuk hidup berupa sehelai kain.
ya... kain itu bukan sekadar untuk menutup hidung.. tapi juga buat menutup kepala..
pada mulanya tak tutup pon kepala...
tapi lepas tau ntah dari siapa *mungkin ustazah masa kelas agama*  yang kalo x tutup kepala masa membuang nanti setan membuang atas kepala kita juga, cepat2 tutup kepala sekali ngan kain tutup hidung.. hahah...
kenapa sampai masuk tandas tutup hidung??

alkisahnya, masa sekolah rendah masuk tandas sekolah..
masa tu baru jer lepas makan.. time rehat kan?
masuk jer tandas, nampaklah tak tau manusia mana punya bahan buangan melepek2 kat lantai tandas...
maakkkk aiii.. sumpah bau dia memang nak memengsankan kauu!
dengan x ketahuan, tiba2 terasa cam gunung merapi nak meletus, maka meletuslah muntah keluar dari perutttku! lepas tu mmg sumpah masuk tandas tak mungkin tak tutup hidung! trauma tau x...





oleh itu, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan menjaga tandas yang kita sendiri juga guna yer.. haha~
sekian!




kalo tandas cam nihkan best?? hahaha! yesaaa, i mmg mata duitan!
gambar SINI



tinta jemari: masa amat mencemburuiku ditambah dengan berukben yg lemban cam siput sedutt!

04 December, 2010

teliti itu cerewet??

 

salam n hye all…

pernah jumpa orang yang sangat teliti?

contoh situasi cam kat bawah..

 

A: berikan saya nama awak..

B: nama saya nurul ain

A: N.u.r.u.l  a.i.n (menulis sambil menyebut satu2) eehh.. nama awak  ain nih huruf besar x A?

B: apekah? itu pon nak kesah ke??? tulis kat kertas untuk ingat je pon.. *dalam hati*

 

itu hanya salah satu contoh. banyak lagi contoh lain.

# tak nak buat garisan atas kertas menggunakan benda lain selain pembaris!

# tak nak gunakan bekas lain untuk simpan barang selain kotak sendiri

# tidak mahu makan di dalam kereta biarpun perut sudah lapar tahap dewa

# hanya mahu kerja-kerja disiapkan mengikut arahan yang diberi satu persatu….

# hanya akan berjumpa dengan tetamu mengikut jadual yang telah ditetapkan

# meminta/sukarela buat kerja semula jika terdapat kesilapan dalam penulisan biarpun sedikit dan boleh diperbaiki..

 

amacam? korang cerewet? teliti? atau bertindak mengikut keadaan? hahaha.. bagi GP, pertimbangan dalam setiap aspek itu adalah sangat penting! hehehe

tapikan, GP sangat suka dengan bekerja dengan orang yang dikatakan cerewet nih! sebab? rasa macam kerja kita akhirnya akan sempurna jer tau bila kita buat dengan org yg cerewet nih…  huhuhu..

kesan psikologi kot? bila kita tau org yang kita working with tu cerewet, mesti kita akan buat kerja pun sebaik mungkin kan? kan? haha.. kalo x ok pon, org tu akan bantu kita at last.. hahah! seronok! suka! huhuhu…

 

tinta jemari: tak kisah pon bekerja dengan sesiapa..  ^_^

03 December, 2010

hadiah logo blog!!! yeayyy! (",)

 

salam n hye all…

hahahaha.. hohohoho… hehehehe..

nak tanya korang nih.. pernah baca belog studentlife x??

x pon nama belognyer tutorial photoshop melayu! haha..

 

beliau telah hadiahkan GP logo blog kat url tu~  kat SINI. lalala…

kawan-kawan, kamu jangan jeles yer? hik3..

saper2 yang nak boleh request kat beliau dan ia adalah PERCUMA!!!

tapi beliau kata lambatlah kalo nak dapat.. benda free kann? heheh..

nak belajar cara2 buat pon boleh!

rajin-rajin lah berkunjung ke belog beliau!!

 

image

 

image

 

image

nak tekan fn+prt sc jugak!!!!

ok. memang gayat. ^_~

 

 

tinta jemari: bz hari ni kat sekolah.. hihihi…

02 December, 2010

The Chicken Rice Shop tak sedap!

 

salam n hye all.. tajuk nak gempak.. ntah apa-apa.. tapi itu adalah bait madah dari cekgu busu kiko. tapi bagi GP, masing-masing ada selera masing-masing kan? bagi GP, hidangan di TCRS yg GP mamam kat mahkota parade melaka ini adalah sangat menepati citarasa GP dan si busu kiko!

hahaha.. kenyang beb.. lebih kenyang dari makan kat pakcik kenny ngan harga yg up sket utk dua org.. ok what?? apa yg kami makan? malas nak taip satu2.. ehemm.. GP kan kuat makan.. lalalal~

Tambahan, pelayannya sgt ramah berbanding sebuah rangkaian restoran ayam penyet yg popular.. hurmm….

nah! buat tontonan umum! haha!

IMG_8904

IMG_8905

IMG_8906

IMG_8907

IMG_8910

IMG_8911

IMG_8912 

IMG_8915

IMG_8913

segalanya… yg kami berdua telan!

IMG_8933

busu kiko.. amacam? jepun mari ka? korea ka? china ka?

jangan tanya kenapa nama dia kiko… sila faham2 bila nengok dia cam tu..

 

tinta jemari: kami adik beradik mmg gila ayam. sekian.

01 December, 2010

kau ingat kau cantik??

 

image

sponsor gamba

senyum seindah suria..

yang membawa bahgia..

senyumlah dari hati..

dunia mu berseri…

senyum… lalalalala~

 

di atas adalah sedikit sedutan dari lirik lagu senyum..

woiiii! susah sangat ke senyum?

senyum kena bayar ker??

kau ingat muka kau x senyum tu cantek saangat ke?? *yela.. mmg kamu2 cantekk!*

tapi kalau senyum, lagi canteeeeekkkkk sangat-sangat!

 

gomokpendek pernah trauma.

gomokpendek: berjalan sambil tersenyum pada insan yg dikenali.

org yg diberikan senyuman: buat x tau macam GP x der kat situ.

bukan sekali dua kena macam tu. selalu.

 

jawapan: GP kini menjadi org yg sukar senyum. terutamanya pada yg x kenal. sorry. insiden itu akhirnnya membunuh keyakinan GP tuk mudah tersenyum.. tapi jika ada yg senyum pada GP, cepat2 GP senyum balikkkk!

senyumlah, senyum akan buat kita lebih muda.. senyum buat hati yg kering menjadi basah. eehh? aaaaa…. layan jerlah babe!

 

tinta jemari: tetiba teringat akak PT kat sekolah… alahai.. cantik tol dia.. muka awet muda!!!! geram nengok…  hehehe..