26 February, 2011

oh... lamanya!

  • demam! stress dan demam mengakibatkan tekanan darah tinggi naik~ adess... boleh ker?
  • suara serak-serak basah dan ditambah dengan batuk kong kong(kiko cakap) dan batuk cungap (kata dokter cantek) aku mengajar dengan penuh sadis. adik-adik pelajar pun menumpukan perhatian dengan muke selebet pandang kat aku.. hekkksss!
  • dengan demam-demam juga, jadik juga jurugambar untuk majlis maulidur rasul.. berlari cam anak kambing dari padang ke dataran nurani. oh, sangat indah pengalaman itu. ok. 
  • aku kat bandar sri permaisuri. umah akak. nak g lepak makan jap. esok g aquaria bawak budak kecik botak. miahahah... 
sekian, terima kasih!

tinta jemari :)) mau enjoy utk dua hari! bye!

20 February, 2011

7 kelebihan bila takde karen.. ehh.. terputus bekalan elektrik!

                Melihat Sesuatu Masalah Sebagai Satu Kelebihan!

apabila bekalan elektrik terputus, pasti hati kita menjadi panas.. bukan kerana takder kipas yang boleh berpusing sendiri tapi sebab tak dapat nak nengok cerita best kat tv. apetah lagi bagi mereka-mereka yang melanggan astro first kan? haa...

tapi, antara kita sedar tak sedar, bila ketiadaan elektrik ni sebanarnya memberi banyak faedah atau kelebihan..!

1. dapat jimatkan bil elektrik
tak derlah kes lampu kipas dan segala macam suis terpasang 24 jam, dan konfem bil letrik tak banyak kan?


2. boleh berkenalan dengan jiran sebelah
selama hari nih, salu x jumpa muka jiran sebelah. bila waktu malam baru masing-masing balik keje. tetiba malam lak takde letrik kan? so, bila duk kat luar tu bolehlah borak-borak dan rapatkan hubungan!


3. dapat tengok bulan dan bintang di malam hari
salu malam-malam sume pakat duk dalam umah layan tv atau surf tenet. blogger tegar konfem blogriki punyer.. mana ada masa nak kira bintang dan hayati keindahan ciptaan tuhan di malam hari!


4. dapat merasa angin malam
bila letrik xder konfem akan kuar umah sebab kat dalam panas kan? so, dapatlah merasa angin malam.. sepoi-sepoi bahasa gitu..


5. peluang untuk berjalan-jalan naik kereta
bagi yang selama nih memerlukan alasan untuk berjalan naik kereta tapi malas, inilah masanya nak berjalan naik kereta. bab nih, untuk budak2 memang kesukaan dialah. untuk orang yang baru beli kereta pon sama. mesti dorang gunakan alasan panas untuk meronda tayang kereta baru!


6. sebagai terapi untuk kuatkan diri
bila letrik tak der kan, nak nak pulak waktu malam. haa.. konfem gelap gulita.. masa tu la kita leh tengok sejauh mana kesabaran dan kekuatan diri kita yang sebenarnya. ada orang relax jer biarpun muka cam baru lepas wudhuk peluhnya.. ada orang memang dah berbakul-bakul punya menyumpah TNB kan? tak pun, yang penakut dah pengsan sebab kepala terhantuk bucu almari baju masa lari ketakutan! errkss??


7. boleh kuruskan badan!
pergh.. ini memang best! sebab, dia bleh gunakan kesempatan ini untuk berpeluh-peluh sakan duk dalam gelap sensorang. orang sumer dah kuar p amik angin, dia duk jer dalam bilik terperap. dengan harapan, berat akan kurang dua kilo setengah. ini sauna free namanya!

sekian, terima kasih.
tinta jemari :))  seronok juge kadang-kadang kalau xde letrik nih

17 February, 2011

buat baik berpada-pada!

  • aku suka pertikaikan. kenapa buat baik kena berpada-pada??
  • nak buat baik, buat jerla.. pehal kau nak tapis-tapis, nak bajet-bajet untuk buat baik? teguhnya pendirian aku, buat baik itu adalah sangat perlu.
  • rupa-rupanya, kalau buat baik x berpada-pada kita akan dimakan dengan perbuatan baik itu! oh, sangat malas nak buat contoh. ok, buat satu. kalau dekat atas jalan raya, ko bagilah satu kereta nak masuk simpang depan kau.. ha.. jawabnya, kau pulak yang nak kena tunggu giliran untuk meneruskan perjalanan. padahal, kau lah yang patut jalan terlebih dahulu. dalam hati mesti kata.. 'kesiannya, kereta dahlah stop tengah2 jalan. beratur panjang pulak tu... bagilah dia masuk simpang dulu'...
  • haa... sekali, pas lepaskan jer satu habis semua pakat masuk tak henti-henti sampai kau tak dapat nak jalan. paling teruk, kau pulak yang kena hon dengan kereta yang dibelakang kau. ok, itulah akibatnya, jika buat baik tak berpada-pada. kalau kau tak berpada-pada, hekkkkkkkssss! terkena beb!
sekian terima kasih!

tinta jemari :(( kadang-kadang aku rasa sangat baik kalau ak join anizs dan bintang tenung syiling!!!!

13 February, 2011

watak kita, wajah kita

"Mungkin benar kata orang, berwajah bengis tidak semestinya garang. Iguana jenis haiwan yang penakut dan tidak agresif, jadi dia diciptakan dengan wajah sebegitu"   - pakar jinak haiwan eksotik, ismail ibrahim,41.


pernah tak dalam satu-satu masa, bila kita terpandang seseorang kita akan terdetik dalam hati or terus tersembur kat mulut kata "eeeuuuwww... seramnya muke..."  pergh.. muka cam penjenayah..." takut aku nengok muka dia wei.." dan sebagainya lah kan? 


ok, even aku pon selalu cakap macam tu, sebenarnya orang lain pon akan cakap macam tu kat aku.. sebab? kadang-kadang aku rasa muka aku sangat menyeramkan bila tak senyum. hahah! 


oklah, pendek kata kita memamg tak boleh lah nak judge orang dengan hanya sekadar melihat wajahnya bukan? tak tahulah pula jika kamu ada ilmu khas yang mana memang leh kenal orang punya sifat dengan melihat wajah sahaja kan? haa.. 


kalau kamu nak orang lain berbuat baik dengan kamu, maka, pastikan kamu juga sentiasa berbuat baik dengan orang lain ya?   ^_^


sekian, terima kasih.


tinta jemari B-)  sakit perut, bleh berjangkit jadi sakit hati x?
                                                                               

rendah diri vs merendahkan diri orang lain

dalam hidup, kita akan berada di beberapa stage. stage yang menarik hati aku adalah stage belajar dan bekerja. stage biasa yang kebanyakan orang akan lalui.


ada orang,
stage belajarnya mudah.
stage bekerja susah.


stage belajar susah,
satge kerja mudah

stage belajar susah
stage keje pon susah

stage belajar senang,
stage keje senang.

waktu ak belajar, lecture ak sangat tegas. seolah-olah aku ini belajar tentang ilmu agama yang sangat mendalam. padahal ak hanya belajar untuk menjadi seorang guru pendidikan moral. jika ada soalan yang meminta nilai murni yang diterapkan dalam ajaran islam, kau perlu cari ayat dari Quran, hadis, mahupun cerita nabi sebagai alasan kukuh kepada penggunaan nilai murni tersebut. jika berkaitan dengan agama lain pon begitu juga. kalo kristian, sila cari dalam bible. kalo sikh, apa peraturan-peraturan yang dia ada? apa yang guru-guru nanak buat? kalo hindu? kalo buddha?? haaa.. korang fikirlah sendiri....  nih kiranya contoh2 format untuk jawapan dalam exam maupun xsgmnt aku.. ni tuk paper moral dari perspektif agama...hohoho~ tapi, cara lecture aku itu sangat bagus... bila mengajar tak kiralah subjek apa, aku bleh je gunakan untuk 'memotivasikan' pelajar yg kadang2 membuatkan hati ku panas.


bila masuk sekolah, ada je yang cakap 'oh, cikgu moral.. senang lah...' aku tak tau mana senangnya mengajar pelajar yang tak nak belajar dan menghina kau dalam bahasanya yang kau tak fahami~
kecuali, bila budak tak nak belajar dan ko tak nak ajar dia. kes aku, diorang tak nak belajar, aku mengajar juga dengan mengenakan denda jika mereka tidak mahu belajar. ada aku kesah? kau pelajar, kewajipan kau belajar dan aku cikgu, tanggungjawab aku mengajar kau.

bukan kau tak nak belajar, aku tak kisah sebab aku dapat gaji hujung bulan, kau pula dapat habuk dalam kelas.


kesimpulannya, setiap apa yang perlu dikerjakan punya kelebihan dan kekurangan. susah senang sesuatu yang kau lakukan itu bukan terletak pada pandangan umum. hanya  kau yang tahu susah senangnya apa yang kau kerjakan itu.



my words..


depan orang lain, kau tunjuk kau boleh buat segala macam kerja.
kau sangat baik.
kaulah manusia yang cekap. kau hebat.
kau sangat suka bekerjasama.

bila aku, si hina ini meminta bantu.
tak habis kataku, kau potong
wajah tak seindah rupa dihadapan yang lain.
aku terkedu diam, tapi teringin nak berkata.
kau buat muka tak reti.

sudah aku tersedar.
sudah aku ingati diri
biarlah kau buat aku serupa angin
aku akan jadi angin sekuat ribut.
bukan membalas.
hanya bekalan tugas yang ku galas!


kau suka bila dipuji
kau senyum bila orang dikeji
biar masa mengajar kau erti sedar diri!


sekian, terima kasih.

tinta jemari :))  aku adalah selamanya aku.

11 February, 2011

jumaat~

hari ini merupakan hari jumaat. hari jumaat hari bahagia. penghulu segala hari. aku bahagia di hari jumaat.


sekian, terima kasih

tinta jemari :)) i love jumaat!

09 February, 2011

100 penulis!

  • aku tak reti nak mukadimah-mukadimah. sebab tu aku suka mulakan entry aku main terjah saja. terjah itu best. terjah itu boleh mengejutkan orang lain. ok, siap dah mukadimah aku. *aku syok sendiri, tak perlu bagitahu ok?*
  • baru sahaja balik dari sekolah, terus pandang lappy dengan pandangan menggoda. online dalam henpon memang selamanya tak kan best kan? memang aku x suka. betul. aku tak tipu. 
  • dalam hati, berkobar-kobar aku nak update entry berbaur permasalahan dalaman yang baru saja aku alami. tiba-tiba jer aku rasa hepi tak henggat apabila permintaan untuk menjadi salah seorang editor 100 penulis akhirnya diterima. 
  • cerite 100 penulis nih pulak, hurmm.. tak payah citerlah dia punya pening aku memusing.  dari pukul 4.30 sampai pukul 6.00 petang aku mengadap laptop nih, aku masih lagi pening-pening lalat! adess.. ^_~" kepada editor 100 penulis, tenQ kerana telah menerima si gomokpendek ini!. err.. kawan-kawan, sanak saudara, abang, kakak, adik sekalian yang ada. jangan lah buat-buat lupa ya tinjau-tinjau dak gomokpendek nih kat 100 penulis... hehe... *padahal blom lagik lepas nak post entry kat sana*
  • sebenarnya, semangat untuk menulis belog semakin memudar. eh, menulis ke? apa-apa lah! tapi, bila akhirnya permintaan untuk menjadi penulis ini diterima, tiba-tiba jer aku bersemangat macam malam kemerdekaan negara. kurang sket lah semangat dia daripada waktu nak sambut raya. 
  • di 100 penulis ni, entry bagi penulis-penulisnya best-best jer bila aku baca. kadang-kadang rasa macam tak sesuai jer orang serupa aku nih nak mengepostkan entry kat sana.. oh.. mengapakah aku ini?? tapi, usaha pasti jaya. err.. dah macam motto sekolah dah pulak. saya akan cuba yang terbaik! 
sekian, terima kasih.

tinta jemari :)) nak menaip minit mesyuarat!!!!

08 February, 2011

Hujung Minggu Saya

 

tiba-tiba  kan? ok, tiba-tiba aku nak cerita perihal hujung minggu aku kat sini. huhuhu.. serius nih. memang nak cerita betul-betul. tiba-tiba rasa nak cerita. dengan detail. tak ada sorok-sorok apa-apa pon. hahah.. tiba-tiba juga aku risau kena rompak kejap lagik bila cerita. hahaha.. ok, aku perasan sekejap jer.

 

bagi kawan-kawan, sanak saudara, adik kakak yang selalu membaca blog nih mestilah tau apa yang aku kerjakan dari isnin hingga jumaat kan? *tetiba aku perasan sorang-sorang ramai yang baca blog aku kan*  yerla, dengan lebih jelas, mengajar kat sekolah. balik sekolah pon kadang-kadang pukul lima baru aku nampak pintu rumah. tak mengapalah. dah namanya kerja kan? sape suruh posting dekat ngan rumah kan? haha!

 

adapun, emak ku sekian lama telah menjalankan bisnis perniagaan kueh tradisional. jadi, pada hari minggu, aku akan membawa senyuman mesra bersama adikku ke gerai-gerai untuk menjual kueh… kueh apa ya? haa… ada rempeyek (kacang tanah, kacang dal, kacang hijau), lidah buaya@ tiram, muruku dan ros.

 

gerai-gerai tersebut adalah di tepian jalanan di sepanjang perjalanan anda-anda sekiranya anda mengharungi liku-liku perjalanan dari Alor Gajah, terus ke tol Simpang Empat, tapi jangan naik tol tu sebab kat depan ada lagi gerai-gerai yang kami hantar kueh ni. haaa… sampai lah Kendong. ok, memang ada kueh yang aku jual nih. biasanya akan dijual oleh pekedai semahal rm10 untuk 3 bungkus. dan boleh dicampur juga ngan kueh yang lain sekiranya harganya sama.

 

nah layan gamba supaya tak bosan!

IMG_3185

ok, tu adik aku tengah tunggu tuan kedai bagi duit kueh. ntah apa-apa je buat muka ketat.

 IMG_3195 nampak tak adik aku duk terpacak tepi kedai? hahaha…

IMG_0011

ini model saya.. hahaha…

 

rempeyek panas!!! huhuhu~

kalau korang terasa nak jumpa mak aku yang cun,boleh juga kalau nak datang rumah… dipersilakan! huhuhu.. dapatlah makan rempeyek free yang masih panas kan? biasanya, hujung minggu aku tu memang best sebab bersulamkan kebahagiaan menghantar kueh, melayan budak kecik a.k.a farisah si anak buah kesayangan dan surfing internet even kadang-kadang kena juga paksa bawak mereka-mereka di rumah ini keluar berjalan-jalan.

 

tapikan, sebenarnya tetiba juga aku nak buat entry ni pas terjah belog best incik pipicomel. eh, suka2 aku tukau nama dia. ampun…. hehehe.. korang terjah lahhh… mana tau berminat ngan projek dia kan?

 

anyway, aku tak dapat gaji pon tolong mak aku nih…

sekian, terima kasih.

 

tinta jemari :)) aku masih si anak kecil emak yang merayu-rayu meminta emak  cekelat di kedai!

06 February, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI




SAYA SOKONG DUNIA BLOG DAN SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

1, 2, klik!

 

baru je pas g jenjalan buang masa.

buang masa di atas jalan yg jem! hhuhuhu…

semuanya kerana… bawa ini makceekk pegi dataran pahlawan

IMG_2716

 

beliau memaksa bawak cik EOS dibawa sekali untuk tujuan ini…

IMG_2712 

untuk tujuan ini juga… lokasi: tepian sungai melaka…

IMG_2747

dua lagi itu, anak angkat mak..

IMG_2760 

mereka sangat enjoy… ok, aku juga.. biarpun tiada gambar di situ! lala~

 

tinta jemari :)) leteeeehhhhh, tapi seronok juga…

sekian, terima kasih

05 February, 2011

bila rindu datang bertamu~

 

rindu.. cewahh…! hahaha…

nah, ku titipkan kerinduan ini!

IMG_1660b

mau peluk kamu wahai icha budak bucuk…

 

tinta jemari :)) idayu mahadi, bila ko nak balik?

 

sekian, terima kaseh!

diam bukan benci

aku tahu
aku tahu dasar hati kamu.
aku tahu kamu rasa aku benci
aku tahu kamu binggung fikirkan aku pergi.

aku diam.
dan diam aku bukan benci
diam aku kerana kamu
aku diam kerana kamu...

04 February, 2011

boleh tak kau jgn macam kambing?

  • dah lama ak pendam
  • dah lama ak diam
  • dah lama ak bersabar.
  • woiiii! kau kalau parking kereta boleh elok-elok tak?? masa amek lesen dulu kau ada belajar parking rapat-rapat kat kereta orang sampai orang tak boleh masuk kereta eh??  pastu kau buat muka bangang sedunia ditambah dengan anak-anak kau yang macam x pernah belajar ilmu kerohanian untuk berhadapan dengan makhluk tuhan lain di atas bumi ini.
  • sedikit senyuman dan kata maaf sepatah pon ak terima kalau kau buat. 
  • BUKAN muka TAIK buat tak reti yang macam mintak maki itu wahai makkkkhaaacccciiikkkkk! 
sekian, terima kasih.

tinta jemari :)) ok, lega.

SAMPAI HATI KAUUUUUU!

  • sob.. sob.. sob.. huhuhuhu... uhuks.. uhuks... sedihnyer rasa hati ini... hari nih cek mr nuffy... pastu kan nengok, sume BE dah x der... huaaaaa... so sad... so sad... erkk... kejap2.. rasa cam nak ketuk kepala laju sudah nih... cik gomokpendek, ko blogging kerana incik nuffy ka?? heeeeekkkkkksss!
  • ok, tiba-tiba dah tak sedih lagi. tidak mengapalah, kamu ada atau tidak, rasanya macam tiada beza. yezza, enggak ada bezanya! 
  • sejak-sejak busy ngan sekolah nih, komitmen terhadap incik belog sudah semakin menipis. sedih memang sedih bila melihat satu persatu be yg menghilang dan tiada pula penggantinya. tapi, dalam hati pon tanya pada diri sendiri. wahai cik gomokpendek, apa kau berbelog ini kerana be ko itu kah? maka, tiba2 hati berbicara sendiri dengan mengatakan.. ohhh, tidak.. kerana diriku begitu berharga. eh, bukan.. bukan.. kerana saya seorang ulat buku... err.. jap... salah istilah.. ulat blog mungkin?? huh?
  • syok sendiri memang perkara yang best. sebab ko x payah fikir apa yang orang fikir melainkan kau jerlah yang fikir kau best. ok. aku dah buat.. korang bila lagi? haha~ blurp! ak telan air liur kejap melihat telatah budak hingusan tak sudah ini!
tinta jemari :P  maafkan diri ini yg cam hampagas.

sekian, terima kasih.

03 February, 2011

gotong royong

 

  • semalam lambat sampai gotong royong untuk bilik guru. selaku ajk keceriaan, itu satu kesalahan... im sorry!

IMG_2424 

  • main panjat2 tangga bukan perkara x best. tapi perkara gayat sebenarnya. tapi xper... hati tiba2 kering. huh?

IMG_2419

 

  • aktiviti turut disertai makan-makan dan gelak tawa

 IMG_2421

IMG_2425

 

  •   juga! kunjungan lawatan oleh puan hajah pengetua~

IMG_2422

sekian, terima kasih!

tinta jemari :)) bahan buangan yg dikitar dapat tagihan rm76.40!! wow!