26 March, 2011

maybankard 2~

 

  • balik dari sekolah semalam, tengok-tengok ada surat berdaftar untuk diri sendiri di atas katil. hmm… nih mesti dari maybank.. buat-buat tak tau jer.. malas nak layan. lepas solat zohor baru terasa cam nak buka surat tu. oh, kredit kad.. tiba-tiba pula teringat gangguan call dari ejen2 maybank waktu tengah mengajar dua kira-kira dua bulan lepas. huuuu~
  • sejujur-jujurnya, hello, aku tidak tahu apa-apa tentang perkara-perkara seumpama ini. dan, sudah tentu aku tidak berminat! heh.. jadi, menunggu kakak dan abang ipar balik kg minggu nih adalah perkara terbaek. sebab apa? haha.. sebab diorang individu2 yg bekerja kat menara maybank ngan dataran maybank. huhuhu..
  • so, malam tadi selepas ditarbiyah oleh kedua-dua mereka, aku rasa cam nak amik plak kredit kad tu.. sebab? yang paling penting aku leh guna kad tu bila x der cash jerla.. kalo setakat saja-saja nak guna tu memang saja je nak mintak pancung kepala la kan? hahaha..
  • tetiba saja aku berfikir-fikir tentang mau beli speedlight dan battery grip utk cik EOS. ditambah plak nak servis kereta bulan 6 nih… huaaaa… banyak nak guna duit, dan sudah tentu tak sanggup nak meminjam kat mak lagi. bila pinjam kat mak, konfem aku akan rasa cam malas-malas je bila nak bayar kan? heh..
  • maybankard 2 nih, bagusnya dia ada dua kad, american express ngan visa. kalo mesin yg ada hanya american express, haa.. ko guna la kad american xpress kan? kalo ada visa, gunalah visa. kalo ada dedua, ko pepandai lah pilih. tu pon nak kena cakap gak ke?
  • pastu cam bese, benda baru mestilah lebih di bestkan ciri-cirinya lagi. ada 5X treats points for every ringgit spent (tapi dalam american xpress je. visa 1X=rm1), ada 5% weekend cashback, lowest finance charge of 8.88% p.a katanya, utk dua kad tu, service tax dia rm50 pastu ada lifetime fee waiver…
  • aku maseh lagi berfikir sama ada nak ke tak… kalau korang?? amik ke x?? step yg perlu dibuat sekarang nih tinggal sign kat belakang card n spend ringgit untuk pengaktifan~ heh.. nak ke x??

tinta jemari Surprised smile poning kepalo den lah~

15 March, 2011

tak tau nak letak tajuk apa..

  • jumaat yang lepas, hujan x henti-henti.. tapi tak lebat pon.. rintik-rintik jer.. punyalah semangat rasa cam nak terbabas nak datang kat sekolah. niat dalam hati, hari nih aku nak lari ngan bebudak nih. nak kasi semangat dengan adik-adik pelajar. 
  • tapi, semangat aku tu pun semakin memudar dan menghilang. ya, terima kasih wahai adik-adik pelajar ku sekalian. kamu memang suka untuk punahkan semangat aku. mungkin kerana hujan, kamu semua tidak dtg. ya, tidur di rumah sambil peluk bear memang nyaman! aku sangat akui itu!
  • jadinya, aku bersama kak mastura lepak makan rempeyek kat bilik guru. sambil bergelak ketawa, kak normi pula sampai. ok, berlansunglah episod untuk aku mengenali insan-insan di atas bukit itu.. hahaha.. oh, baru aku sedar, ak juga sekepala dengan kak normi n kak mastura. haha.. ok saja... mungkin selama ini inferiority complex yang tertanam dalam diri aku membutakan jiwa dan mata hati ini untuk melihat insan-insan yang begitu baik seperti mereka! heh.. 
  • petang yang kosong, seolah aku tidak ada perkara yg perlu dibuat. cik bintang meseg dan kami berjanji untuk ketemu di KFC. oh, KFC di alor gajah.. tetiba ak teringat ayat ustazah..KFC alor gajah dapat rasa cam KFC kampung~ bila dengar sekali, mmg boleh mendatangkan marah. tapi bila renung2 dan fikir kembali, ada benarnya~ lalalala...
  • cik bintang, saya harap apa yang kamu usahakan itu berjaya ok!!! 

sekian, terima kasih.

tinta jemari ;)) menanda kertas jawapan exam mmg boleh naik darah!

06 March, 2011

stamina tiada, minat bertebaran di angkasa, macam nih kau nak main hoki???

pembuka kata, menadah telinga bebelan diterima.

suka suki aku jer nak buat madah berhelah sendiri. memang agak menyesakkan minda, hati dan persaan. ok, kembali kepada motif utama menaip papan kekunci ini. rasa sakit hati dan sebal semalam masih bersisa. kenapa? ya, kerana aku menyesal menghabiskan masa emas aku untuk mereka-mereka yang tak menghargainya!

ya, aku sangat komited dengan tugas atau tanggungjawab yang diberikan kepada aku yang mana sebenarnya aku rasa kalau orang lain kena mungkin akan cakap tanggungjawab itu beban... apabila aku sendiri boleh memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi, aku mengharapkan sekurang-kurangnya kau pon boleh lah berikan kerjasama biarpun sedikit.. tapi apa yang aku dapat? sakit hati? ya, ak membazirkan pagi sabtu aku bersama rasa sakit hati!

akhirnya, bila difikir-fikirkan.. pasukan hoki sekolah mungkin tidak akan dihantar lantaran sikap pelajar sendiri yang tidak komited dan tidak memberikan komitmen yang sepatutnya! dan.. aku juga berasa sangat sedih akan perkara-perkara yang seumpama ini. namun, siapakah aku untuk mengharapkan pelajar2 yang mementingkan sijil  semata-mata untuk mewakili sekolah?? kalau dulu aku bermain kerana aku sangat suka bermain hoki dan mahu mengaharumkan nama sekolah, tapi kini? pelajar yang aku pimpin pula hanya mementingkan diri masing2.. seolah2 tiada lagi jati diri! jika sikap ini dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, cuba bayangkan kalau perkataan sekolah itu ditukar kepada negara. kemungkinan untuk belot kepada negara itu sangat besar!

kadangkala aku terfikir.. adakah benar anak-anak malaysia kini sudah sedemikian rupa? semakin lama menjadi guru, perasaan takut kian menebal. ya, penyakit jiwa dan hati nurani ini tidak mungkin dapat dirawat oleh doktor pakar yang biasa kita temui di hospital.. doktor masyarakat seperti gurulah yang dapat melihat perkara-perkara seumpama ini. namun, apa tindakan guru? apakah tindakan yang mampu dilakukan oleh guru ya, sekiranya kedua-dua tangan mereka diikat oleh peraturan dan pekeliling yang menghalang kuasa mengubati penyakit masyarakat??!


tinta jemari  :((  terlalu sedih dengan manusia yang lebih rela melihat sebuah kehancuran demi kebahagiaan seketika~