24 April, 2011

cikgu yang chubby chubby

 

cikgu GP: awak boleh tolong saya tak?

student: boleh cikgu

cikgu GP: hmm.. awak pergi bilik s/u pep, ambilkan air mineral dari cikgu salina. ambil 10. kalo bleh amik lebih, amik 15. boleh?

student: ok. boleh

 

dua jam kemudian..

 

cikgu GP: kak sal, tadi saya ada minta tolong student amik air. hehe..

cikgu senior: haaa.. yerla ada sorang budak tu. akak tanya sape nama cikgu yang mintak ambilkan. dia cakap alaa… cikgu yang chubby chubby tuuuu… haha

 

sensitif? aku seorang yang sensitif. tapi bukan sensitif tak tentu pasal!

IMG_8894

tinta jemari :)) relax la.. hidup itu perlu gembira dan senyum bak kata    pendekar berkuda!

22 April, 2011

letih dan gembira~

ntah apa-apa jer asyik letih. hari ni pon jiwa masih huru hara. haha~ menaip pon dah macam idea mula menghilang setiap kali menari di hadapan sang cinta aku ini.
cinta, kamu pasti rindu pada aku. minggu ini, minggu lepas, minggu akan datang. aku sentiasa sibuk. ya, aku jadikan itu alasan. terbaeeekkk untuk melarikan diri dari masalah-masalah yang melanda. oh~ masalah!
takdir. aku bukan siapa-siapa kalau nak cerita hal-hal berkaitan agama. tapi dari hati yg ntah apa-apa ini, aku mahu juga. mengulas bicara.

17 April, 2011

12 April, 2011

nananana~ ganu kite!

  • hohohoho~ letih! letih! letih! dari melaka ke negeri pantai timur…
  • oh, memang sangat-sangat letih. tapi enjoyyyyy sangat-sangat! huhuhu!
  • rombongan puan pengetua bersama asrama SMKDHTK.. hajah memang  mabeles la… she’s so humble.. hahaha.. sangat2 best bersama beliau!aaahhh.. cakap banyak x guna! jom! picture time!!!!

IMG_7466
IMG_7470
sebelum bertolak~ eh.. bergerak!

08 April, 2011

PERHATIAN!!!!! kepada orang TERENGGANU!!!!!

  • ok, hari jumaat (malam ni), sabtu dan ahad ini, aku akan berada di terengganu. agak2nya kan, ada x orang terengganu or bloggers terengganu yg sedang baca entry aku nih?? 
  • hahaha.. sebenarnya, aku nak tau kalo kat terengganu  kat mana port best sgt2 nak beli barang yer?? cam baju kelawar ker.. kerongsang ker.. selain, ya, kopok lekor! haaa...
  • si gomokpendek ini akan berada di sana untuk tujuan kerja ya.. kerja... kerja sambil belajar.. kerja ak amik gamba... dalam masa yang sama masih lag sedang belajar juga untuk amik gambar! hehe..
  • so, orang ganu! apa cer???

04 April, 2011

kenapa aku guna nama gomokpendek untuk blog??

  • ada orang bersemangat tak nak tau kenapa aku guna nama gomokpendek a.k.a gp nih tuk blog aku?? hehehe... perasaan perasan mula naik dari kaki ke muka. hahaha.. tiba-tiba je aku rasa cam nak lempang diri sendiri bak kata cik bintang
  • ok, ok, ok... sebenarnya, kalau kau rasa aku saja-saja guna nama nih untuk dapatkan kefemesan tahap gaban melenting, ternyata kamu salah ya. aku katakan sekali lagi, salah. yerla, yerla.. salah tu tak salah sangat lah. ada jugak betul sikit. huh~
  • 1st, mudah diingati, 2nd nampak comel tapi bukan gedik, 3rd sebab ya, itu aku! korang, kalau dah memang aku tau aku nih gomok lagi pendek, korang tak payah cakap. aku tau. hari-hari aku tengok cermin masa nak pergi sekolah okeyyhhh?? haaa...
  • aku pernah terbaca ntah mana-mana, dia kata kan kalau bila kau bleh ingat macam mana rupa kau masa kau tengok kat dalam cermin, yessss, kau adalah manusia yang sangat mempunyai keyakinan yang tinggi. jadi, aku yakin bahawasanya hari-hari aku tengok diri aku kat cermin kan? kan? haa.. dan aku nampak diri ak yang gomok lagi pendek. stumpy bak kata omputeh. 
  • so, kalu ada orang panggil ak wei gemuk! gomok! pendek! ko ingat ak heran?? hahaha.. dah memang betul pon apa ko cakap tu.. tak kan tetiba ak nak lempang ko 4 kali kuasa 14(tiru ayat cik bintang lagi) kan? yerla, sebab aku leh imagine diri aku sendiri yang gomokpendek masa ak nengok kat cermin... :))
  • apa yang lebih meyakinkan aku?? haa... ada satu hari tu, langit x berapa nak biru, pastu ada kabus-kabus kat hujung dekat-dekat area bukit, ada seorang anak murid aku kelas sejarah tingkatan dua. dia tak siap keje, so, dia anta lambat tapi tak jumpa meja aku kat staf room... dia cakap cam nihh... 
"cigu, cigu... saya sudah mau hantar ini buku. saya tanya cik tham meja cigu. saya cakap tau kah itu cigu gumuk-gumuk, pendek-pendek pakai ceremin mata punya meja? tapi itu cik tham tada tau wooo"

 OK, REHAT TENGOK BUNGE KEJAP!


 hahaha.. yang gomokpendek itu aku, yang tinggi tu adek aku. see???

  • (sambung citer balik!!!) haaa... pastu ak senyum jer nampak gigi jarang kat dia... naif sungguh anak murid ak nih... hahaha... aku tak ada rasa cam nak marah pon. just rasa cam biasa jer... sebab apa dia describe diri aku tu memang betul pon. itu yang dia nampak kan??
  • so, itu baru fizikal kan? belum lagi masuk sifat-sifat peribadi kita kan?? kalau orang bagi pandangan tentang diri kita mesti kebanyakan dari kita akan cuba untuk menafikan... sama saja dengan manusia2 perasaan yang kadang-kadang perasaaaaaann cantik, hensem, bijak, pandai, hebat dan sebagainya... silalah... sila sedar diri macam saya! hahaha... ;p
  • ok, aku mungkin gomokpendek, tapi akal aku panjang! aku mungkin gomokpendek tapi aku comel! dan.. ak ok! huh!
sekian, terima kasih.

tinta jemari :(( sangat keletihan nih... tadi ada mesyuarat PIBG dan majlis anugerah pelajar cemerlang....

03 April, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


  • gegar 1 ribu blog April bermula! jom join reramai kengkawan! ^_^

reUnion!

malam tadi g makan2 lepak2 bersama-sama kawan2 tingkatan 5! hehehe.. memang seronok dan sakit perut kerana makan dan ketawa~ haaa…
layan gambar!
IMG_6623

IMG_6627

IMG_6629

IMG_6631
uuuuuu… antara makanan yang ada…. kenyang nak meletup dahhh
IMG_6636
er… cik bintang, hayat leh jadik model! hahaha!
IMG_6638
lanun bermata canon!
IMG_6639
zulhelmi, azriq poyo, fizi ustaz!
IMG_6645
jurukamera pro ada sekali.. hehehe…
IMG_6646
ini hasil seni azriq yg sengal kuasa 14 kata cik bintang!
IMG_6672
hah! kantoi sape yang tapau nih!

sekian, terima kasih!
tinta jemari :))  heppi!!! huhuh!

01 April, 2011

laporan kerja...

  • bermula bulan 4.. ya, empat... april.
  • memang banyak kerja yang menanti.. banyak sungguh... sungguh banyak... 
  • sekolah plak asyik terpilih jadik tuan rumah. 
  • sebagai jurugambar, ya, semua aktiviti pon kau akan nampak muka aku di situ...  huaaa... malangnya, bila dirakamkan, konfem muka aku tidak ada ok?
  • mulakan dengan hari ini sebagai permulaan april. jumaat adalah hari paling penuh kelas untuk ak.. jumaat cam bese, setiap pagi memang ada majlis bacaan yaasin.. pastu memang cam dah jadik lumrah, lepas tu akan ada taklimat~ dan2 jer lepas tu pentadbir kata ok, hari nih ikut jadual cam bese.. yang juga bermaksud kelas ak akan bermula awal... dan kelas ak bermula selepas saja habis taklimat! T_T akhirnya ak kelaparan sampai tengahari....
  • kenapa tak pegi makan masa student rehat? lum sempat student rehat, aku dah kena entertain ketua pemeriksa muet... sekolah aku juga akan menjadi tuan rumah untuk exam muet.. hu~~ dan aku pun telah dilantik sebagai pengawas peperiksaan... hmm.. bermula 4,5,6,11,12 april... dalam masa yg sama, minggu depan nak kena pegi uruskan hal penggambaran pengetua yang nak bersara.. pastu ada plak mesyuarat PIBG isnin nanti... oh, ya! jumaat minggu depan juga ada majlis perasmian surau. pastu hari jumaat itu juga, pada malam hari ikut trip asrama sekolah ke terengganu... oh apekah ini semua? semakin ak cuba untuk lari... wah, semakin rapat mereka mengejar!
  • hari ini macam mebebel plak.. sama macam ak membebel dalam kelas... hahah... kadang-kala ak rasa aku cekgu yang keji bila marah-marah student sendiri. heh.. tulah, degil cakap cekgu lagi~ kan dah kena berdiri hadap dinding.. nasib baik x suh bercakap ngan dinding..
  • oh, ya... saya dah pasang tikar getah untuk kelas. ya... banyak betul mulut2 yang berkata-kata.. well, ada saya kesah? lantak korang lah kan. ok, pasal kelas nanti citer lain kali sebab nak letak gambar sekali. hurmm.. bila dah letak memang rasa kelas bersih sket, pelajar pula makin rajen. ok. dats all..! hehehe...
sekian, terima kasih

tinta jemari :)) kepala makin goyang!