26 June, 2011

ahad bukan lagi cuti!!

Asal hari ahad ada je hal itu ini.. memang tak payah lah nak mimpi di hari ahad nak berehat kononnya.. agak tensen bila macam-macam nak kena setelkan..

Boleh tak kalau nak menyanyi karoke pastu buat x tau yang aku ada banyak keje yang x siap. Sebenarnya, macam mana keje ak nak siap bilamana tugas yg di beri pada aku mesti multitask.. kalu tidak pon, lom abis satu keje, kau hadapkan plak ak ngan keje yang lain. Ape ak nak tadahkan??

Nampaknya mmg la ak kena sedar diri dan tukar gear hidup aku ke gear yang lebih lajuuuu! Dan juga mmg sangat sangat la perlu beerhenti berangan seolah2 aku bleh karoke dan tido. Kemudian bangun dan semua benda dah selesai! Oh.. bahagia!! Hahahahahaha..

Sekian, terima kasih.

Tinta jemari :)) drive kete dalam hujan mmg syahdu...



Published with Blogger-droid v1.7.1

21 June, 2011

jangkitan dalam hati

jangkitan dalam hati tidak semestinya kita tidak dapat lihat dari luar. nampak je kalau nak tengok. tambahan lagi kalau jangkitan itu semakin merebak. juga jika jangkitan itu tidak pernah disembuhkan. kau tunjuk sahaja jangkitan jiwa raga kau itu. tak perlu sembunyi. sebab ianya tidak akan pernah tersembunyi.

jangkitan hati itu boleh dilihat dengan mudah menerusi perlakuan. ya, perlakuan mudah yang sering dilakukan oleh kamu, kamu dan kamu yang punya jangkitan hati. asasnya, jangkitan hati itu hadirnya dari manusia yang lain. manusia pencetus kepada marabahaya jangkitan hati. yang mana pada asalnya, dia mahu menakluk dunianya. tidak kesampaian. apatah lagi mahu menakluk dunia sebenarnya. senyum sinis aku hadiahkan buat kamu!

ya, elakkanlah diri dari jangkitan hati. jangkitan hati hanya akan mengakibatkan hati menjadi busuk dan hina. kau mau diri dipandang hina?? jangan tanya aku mau atau tidak. mari kita tanya hati kembali. wahai hati, apa kau mau?

sekian, terima kasih

tinta jemari :)) hidup ini ada macam2. mari kita senyum melihat dunia!

20 June, 2011

hidup berteman

pernah tak pada satu-satu ketika kita akan rasa macam kita bersendirian. tiada siapa yang menemani waktu kita memerlukan, tiada siapa di sisi waktu kita menginginkan kehadiran mereka.. dan.. kemudiannya kita didatangi oleh mereka yang tidak pula kita inginkan kehadirannya. namun, mau atau tidak, kehadiran merekalah yang membuatkan hari-hari kita mula ceria..

oleh itu, ringkasnya kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. berikan, curahkan kasih sayang pada siapa sahaja yang memerlukannya dari kita. semoga dengan itu apabila kita memerlukan secebis kasih sayang dari mereka, tiada siapa yang akan menoleh pergi!

kesunyian hanya akan datang apabila minda kita tidak bersedia untuk menerima hakikat dan membuka fikiran kepada perkara-perkara yang lain. akibat daripada perasaan sedih, sakit hati, marah dan mungkin juga ego sedikit sebanyak merupakan penyumbang kepada masalah seumpama ini. tekadkan dalam diri bahawa dunia ini bukan sekadar dunia kita. dunia ini luas dan yang pastinya, kita berkongsi dengan seribu macam yang ada di luar sana.

hidup mungkin tidak akan sebahagia yang kita impikan. tapi, kita boleh sahaja bahagia dengan apa yang kita ada... ^_^

sekian, terima kasih.

tinta jemari :)) oh, angin.. jangan biarkan hatiku menjadi beku..

19 June, 2011

nak.. nak.. nak kawen...

Tiba-tiba jer adik lelaki gp ajak g beli barang kawen ngan dia n tunangnya.. jalan jerla.. pening juga duk berpusing dlm toko. Haha.. suka lak panggil mall toko skrg! Haha..

Sambil-sambil menunggu dia membeli belah, duk la terperosok kat tepi tangga. Blogwalking kat tepi tu.. agak pening la jugak tengok org reramai ni. Adik gp pon ntah mana. Tetiba ada plak ank ntah sape2 duk menjerit. Pergh.. mak dua bleh buat x tau. Tak di sangka2, budak tu terjatuh! Hmm.. barula emak dia hegeh2 nak mik anak dia..

So now dah kat tempat makan.. kat ayam penyet.. cik awe penah review kedai ni.. gp mmg pelanggan tetap! Ha.. k makanan dah sampai! Makan!!

Tinta jemari :)) bila la turn kawen ak plak?

Published with Blogger-droid v1.7.1

pemalas!

al kisah, kalau sign in belog mesti sebok juga nak nengok stats. haha.. peransang juga. x kesah lah kalau tak ramai pon orang yang mengomen entry. rasa lega juga bila tengok jumlah yang membaca entry yang x berapa nak bermaklumat kat belog nih. heh. mood: tetiba ak rasa cam ada stalker or silent reader~ lalalala..

dan, stats memang cantik bila ak rajin update belog. kalo paling bodoh pon dua kali update, dah rasa puas hati bila nengok stats kat belog n mr nuffy... TAPI, bila tahap kemalasan menjelma.. faham-faham jela.. macam orang tak tau je kewujudan belog aku.. T_T. ok, kesat air mata.

begitulah juga bila amik gamba. contoh, semalam. bila ada je makhluk2 yang duk mengacau aku masa amik gamba masa wedding member aku, arrghhh... down gile! ngan brother2 yang bawak kamera lens tahap nak mencapai bulan... oh.. down.. down.. haa... satu lagi, pelamin lak kat atas stage. tinggi lak tu. jangan tanya kenapa aku bengang. cemana ak nak mik gamba?? huaaa... *sila rujuk kembali nama belog aku.. aku rasa cam nak amik je satu bijik kerusi... dan amik gambar atas kerusi.. boleh?

bab pemalas seterusnya. episod menyayat hati paling tak boleh blah sebab kena tegor ngan sifu. wooo.. sifu siap  bagi aku notes teknik2 editing lagi. err... sifu tau aku memang pemalas nak print punya nota tu kan? nak edit pon aku malas. pendek kata, yang aku suka hanyalah mengcapture sahaja. maaf sifu, nanti saya akan jadi rajin lagi! hehehe..

ok cukup2 lah tu aku membebel tentang kemalasan yang tak bertepi. kesimpulannya, bila malas semua kerja tak jadi. semua kerja tak jalan. jangan lah kemalasan itu menjadi sebab untuk orang mejatuhkan kita kan? 

sekian, terima kasih.

tinta jemari :)) mengharapkan mimpi jadi realiti.. *bangunkan ak dari lena!

18 June, 2011

kau terima kenyataan?

sesuatu yang tidak kita minta selalu terjadi kan? begitu juga dengan perpisahan. Kalau ada kes yang minta tu rasanya mesti ada sebab yang x dapat nak elak lah kan..

Hmm.. perpisahan sebenarnya sering kali disalah mengertikan sebagai sesuatu yang buruk, negatif, sedih dan sebagainya. Sampai kadang kala kita lupa yang itu sudah suratan takdir dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Kenyataan sebenarnya memang sukar untuk kita terima. Dorongan, motivasi dan kata semangat kesabaran mmg mudah utk diucapkan. Namun, berapa ramai yang mampu untuk melakukannya?


Published with Blogger-droid v1.7.1

16 June, 2011

hadiah

hari yang indah adalah hari yang mana kita banyak tersenyum.. hehehe.. yerla, kalu dah banyak kali sangat senyum. indahla tu!

baru jer balik dari taklimat untuk pertandingan menggunakan perisian open office... oohh.. peninglah nak carik budak. tapi sebenarnya balik lambat sebab balik tu menyinggah ke toko berhampiran.. haha.. dan, belilah hadiah yang tertangguh hari tu... hadiah utk kak zaza. heh. dan hadiah utk sorang lagi rakan yang akan ke jinjang pelamin sabtu nih.

setiap kali beli hadiah dan balut kat bawah tangga toko tu buat ak semakin kenal dengan dia yang pantas jarinya membalut hadiah! senyumannya ikhlas. ak dapat melihat keriangan di wajahnya setiap kali membalut hadiah. dia mesra melayan pembawa hadiah.

kesimpulan ak, dia mungkin dapat melihat dan merasai kegembiraan si penerima hadiah tu nanti. ok, sape dalam dunia nih x suka hadiahhh? penipu besau lah kalau kata x suka kan? kan?

melihat kegembiraan orang lain, seolah-olah kita yang merasainya. ^_^

sekian, terima kasih.

tinta jemari :((  tayar kereta hampir meletup balik tadi.. takutnya!

15 June, 2011

Wordless Wednesday #2 Garisan

 

IMG_9836

1 hari 1 lagu l Cintaku Sampai Ke Ethiopia

sejak dua menjak nih, cam best plak bila layan lagu. hahah
so tetiba datang idea nak layan mengulas lirik. hahah.. boleh ke?
boleh tak boleh, aku punyer suka! nak buat juge.. :p

 ............................................................................................................................

Cintaku Sampai Ke Ethiopia oleh Ria Refty Fauzy

Kalau kau benar sayang padaku..
Dan kalau kau benar cinta..
Ucapkanlah..janji setiamu..
Kalau kau benar sungguh mahu..
Semua milikku untukmu..
Jiwa dan ragaku..semuanya milikmu..

Bukanlah emas permata..(intan berlian)
Juga bukan gemerlap dunia..(bintang-bintang)
Bulan madu..aku pun tak minta..
Asalkan kita dapat berdua..
Aku pun bahagia..
Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..
Walau..ke hujung dunia..

Jangankan gunung Fujiyama..
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja..
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..

Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah bimbang dan ragu sayang..
Sungguh mati..aku cinta kepadamu..
...............................................................................................................................
alahai lagu nih memang comel...  macam tak jemu je bila dengar lagu nih sebab melodinya yang cute. suara penyanyinya pon cam sesuai sangat ngan lagu nih. kalo zaman sekolah menengah memang layan tergedik-gedik lah nyanyi lagu nih. tapi bebudak zaman sekarang layan ke? adess.. ntah ntah tak tau pon kewujudannya... huaaa!

tapi tak payah lah beriya-iya kerana cinta sampai nak lupa segala kan? haa.. agak-agak lah kot.. kalo cinta pada tuhan tu, yerlah. memang sepatutnya!

sekian, terima kasih

tinta jemari :)) gomokpendek memang suka syok sendiri!

14 June, 2011

murung

pelik.
pelik.
pelik.
semua mengatakan aku muram. suram.
entah..

hidup mungkin bukan segalanya tentang dia.
tapi hidup ini selalu ada dia.
bila tiada, maka hilanglah ceria.


tinta jemari :(( tak ada mood bukan kerana berpuasa. puasa buat aku diam. diam.

13 June, 2011

biarkan aku jatuh cinta..

tak tahu kenapa lagu nih duk mengahantui aku untuk beberapa minggu ini.. rupanya, lagu ini memang membawa erti yang sangat besar untuk aku…
‘biarkan aku kan mencuba, tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak’
ya, aku akan sentiasa menanti seperti biasa buat kamu~
……………………………………………….
‘pesona ku pada pandangan saat kita jumpa’
ya, bebunga kuning yang gugur bersama semilir petang itu mengingatkan aku pada pandangan pertama itu~

lirik penuh, jom layan!
Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini Detakkan Jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup
Didalam hidupku
Rasa ini terus padamu
Takkan kubiarkan sampai
Aku mati


reff:

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencoba
Tak peduli kau berkata
Tuk mau atau Tidak..


tinta jemari :( ini hanyalah entri bercakap pada diri sendiri.

12 June, 2011

saat aku bukan lagi untuk sang cinta

 

IMG_0735

waktu akan terus bergulir..

 

hanya engkau yang tahu..

dan hanya engkau yang mampu.

tahu apa yang tersimpan dalam hati,

mampu menyisih duka di hati.

tapi kini kau hanya menyepi

dan mahu menyendiri..

 

dalam mimpi tiada lagi kau hadir

dalam sedar kau terus pergi..

sampai bila mata harus bergenang?

sampai bila jiwa harus gundah…?

oh sepi, terima kasih..

setia kau menjadi teman.

 

 

tinta jemari  :(  bibir tersenyum, dalam hati siapa yang tau kan?

11 June, 2011

si penglipur lara = gambar..

 

semalam, aku buat entry syok sendiri. haha…

hari nih tenung gamba jer lah~ huhu~

 

IMG_3226

IMG_3237

IMG_3246

IMG_3252

besar gile kek ak kan? hahah.. tu pon nak habeskan bertiga punya lah susah.. hahaha.. sape suh g celebrate bertiga je kan? kan?

 

tinta jemari :)  biarpun senyum, dalam hati tiada siapa yang tahu.. hurm..

10 June, 2011

GEMPAR!!! seorang bayi lahir.....

GEMPAR!!! 
pada hari ini, jam kira-kira 9.45 malam bertempat di hospital besar melaka bandar bersejarah warisan dunia dan berteknologi nano hijau juge maju pada 2010, telah lahir seorang bayi yang telah dikhuatiri berfizikal gomokpendek apabila menjelang usia 20an..

bayi yang lahir pada 2 syawal bersamaan 10 jun 1986 itu juga nyaris-nyaris diberikan nama syawal. namun, berkat dari usaha ibunya yang menghalang, maka tak jadi. (pergh, lega siot). tetapi, neneknya beriya-iya ingin mahukan dia dinamakan sebagai saffiyah sebagai nama kedua...

namun, hajat neneknya itu tidak kesampaian kerana abahnya telah pun bersedia dengan nama lagi istimewa untuknya.. menurut temuramah yang pernah dilakukan oleh bayi tersebut setelah dia besar, ayahnya mengatakan bahawa nama yang diberikan kepadanya itu bermaksud SEMPURNA di dalam bahasa arab. namun, menurut ustaz yang mengajarnya mengaji, namanya itu bererti MERAH... oh, tidak...

akibat kekeliruan itu. bayi gomokpendek yang telah besar kini itu akhirnya menjadi seorang yang perasan apabila def gap c menyanyikan lagu bertajuk MERAH.. huiks.. dan.. dia juga selalu perasan bahawa dia manusia yang selalu SEMPURNA! ok??

dan kini, bayi itu telah menjadi penulis belog dengan nama gomokpendek dan juga adalah seorang cekgu. ^_^


tinta jemari :))  hari ni besday ak... aku nak hadiah BESAR!!!

09 June, 2011

rampasan kuasa!

disebabkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, dengan ini gomokpendek berjaya merampas kekuasaan xperia x10 dari adiknnya sendiri. haha

sape suruh hilangkan henpon kan? dah dapat yang baru, kakak dia plk yang gila kuasa... kesimpulannya, jagala barang anda sebaik mungkin. jangan sampai dicuri..lebih-lebih lagi org yg anda anggap kawan..

berhati-hatilah selalu!

tintajemari :) kes polis sudah ditarik!
Published with Blogger-droid v1.7.1

08 June, 2011

wordless wednesday ##1

IMG_2989

bagai lembu dicucuk hidung!

 
 [sumber: tuan punya]

nah! bagai lembu dicucuk hidungnya.
tadi, jenjalan cari barang opis ngan cik bintang. 
masa jenjalan nampak ada girl pakai subang lebih kurang cam nih kat hidung dia.
hati meronta-ronta meminta untuk bisikkan pada dia..
"adik bagai lembu dicucuk hidung... T_T"