26 August, 2011

PB story: aktifnya kau nih... tak puase ke???

budak nih.. berjalan ke hulu hilir. aktif semacam! x puasa eh???

hahaha.. dari awal pose lagi orang dah banyak tanya aku soalan cam tu...
hari last sekolah hari nih pon ada jer lagi yang tegur!
hehehe.. bukan tak nak berkongsi rahsia, tapi kang kalo ak cakap kang mesti ada yang buat muke jengkel kat aku...

bila aku nak berkongsi rahsia kebahagiaan aku kini, orang tak mau dengau...
bila ak tak bagitau, marah plak.. tanya tanya jek.. huhu

kalau hari biasa dulu dulu memanglah aku nih lemah lemah je...
aku nih jenis mudah je nak pening kepala. yang jadik mangsa aku untuk picit kepala dan pangkal belakang leher aku adalah adik bongsu aku dan budak busuk~ ehem..

haa... pas jer kawan lama aku perkenalkan satu benda miracle nih, tiba tiba jer hidup ak mula berubah.
opkos lah tak secara mendadak. tapi, aku dapat rasakan kebahgiaan itu dari hari ke sehari.

kenapa bahagia? ya, bahagia sebab aku dah tak pening kepala lagik..dan yang paling penting.. ak sangat aktif bergerak ke hulu ke hilir. nampak sangat tahap metabolisme ak semakin bertambah. aku dah tak cepat penatlah senang cakap kan. kalo setakat nak round satu sekolah, panjat tangga dua tingkat dan amik gamba sepanjang majlis kat sekolah dah tak ada hal lah!

kesimpulannya, hidup aku mula bahagia bila dah pakai benda miracle nih... wahaha... len entry ak cerita lagi, apa penyakit aku yang telah mula mau  hilang lagik!

23 August, 2011

apa yang korang buat bila berhenti kat lampu isyarat?

dari rumah aku nak ke sekolah sebeniarnya dekat jer...
TAPI disebabkan adanya lampu isyarat, maka akan lambatlah ak ke sekolah.
betul.. lampu isyarat yang salah.. aku tak salah....!

bila pulak time time sampai kat lampu isyarat, ambik kau. baru je lepas lampu hijau bertukar kepada merah.
hati konfem dah menyumpah punye kan? tak yah tipu lahh.. aku tak yer.. aku tak.. aku suka sabar jer...
sabar sangat sangatttttt!

ok ok, bila dah cam tu kan mesti amik masa lama kan?  so, apa yang korang buat??
biasanya, bila dah berenti kat terrefic light... orang akan......

1) mengelamun.
haishhhh... orang jenis ni, kalo tetiba dah lampu bertukau hijau baru dia terhegeh hegeh nak masuk gear, lepas henbrek.. kalo ada manusia jenis nih depan korang apa korng buat? miahaha... nak nak pulak korang tengah nak cepat kan? tapi cemana pulak kalau korang yang berada di tempat manusia yang suka mengelamun itu??

2) merokok!
yerla, kalo dah bosan bosan menunggu.. apa lagi? isap rokok lah... kan? xkan nak hirup asap kete/moto je... tapi kadang-kadang bukan masa nak tunggu je isap rokok, memang tengah drive kete/moto pon perokok perokok tegar nih suka merokok~ haishh... hah.. pastu main campak je puntung rokok kat tepi jalan dekat dekat batang lampu isyarat tu! huuuiiikkss...

3) berbalas-balasan SMS
okey, ini konfem kebanyakan orang buat! perempuan, lelaki, tua, muda... semua suke buat.. main sms *baca; berbalas-balas sms* adalah perkara lumrah dalam hidup kita.. tak mungkin akan ditinggalkan.. dah macam menagih dadah dah dalam masyarakat dunia hari ini! haaa... tapi jangan terkezutt kedazas kalau ada plak orang yang main main sms nih masa ngah bawak kete. sila jangan tiru. mereka hebat. anda tak hebat! 

4) menjawab/membuat panggilan telefon
haaa.. tetiba skema pulak term yang ke empat nih kan?  masih lagik berkisar tentang telefon dan kali ini berkaitan membuat panggilan. tetiba je kan dah sampai terrefic lite no ke limabelas nak kena bagitau mak jugak kau dah sampai kat mana... so call la! call now! call now! call now! bak kata reza kat redio tu...

5) berborak ngan penumpang
huhuhuhu~ ini paling biasala.. dah duk dalam kete mesti berborak kan? kalo dah borak borak tu biasanya memang sukalah anyam ketupat biasanya.. kang kejap lagik nampak mat rempit mengata mat rempit, nampak orang bawak kete besau kau jeles, tengok orang naik beskal terhegeh hegeh kau jelek!, tengok pompuan cantek ko suwiiiiittt, tengok aci bawak moto kepala beruk baju kepam ko hina.. oh, biasalah.. manusia!

6) melihat kesemua di atas
hahahahha... ada manusia yang nampak benda benda kat atas tu berlaku... lepas tu orang macam tu taip panjang panjang kat dalam belog dia. orang jenis nih dia suka memerhati. ntah apa apa ntah. pastu nak citer lak. haishh... dah lah jom lah kita sama sama bersabar menunggu berbuka puasa!

tinta jemari : )) rekaan semata-mata bila tangan beku..


21 August, 2011

bosan dengan laptop besar?

manusia, memang tak pernah puas! kalo puas pon nanti mesti nak lagi.
contohnya, kalau takder laptop, nak laptop.
kalau dah ada laptop mula lah mengadu. apa benda lah laptop aku nih besau gedabak.
nak balik kampung pon naik patah pinggang aku dia bergayut kat bahu nih!
pastu mula lah nak lappy baru. kali ni nak yg small small gitu kan?
cek cek cek kat stall amboi... RM1k lebih jugeeee... kalau lah ada yg small but nice price kan??
nah!!!! kawan2.. nah i bagik kat u~ baek punyer...

apa dia?

19 August, 2011

Ramadhan #17

IHYA RAMADHAN~








tinta jemari :)) seronok sebab dapat jumpa cekgu yg juga pegawai JPM!

18 August, 2011

Ramadhan #16

Berbuka dengan cik bintang! Kalau dah dengan cik bintang, macam2 la cerita keluar! Hahaha.. termasuk ceritakan harapan baruuu huhu.. lepas mkn, opsss lupa makan kat ner tak citer.. haha.. mkn kat D' Nangka.. boleh tahan lah juga..

Ramadhan #15

Monday blues.... sebab tu lambat update untuk hari 15. Keletihan jer....
Dan... utk hari ini aku lupa apa yg berlaku. Mungkin buke puasa di domino pizza. Bawa dak dik sekali.semuanya gara-gArA kiko senget... ok lah juga rasanya.. lebih puas dari pizza hut!

14 August, 2011

"Awak sengaja nk jatuh bukan sebab x kuat"


"Awak sengaja nk jatuh bukan sebab x kuat hehehe...tp skrg awak antara org yg akan dlt bonus!tahniah & alhamdulillah...!" - [Cikgu Norlela Joned, 2011]

adess.... tetiba ak rasa sebak! sepotong ayat yang buat aku tersedar...
ya, betapa pada waktu kita muda remaja.. kita terlalu ikutkan kata hati. biarkan mengikut rasa. maka binasa!
dan.. apabila bangkit semula dari kesengajaan yang dilakukan, baharulah sedar potensi diri yang dipersiakan selama ini. banar kata bijak pandai.. hanya jauhari yang mengenal manikam! dan.. pada ketika itu, aku hanyalah ibarat si johari yang mengenal maniam!

betapa apabila aku sedar si dewasa bergelar cikgu bijak melihat masa depan kita. mereka bukan penilik nasib. tapi mereka yang mendidik, mereka tahu ke mana arah tujuan kita. keupayaan yang sebenarnya yang pastinya kita boleh gapai. sesungguhnya seorang guru itu hatinya ikhlas untuk memastikan kejayaan untuk anak-anak didiknya.. betapa seorang guru itu seolah-olah menerima kepuasan yang maha hebat daripada kepuasan dapat air tebu sejuk semasaa berbuka! hehehe..




Tinta Jemari :)) ok, tetiba aku serius! hahaha~

Ramadhan #14

 

cita-cita dan harapan bukanlah suatu yang pasti.. namun, kitalah penentu kepada realitinya. hadirkah kejayaan tanpa usaha? kita nak dapatkan PHD, master, ijazah, diploma atau paling koman pon nak habiskan SPM pon nak kena usaha.. usaha.. usaha dan usaha… begitu juga kalau nak berjaya dalam hidup!

ada ke manusia yang boleh berjaya dengan hanya duduk diam?ada? mungkin ada.. tapi itu hanyalah 1 dalam juta-juta… jadik, itulah jenisan perkara yang tak boleh kita harapkan!

dan.. bila kita sudah menemukan sesuatu yang kita rasa kita perlu gapai… teruskanlah. jangan berpaling lagi. aku pun belum lagi berjaya dengan erti kata yang sebenarnya.. masih lagi sedang cuba menggapai kejayaan. namun, aku pasti.. di sebalik halangan yang aku lihat kini.. pasti akan ada kejayaan di sebaliknya…

semakin banyak kita menghadapi halangan… semakin dekat kita dengan kejayaan!  hehehe..  doakan dan nantikan kejayaan saya ya kawan-kawan!

 

tinta jemari :)) luahan rasa, pembakar semangat untuk diri sendiri~

Ramadhan #13


dia memang selalu buat saya tersenyum sampai gigi jarang nampak…
IMG_6470

tinta jemari :)) senyumlah ahai.. cik mek molek!

Ramadhan #12

 

kurang air tak bermakna tak boleh berpuasa! huhuhu~

IMG_4466_wm

gunung tampin… rindu pulak nak panjat!

tinta jemari  : )) farisah balik kampung!

11 August, 2011

Ramadhan #11

rindunya kat budak kecik nih... 


tinta jemari :)) tak sabar nak tunggu bila dia nak balik!

Ramadhan #10

tak tau lah bila leh dapat makan nih lagi.. huhu~ yummy!

tinta jemari  :)) entry berganda~

10 August, 2011

Ramadhan #9 [edisi lewat]


semalam pergi sini. 

 
sedang mencuba mengubah mimpi menjadi realiti!
miahaha.. 
oh, semalam ntah kenapa nak menaip lappy mengalami ketegangan otot.
sebab tu lewat up entry untuk ramadhan#9



tinta jemari :(( ingatan semakin lemah..


08 August, 2011

|| Alhamdulillah!|| Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Online FB dengan bahagianya tiba-tiba member duk citer pasal bonus..
huhuhu~ bukan apa.. dah dah nak raya lah katakan memanglah nak gune duit...
Dengar-dengarnya, kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. 

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


cerita penuh : beritaharianonline

mantap... apa apa pon, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih! hehehe

Ramadhan #8


[sumber]

apakah impian akan menjadi realiti?
umpama tangan kan menggapai sang bintang-bintang...

07 August, 2011

Ramadhan #7

Antara impian di bulan ramadhan



nah! berangan nak kurustinggi macam hanis zalikha. boleh? 

tinta jemari :)) apo pon x boleh lah gomokpendek nih! haha~