08 August, 2011

|| Alhamdulillah!|| Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Online FB dengan bahagianya tiba-tiba member duk citer pasal bonus..
huhuhu~ bukan apa.. dah dah nak raya lah katakan memanglah nak gune duit...
Dengar-dengarnya, kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. 

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


cerita penuh : beritaharianonline

mantap... apa apa pon, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih! hehehe

1 comment :

Unknown said...

yes!!! GP nak blanje sebab dapat bonus.. uhuhuhu...