21 January, 2012

Rasa Macam Nk Bunuh Dirrrrrriii!!!

Boleh ke lupe sampai tertinggal memori kad kat umah........ Rasa cam nk terbang je balik umah! Terpaksala beli baru.....

Kota Keriangan!!!

 smile. smile. smile...

walaupun selama bermulanya aktiviti sekolah, maka bermula juga kerja kerja lebih masa yang sememangnya telah pun ak sedari. arghh.. macam macam... tambah tambah plak bila kena jadi guru kelas kan? memang agak meletihkan. dengan membantu sedikit sebanyak di PSS.. rasa macam x terbawa tugas dan tanggungjawab yang digalas.
tapi aku tetap senyum. ya, kerana ak enjoy untuk melakukan semua itu!

15 January, 2012

Demo malam tahun baru di Universiti PENDIDIKAN Sultan Idris

memang dah lambat untuk aku menyuarakan rasa hati..
tapi
aku tetap nak suarakan juga.
sebab? ya, sebab institusi yang memberi aku segala macam ilmu dipandang hina.
aku mungkin sekadar secebis kenangan dari bumi bertuah itu
namun, bumi bertuah itu telah melahirkan aku sebagai anak kepada ibu kandung suluh budiman.
dan.. sebagai penyambung kepada langkah langkah insan insan hebat dari bumi bertuah ini...
aku berasa sedih...

08 January, 2012

menganyam rasa

menerima dan bersedia untuk melakukan apa apa sahaja.
ya, baik. ya, saya yang menurut perintah. tapi, aku mohon pada kamu.
mohon sangat sangat pada kamu. berikanlah aku ruang. berikanlah aku waktu untuk bernafas.
hidup ini bukanlah hanya untuk memuaskan hati kamu sahaja. aku juga punya keinginan, punya rasa seperti kamu. sangat sama seperti kamu. kerana apa? kerana ya, aku juga manusia yang hidup di atas muka bumi ini. sama persis seperti kamu!
jadi aku mohon. aku juga perlu masa untuk rasa berehat rehat di ruang tamu.. makan bersama keluarga dengan rasa bahagia dan tidur nyenyak bersama bantal tilam yg lembut lagi sedap dipeluk. ya, aku benar benar perlukan itu!

aku kini benci dengan segala macam fikiran yang menerjah ke dalam akal fikirku.
bilamana aku perlu merasa risau jika segala macam kerja yang kau lemparkan buat aku itu tidak berusik. dan.. semoga segala macam penantian itu berakhir hari ini. adios!