29 March, 2012

Simple TAPI Chantek!

bila dah umor mula nak mencapai ke tahap ibu ibu nih, perasaan memang lain.
ya, bulan jun nih secara rasminya usia akan bertukar kepada angka 2.6.  kenapa ada titik? ok, simbol penegasan!

mak sebok tanya bila nak nikah, bila nak beli umah, bila nak.. aaahhh.. macam macam sebenarnya bila nakkkk tu... kadang kadang orang tak tau. tak faham,. sebenarnya, kita nih lagilah nak benda benda tu cepat berlaku kat diri kita. tapi? huhuhu~

perancangan untuk membeli rumah sudah pon ada. cuma, lepas x lepas jerlah pinjamannya. harap harap lepas. sebab aku dah mula mencongak congak. berangan angan. macam mana rupa dapur ak nak? macam mana bilik? kalau dalam bilik nak lampu macam mana? kalau almari pulak nak macam mana? built in ke nak beli almari je?

tu belum lagi bila ak berjalan jalan kat mall kan.. tetibe ak feeling feeling macam dah ada rumah. nak beli peti ais bentuk macam mana. nak mesin basuh jenis auto ke manual separuh? oven nak bli yg simple ke nak amik terus yang besar? wahhh! mencanak canak angan angan si anak dara! kalah mak dara u!

pastu nampak katil plak, rasa nak pengsan nengok katil permaisuri ala ala nenek punye... tapi versi kayu lah kan. pastu tengok cadar, bantal2 empuk lagi lazat punggung untuk dihenyak. juga! langsirrrr! huaahh! langsir yang aku konfem akan gune yang jenis sangkut tu je. nak buat penggantung kayu kat seluruh rumah. pastu, ak nak jahit simple je. waaaa....

tibe tibe ak sedar. aku belum kawen.loan ak pon belom tentu lepas. ak rasa nak jaga mak ak lagi. ak rasa ak belum habis bantu mak lagi...

................diam..................bisu.................

ok, semua tu mungkin akan berlaku dalam tahun 2015.
sekian.

tinta jemari :P i love u for a thousand years...

Kejohanan Olahraga MSSMNM Kawasan Alor Gajah lllPart 1lll

ehem.. kalau ada sesiapa yang tersesat kat sini. harap maaf. tak adanya aku larat kan nak upload gamba banyak banyak kat sini. just alasan nak update blog yg dah berdebu je hari nih.

so, beberapa gambar semasa acara awal di SMK Seri Pengkalan. acara awal dari SMK Dato' Haji Talib Karim akan bersambung untuk part 2..





16 March, 2012

beruntungnya kau!

kadang kadang aku pelik.
pelik beb. pelik.

ya, betul memang betul bila kita selalu sebut
ada depan mata kita tak heran.
dah xde ngan kita baru kita sesal

makanya, jika ada di depan matamu itu... tolonglah!
tolong jangan kau persiakan!

tolong jangan kau lukakan!

tolong jangan kau bencikan!

tolong jangan kau marahkan!

tolong jangan kau sekali kali lupakan...

kerana akhirnya kau akan terluka sendiri..
tahukah kau betapa mereka yang impikan berada di tempat engkau itu?
mereka sanggup membayar untuk seluruh hidup mereka
untuk berada di tempat engkau itu...

aku dimainkan syaitan dalam tidurku
aku dimainkan jin dalam tidurku

hanya semata, hanya kerana fikiranku yang terlalu ingin bertemunya.
dan cuba menolak. tidak mempercayai realiti. realiti bahawa..
mahadi md dewa
dan
rokiah abdullah

telah ke pangkuanNya..

Bila Mahsuri bertemu Hang Tuah

 

bertemu lah sangatkan??

alkisah, ermm.. asyik asyik nak lupa bila tarikh.. miahaha…

wajib lah lupa kan bila cerita basi baru nak update! miahaha…

nih, adik saya

IMG_0277

he is tall. he is an army. he is playing saxsofone. suke hati ak nak eja macam mana.

saya ke langkawi kerana E-Day dia. ya, hanya saya dan mak saya. miahahaha…

pelik. memang kami buat cara pelik. punyelah meriah pung pong pung pong kat umah tunang adik saya,

yang datang dari pihak lelaki hanya saya dan adik saya. adik saya yang paling suka buat onar. paling suka buat

semua perkara nampak mudah.

hanya saya dan mak yang ke langkawi bersama kiriman belanja tiket flight yang dibiaya! huahaha…

dalam hati cakap, ko nak buat apa pon buat lah, janji ak g berjalan langkawi!

sekali memang betul dia serius. semua menatang hantaran dia dah sediakan. tapi still ada yang mendapat

sentuhan ajaib dari jemari gomokpendek juga. hahaha…

tanpa gam, gunting dan segala keperluan asas untuk berkreatif, saya berjaya untuk make over beberapa hantaran.

macam tak caya ngan kehebatan diri sendiri. mih mih mih mih…

IMG_0117

inilah tunangnya … cik piza… cantik orangnya. lembut je sore..

IMG_0198

siap berpelamin bagai. mekap by her own. cik piza nih mekap sendiri…. mak oiii.. memang cantik!

memang saya teruja sangat sangat ngan mekap dia.. memang sangat sangat licin.

IMG_0299

esoknya, g la jenjalan lagi. huhuhu~ asal g langkawi je mmg konfem nak g jugak makam mahsuri. tak tau nape..

singgah rumah mahsuri. tapi mahsuri x jemput minum air pon. sampai hati!

*berhenti merepek*

semoga hubungan ini akan berkekalan. amin. sebab saya nak g jalan langkawi lagi~ lalala…

jangkaan menikah adalah pada bulan november.

ok, november nanti tengok gamba kawen yer? adiossss! salam!

 

tinta jemari: bilakan sampai tiba waktu ku? hahaha…

14 March, 2012

Sekitar Majlis Penyampaian Result STPM~

 

bila eh? 7/3 haritu ye? ke 6/3? ok. lupe! tu lah.. patutnya dah lama update.. hihihihi… di sini saya sertakan kuntuman bahagia sempena menerima keputusan STPM di sekolah.. ada yang menangis, ada yg tersenyum gembira dan tak kurang juga ada yang buat muke x ada apee.. hahaha..

apa pon, anda telah belajar dan mendapat hasil daripada apa apa yang telah kamu pelajari itu. tiada guna untuk ditangisi. tetapi ilmu itu pastinya perlu didalami!yang berjaya, jadikanlah sebagai batu loncatan atau kekuatan anda untuk terus berjaya. apa apa pun. tahniah dan selamat maju jaya anda semua!

 

IMG_1051

                      Pelajar Terbaik, merupakan Pengerusi Pusat Sumber Sekolah.

IMG_1053

                                                                                     Erlina

IMG_1055

                                                                Siti Fatimah Al-Zahra

IMG_1063

 

IMG_1065

 

IMG_1068

 

tinta jemari: teringat masa amik result dulu.. menjerit gila masa tu! hahaha~

13 March, 2012

gemuk

sumpah kau akan rasa ngeri untuk melalui hidup sebagai manusia gemuk.

betul kau akan bosan bila cari baju dengan design yang kau suka tapi x jumpa. sebab?

ya, sebab gemuk.

tensen bila kau masuk kedai baju dan pelayan kedai pandang kau atas bawah dan sinis sambil sebenarnya kau tau dalam hati dia cakap 'oi gemokkk! kat sini xde baju size ko lah. sila berambus! buat semak ak nak layan kau. tak layan kang bos plak memekak!

ya, sebab gemuk.

kesimpulannya, berusahalah supaya tidak gemuk sampai macam tu.
berusahalah untuk menjadi lebih sihat.

(^_^)Y

tinta jemari :)) mood tengah heppi sebab berjaya turun lima kilosssss! weeeeee...