04 April, 2012

leka

semua orang ada tanggungjawab. ada kerja. tugas. ya, amanah yang diberi.
tapi tak semua orang mampu untuk melaksanakan tugas sebaik yang diharapkan.
aku tak adalah nak kata aku nih perfect. sempurna segala segi. tapi seboleh bolehnya ak lebih suka kalau apa apa sahaja yang diberikan atau yg telah dipertanggungjawabkan kepada ak itu, aku laksanakan dengan sebaik dan sesempurna mungkin. titik.

semalam pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah berlansung dengan jayanya. secara keseluruhan, memang rasa hepi sangat sangat sebab program berjalan dengan lancar. berkalung kalung tahniah buat jawatankuasa kerja NILAM! dan, best part nye rupa rupanya tugas aku ada dua. dokumentasi dan persembahan. tapi bila dilihat pada buku program, dokumentasi dan banner.

nak dijadikan ceritera, seminggu sebelom pelancaran, aku tiada di sekolah. maka, bermula lah episod sedih bila sampai je hari sabtu, stay kat PSS dengan kak sham dan yang lain lain demi kelancaran NILAM! so, sabtu tu ak yang sangat blurr telah salah menafsir permintaan kak syam untuk lakarkan rupabentuk banner. punyelah hegeh hegeh buat kat ps... sampai lah kak sham kata buat kat word je! kita nak tunjuk rupa design je!. aku? apekah?? tangan dah mula kebas. hati dah mule nak nangis... waaaaaaaaa....

lantas sepantas kilat buat kat microsoft word je... pastu terus g kedai n anta untuk print. kena lah plak tunggu pekerja kedai tu dok design, pastu dia sebok lah nak makan dulu. yerlah, aku pon sampai waktu waktu dia nak makan kan? dalam pukul lima lebih baru siap print banner.. sampai sekolah semula dalam kol 6 dan esoknya yakni ahad, datang lagi sekolah untuk gantung banner dan praktis untuk gimik pelancaran. tapi aku datang lewat lah. almaklumlah, g pasar minggu dulu yer..

lepas tengok raptai gimik, ok lah.. cun.. pastu ptg tu g jadik org gile kjp mereban dan merayau. masa nak anta warden balik asrama, tetiba nampak banner digantung cam kain langsir. tak ada sape peduli. rupanya untuk banner nama aku sorang je. mmg jenisan x malu lah ak nih keje tak senonoh kan? malam tu ak datang lah juge sekolah. panjat panjat atas astaka tu dengan bantuan sepupu aku.. nasib baik dia sudi tolong... T_T tenk u laling. yerlah dengan keunikan badan gomokpendek nih, tolonglah jangan nak harap sangat bab panjat panjat kan? lain lah ak power rangers yellow yang sering ak angankan masa kecik kecik dulu.... ape ape pon, kerja dapat dilaksanakan dengan baik! yesssaaa!

akhir kata, buatlah kerja dengan ikhlas penuh tanggungjawab. tugas merupakan amanah yang diberi..
pss.. berusaha pasti jaya! yeahhh...

tinta jemari :)) kerja oh kerja!