31 July, 2012

intruinsik vs pentingkan diri?

 

intruinsik= meletakkan kepentingan untuk orang lain melebihi dari diri sendiri.

atau, kata lawan bagi pentingkan diri sendiri.

contoh : kau kat padang pasir. dah haus gila dah nih. tiba tiba kau jumpa satu suku cawan air.

betul betul kalo minum adalah dalam seteguk. tapi orang sebelah ko dah kuar air mata sebab haus.

dan, ko yang haus nih pon akhirnya bagi air tu kat dia. kau pula yang berhausan….

itulah intruinsik.

bagi aku, mula mula masa kenal perkataan nih aku terus cakap dalam hati.

ok, fine orang jiwa malaikat je buat camnih. tapi bukan kejam ke kat diri sendiri bila buat camtu??

dan, kini apabila aku sendiri tiba tiba terasa intruinsik itu mula menular pada aku tanpa aku sedar…

aku hanya mampu diam dan merenung sepi.

digunakan dan mempergunakan menjadi mainan kehidupan.

dan…

yang buruk itu hanya aku

yang tidak benar itu hanya aku

yang dusta itu hanya aku

yang tamak itu hanya aku

yang tiada rasa malu itu hanya aku

yang jahatnya bicara itu hanya aku

pastinya, segala yang hina itu hanya aku.

dan kau?? kau pula ibarat malaikat.

di hadapan mereka kau berlagak kata yang halus

senyum kau manis madu

bicara kau selembut gaya

tutur bicara bijak kau atur!

aku akan sekadar kaku.

kaku melihat segala lakonan duniawi kamu itu.

tahniah! kau berjaya!

 

tinta jemari : )) apa gunanya indah rupa si cenderawasih andai hidup tak seindah merpati terbang sejoli!

                                                                                                                    [Nor’Ida Akhmar Mahadi,2012]

30 July, 2012

Ilmu dan kedangkalan sekeping hati

 

 

berada di arena pendidikan membantu aku, tidak banyak tetapi sedikit meningkatkan satu rasa yang sangat indah

penyebaran ilmu.

seronok berkongsi idea, pendapat dan segala macam apa yang ada pada diri aku yg kerdil dan masih banyak kekurangan.

indahnya dunia pendidikan itu kadang kala buat aku sedikit tercalar rasa.

ya, kerana busuk dan dangkalnya sekeping hati, milik entah manusia mana. tidak mahu aku fikirkan siapa.

aku biarkan sahaja tanpa aku berbuat apa apa. biarpun, pada awalnya aku berlari. aku berlari mencari jawapan kepada

segala macam persoalan yang melingkar di ruang ruang fikiranku. dan akhirnya aku kaget bila mana saat bukti di depan mata.

mungkin tidak mahu menerima hakikat yang tersedia di hadapan mata.

mungkin juga aku tidak mahu mencalar rasa hormat aku buat mereka

oh, indahnya dunia pendidikan yang tetap ku landasi…

kira mereka tidak memperjudikan ia..

kira mereka tidak leka mencari siapakah juaranya

kira mereka tidak meletakkan nilai buatnya…!

aku bukan manusia mahukan jutaan kata suka, puji puja.

aku bukan manusia raihnya nilaian wang

aku juga bukan manusia yang apa apa sahaja kau fikirkan…

aku hanya si naif yang lurus hatinya

aku hanya si naif yang leka mendengar tiap bait kata mu

aku hanya si naif yang jujur kata bila bicara

tetapi aku hanya si naif yang bila kau berikan itu ini… aku lakukan!

itulah dunia.

yang kau lihat di hadapan, bukan semuanya apa yang kau fikirkan.

 

tinta jemari   : (    hidup bukan selalu      i.n.d.a.h