20 November, 2013

Baby Shower?


Di pagi yang hening...

Saya    : Baby Shower tu kan kalau dalam Bahasa Melayu apa?
Dia      : Huh? Hmm.. Kalau baby, lotion je selalu tengok. Shower tak perasan lah pulak.
Saya    : eehhh??

Tinta Jemari :) Kadang2 pening juga kan cakap ngan org asyik berangan...
                        Asyik Missunderstanding jela... uhuuuks..

10 November, 2013

Satu Dalam Ramai~

 Sila klik gambar untuk lebih jelas. TQ.


Tahniah kepada semua CDM yang diraikan.. terutama CDM Aslina~ my dear leader bersama-sama Legasi Said!

Sangat meriah dan mengujakan. hadiah memahal beb! :P

03 November, 2013

CARI PERSAMAAN... PHEWWWW~

Rabu minggu lepas  baru je adakan Majlis Anugerah NILAM..
rasa best lah sesangat sebab perasmi yang kami impi impikan muncul juga di sekolah pada pagi itu...
tapi motif ak hupdate belog pepagi buta nih sebab nak tunjukkan ini...

banner anugerah NILAM
OK, dan ini.. miahahaha~~!


yeay~ banner masuk paper! wakakaka...  senget!!

21 October, 2013

KITA

kita semua manusia.
kita lalui sekalian murka-Nya
itulah kita...

kita semua manusia...
jelas.
biar apa pun jenama tubuh
cikgu, peguam, emak, murid, tukang kebun.
kita tidak pernah sunyi dari dosa
kerana kita,
manusia biasa...

kita semua manusia...
berdiri, berlari, senyum dan menangis
semuanya di atas bumi-Nya
tapi kita pasti
setiap ruang pasti ada penghuni
jelaskan pada diri di mana kita berdiri..
biar kita.
akhiran nanti tiada yang lupa diri.

ya,
kerana kita semua manusia.

5:49pm
dapur Kiko's Rempeyek House

16 October, 2013

Kad Jemputan!

weeehuuuu~

macam best je bila taip kad jemputan gitu kan?

tak ada yang menarik. hanyalah kad jemputan ke program kem legasi minda PSS SMKDHTK..

Untitled-1

Untitled-1

atas nih kad jemputan depan dan belakang…

pastu berposak plak buat kad utk no bilik!

nombor bilik 2 copy

pastu masih lagi dalam moodd rajin nak bertapa kan depan lappy…

so, kerjaan lain ialah duk menconteng2…

apa pun, program best sgt.. jurnal kehidupan kat sana next entry lah yo?

26 September, 2013

Kad jemputan Aqiqah

 

walaupun sebenarnya tidak punya banyak masa,

dek rasa suka pada keje keje men ‘design’ berada pada tahap agak tinggi

makanya, terhasillah kad jemputan untuk kak zura..

hehehe~ gatal kan? keje bertimpa-timpa tapi masih lagi nak buat kerja kerja bukan prioriti. ‘

nak buat camne? rasa macam x sedap hati pulak bila x dpt tolong!

rupe yang tidak seberapa. amik dari vector free. tapi editlah sikit kan?

hehehe… peace Y^_^”

full 4 set b copyfull 4 set copy

31 July, 2013

kau, aku. kita sama.

angin dusta sedang damai menerjah.
kita manusia. pendosa.
kita bukan tuhan. setiap langkah laku ada sebab~
yg kadang kala di luar fikiran kita.

ya, kita.
masih deras..
kau luahkan pula jengkel rasa tentang kerja. ya, kerja yg smart.
Entah dimana pilihannya kamu.
Work smart apabila kamu menjatuhkan orang lain?
Work smart apabila kamu menyerahkan tugas secara pasif kepada orang lain?
Work smart apabila kamu menyatakan tidak kepada amanah yang diberikan?
Work smart apabila kamu berlalu pergi saat diaju kata berbaur permintaan?
Kata kamu, kerja itu bukan kamu seorang, sendiri yang lakukan. Ada itu ada ini ada blab la blab la...
Itu kata kamu.

TAPI, 

Tidak pernahkah kau terfikir. Untuk sekali, berempati pada dia yang kamu katakan kurang work smartnya itu... 
mungkin, saat kau sedar erti sebenar jiwa dan raga itu hanya pinjaman.. kau akan mengakui langkah duka dari dia...

Aku hanya insan kerdil. Aku hanya mampu menarikan jemariku yang bisu. Laju, mengikut lagu dan irama hati luka..

 

08 June, 2013

Majlis Cukur Jambul

Majlisnya belom lagi.. tapi buat buntingnya dulu..

huhuhuh.. size 2x6.

terkejut pakcik nengoknya… sebab agak besar sedikit..

hehehehe… sesuka hati je buat..

aida cukur jambul

ok ke design sesuka hati ini? haha.. ^_^

ist aida

hah.. ini baby nak kena cukur jambulnya.. ala tomey tomey…

E~day//sahabat//

yus_MG_0249

_MG_0105_MG_0139_MG_0190_MG_0205_MG_0340_MG_0388_MG_0461_MG_0464

dua gamba teraakhir tu… ermm.. gambar merapu.. ok bai!

03 June, 2013

UNTUK PERTAMA KALI…

 

UNTUK PERTAMA KALI..

aku mencuba untuk tidak seperti selalu. melakukan itu ini pada saat saat akhir. dan sentiasa mengharapkan kehebatan fikiran secara spontan. walaupon kadang kala aku mmg suka perasankan diri sendiri dengan kehebatan spontan itu.. tapi kali ini tidak. ya, sekurang-kurangnya aku bersikap serius untuk hari indah. hari yang bakal menginjakkan kakiku ke dunia baru.

UNTUK PERTAMA KALI..

aku cuba akui yang kerja aku bukanlah hidup aku. kerja itu kerja. kerja hanya secebis perkara dalam hidup aku. bukan hidup sepenuhnya! tapi… siapa sahaja.. bukan sekadar emak, bukan sekadar kiko. sahabat baik. rakan semeja di pss, kak amizah. kak gee yg selalu bergandingan, kak sham terutamanya yg selalu melihat kejengkelan diri ini. dan.. tidak lupa kak haliza yg akan sentiasa meluahkan sakit hatinya setiap  kali ak fokus merenung kerjaan tanpa peduli pada sesiapa. titik. itulah aku. kata sahabat tercinte ustazah yusraini, sesuai dengan nama kau yg selalu mabuk dengan apa yg kau lakukan! obses! (mak oi.. bergema rasanya ayat dia nih dalam gegendang telinga ak..) ya, aku obses pada kerja….

jadi,

UNTUK PERTAMA KALI…

aku cuba untuk menyiapkan segala macam perkara berkaitan hari ke dunia baru. paling memeningkan venue berlansungnya hari itu. dengan pelbagai permasalahan dalaman untuk diri aku ini. maka, fikiran aku serabut dan seglanya menjadi tertunda. sebelum aku kembali menjadi manusia obsesi kerja, selagi aku masih dalam mood untuk memikirkan tentang diri sendiri.. aku cuba untuk menyempurnakan seberapa banyak perkara yang mungkin…

dan akhirnya…

UNTUK PERTAMA KALI…

itu hanya akan tinggal begitu sahaja. balik dari majlis indah ustazah yusraini, aku mula diulit kerja yang menanti. ruang yg kosong dari perkataan kerja semakin penuh. penuh dan penuh. selamat tinggal ingatan pertama kali ini… mungkin aku bukan manusia yg benar benar tersusun. ya, semoga dia berjaya fix kan diri aku yg x berapa nak tersusun nih..

dan..

hai, my dear spontaneous!

wish me luck… for my.. errmm.. hari ke dunia baru! peacee!

_MG_0019

19 May, 2013

Hari Guru~ huuuuuu~~


hari guru done 7x3  HARI GURU DONE 8X4 copy

cam biasa.. muka tukang buat banner.. kali ni utk hari guru… uhuks…
banner buat on da spot masa kejohanan sepak takraw.. wuwuwuwuw~

LADAP 2 Seminar Integriti

12AKSI GURU SEPANJANG SEMINAR 2AKSI GURU SEPANJANG SEMINAR

ni Sabtu lepas punya cerita~ huhuhu… antara sekolah yang terlibat ialah SMK Dato’ Haji Talib Karim (sekolah GP), dan lain-lain sekolah rendah… SK Alor Gajah 1, SK Dato’ Naning, SJKC Alor Gajah dan SJKT Alor Gajah. sume main gajah gajah jeeee.. tapi kat sini x de gajah pon~  ^_^"

11 May, 2013

Muka Depan~

 

Asal nak front page je terjah aku…

nasib baik kakak ayang ayang… kalo x maleh nak layan tauuu?

hahaha..

demi kakak tercinta yg suapkan kita spegeti obor obor yg sedap,

kita rela buatkan front page buku program kak haliza tercinta. ok?

MUKA DEPAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSM

sentuhan yg tak berapa nak ada sentuhan…. heheh..

sesuka je buat ala ala gaya tersendiri. haha..

07 May, 2013

Tak Berapa Nak Kreatif~

 

birthday lily copy

huhuhuhu~

hasil tak berapa nak kreatif…

nak tolong kak norzie buat kad besdaya anak dia..

hehehe… harap harap kak norzie suke!

Tanah Itu Tidak Sama

tanah itu tidak sama.
sentuhan rasanya lain
dakapnya buatkan aku mengesat ngesat ke baju.

tanah itu tidak sama.
miangnya buatkan aku merah
kuatnya buat aku payah.

tanah itu tidak sama.
cengkamnya ke dalam
dan hidup di atasnya kuat sekali.

mungkin aku beralasan
mungkin aku malu sendiri
kerana~
tanah itu telah lama tidak aku jejaki
tanah itu telah lama aku lupai.

saat jari menarik kasar
saat hati meronta marah
saat laju aku membersih segala.
tangisan masih tiada hinggap di pipi.


ya, mahu apa dengan air mata?
jika aku hanya hamun kan diri
biarpun dalam hati~
kerana terlalu lama alpa dengan duniawi!

Tanah Perkuburan Islam Kg Pegoh, Alor Gajah, Melaka.

tinta jemari :(( 06/05/1998~06/05/2013 abah.. 

06 May, 2013

..Puisi..


"aku pinjam buku kau eh?"
"pinjam ah.. jangan lupa pulang..."



buku biru lusuh. ruang indah melepas rasa..
rindunya aku pada kamu~

rindu datang saat lihat yang sama serupa kamu
bait baitnya ikhlas seperti kamu..
ahh.. aku rindu buku biru..
itu..


tinta jemari :(( entah mana hilang buku puisi aku!!!

05 May, 2013

Melompat Dari Pagar!

masanya telah tiba.
keputusan masih samar saat melangkah ke pintu saluran 4
tidak ramai yang beratur.
tidak sempat untuk berfikir lebih lama.
saat waktu terus bergulir.
sebutan no siri, nama dan nombor pengenalan diri bergema.
ditandakan cecair biru--
waktu melakar pilihan--

keluar dengan senyum.
tiada lagi istilah atas pagar.
keputusan telah dibuat
semoga aman sejahtera
saya pilih MALAYSIA...

tinta jemari :)) proud to be Malaysian..

KESENGALAN TAHAP MELAMPAU....



Sila baca printscreen  di atas. helllloooooo000oooo....
rasa aku nak tunjal diri sendiri.
rupe-rupenya aku de dapat hadiah misteri dari rizi biz shop... ala... yg kedai online tu...
wahahahahaha... dan ak bleh plak x perasan yang incik ben  ada bg komen kat situ....
sumpah aku rasa nak guling guling skrg nih.... masa ni mungkin ak ngah bz kan kat sekolah.. sbb setelkan buku perancangan sekolah..
dah nak dekat tiga tahun baru perasan......................... huaaaaaaaaaaaaa!

tinta jemari :(( agak agak de peluang nak redeem hadiah misteri lagi ke??