10 February, 2013

My sepupu wedding!

 

ok, memang sepertinya merosakkan bahasa. tapi bagi aku itu simbol kepada kegembiraan yang tidak bertepi. tepat, memang tak lawak. tapi perkahwinan sepupu saya ini telah pon berlansung beberapa bulan yang lalu. bukan hari, tapi bulan. kadang kadang memang rasa nak ketuk ketampi 15 kali apabila mengenangkan betapa pelupanya diri ini. im sorry darling.

eh, ada lagi satu wedding. kawan baik saya a.k.a cik bintang. hye cik bintang. kalau awak membaca ini, saya sgt gembira melihat anda gembira!

here we go laling!

_MG_1964

_MG_2004

_MG_1960_MG_1988

hari yang bahagia buat sepupu saya. love you laling!

03 February, 2013

MENGELUH bukan TAK SUKA


mengeluh. pastinya aku tidak menafikan bahawa mengeluh itu sesuatu yang negatif.  tapi tidak pula aku tidak pernah mengeluh. begitu juga kamu dan orang lain. pernahkah kamu terfikir? kadangkala berat bebanan yang ditanggung oleh kamu itu tidak sehebat orang lain? dalam hal ini, ternyata kamu insan paling tidak punya perasaan.

kadang kala, apabila kita terlalu letih dalam melakukan perkara atau tugasan yang dilakukan, pastinya kita akan mengeluh. bukan mengeluh kerana benci tidak suka. tapi mengeluh sekadar melepaskan rasa penat yang terbuku di hati.

sayang, zaman kamu mungkin berbeza daripada zamanku. pada zaman kamu, situasi tempat kerja kita berbeza. mengapa sukar untuk kau fahami itu?? setiap keluhanku pasti ada rasionalnya. bukan benci tugas. bukan hilang minat menanti perjalanan kerjaya yang berpuluh tahun. penegasan di sini. tak perlu lah kamu sesuka hati untuk mengulang sejuta kali kepada aku tentang tugas, tentang sejauh mana perjalanan kerjaya aku. aku lebih arif itu daripada kamu. malah, sedari aku kenal tulis baca telah tersemat rasa juang ingin berbakti pada nusa bangsa. 

sayang, saat tanggungjawab yang sepatutnya kamu galas itu kau laksanakan... mengapa helah pula yang kau cari? jika kamu itu manusia bijak bestari, tahu segala serba serbi bak kata lidah lebih dahulu kau makan garamnya, mengapakah masih aku yang kau cari?? manusia bertopengkan kepura-puraan. mahukah kau ku anggap begitu? saat manis kata kau lempar, hanya sekadar buat pengalas tambahan beban kerjamu. dengan mudah, segala tugasmu itu kau serah lemparkan pada manusia lain yang mungkin buta tugas. dulu aku mangsamu. aku percaya itu dan aku tidak malu mengaku. tapi kini aku bukan lagi si buta yang mudah untuk kau pimpinkan ke jalan keji!

sayang, terima kasih. terima kasih keran sedikit sebanyak aku akui kamu telah berikan aku rencah sebenar erti sebuah kematangan. segala peri cerita kau dan aku, kemas aku sisipkan di celah memori hatiku. tanpa kamu yang memberikan aku perasaan jengkel ini, mungkin aku akan sentiasa membiarkan diriku terus menjadi mangsa manusia jengkel lain. tapi kamu umpama wira pertama. si wira yang telah menyedarkan aku. tahukah kamu aku sedang tersenyum sinis? 

..catatan masa sebagai ingatan buat aku..