19 May, 2013

Hari Guru~ huuuuuu~~


hari guru done 7x3  HARI GURU DONE 8X4 copy

cam biasa.. muka tukang buat banner.. kali ni utk hari guru… uhuks…
banner buat on da spot masa kejohanan sepak takraw.. wuwuwuwuw~

LADAP 2 Seminar Integriti

12AKSI GURU SEPANJANG SEMINAR 2AKSI GURU SEPANJANG SEMINAR

ni Sabtu lepas punya cerita~ huhuhu… antara sekolah yang terlibat ialah SMK Dato’ Haji Talib Karim (sekolah GP), dan lain-lain sekolah rendah… SK Alor Gajah 1, SK Dato’ Naning, SJKC Alor Gajah dan SJKT Alor Gajah. sume main gajah gajah jeeee.. tapi kat sini x de gajah pon~  ^_^"

11 May, 2013

Muka Depan~

 

Asal nak front page je terjah aku…

nasib baik kakak ayang ayang… kalo x maleh nak layan tauuu?

hahaha..

demi kakak tercinta yg suapkan kita spegeti obor obor yg sedap,

kita rela buatkan front page buku program kak haliza tercinta. ok?

MUKA DEPAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSM

sentuhan yg tak berapa nak ada sentuhan…. heheh..

sesuka je buat ala ala gaya tersendiri. haha..

07 May, 2013

Tak Berapa Nak Kreatif~

 

birthday lily copy

huhuhuhu~

hasil tak berapa nak kreatif…

nak tolong kak norzie buat kad besdaya anak dia..

hehehe… harap harap kak norzie suke!

Tanah Itu Tidak Sama

tanah itu tidak sama.
sentuhan rasanya lain
dakapnya buatkan aku mengesat ngesat ke baju.

tanah itu tidak sama.
miangnya buatkan aku merah
kuatnya buat aku payah.

tanah itu tidak sama.
cengkamnya ke dalam
dan hidup di atasnya kuat sekali.

mungkin aku beralasan
mungkin aku malu sendiri
kerana~
tanah itu telah lama tidak aku jejaki
tanah itu telah lama aku lupai.

saat jari menarik kasar
saat hati meronta marah
saat laju aku membersih segala.
tangisan masih tiada hinggap di pipi.


ya, mahu apa dengan air mata?
jika aku hanya hamun kan diri
biarpun dalam hati~
kerana terlalu lama alpa dengan duniawi!

Tanah Perkuburan Islam Kg Pegoh, Alor Gajah, Melaka.

tinta jemari :(( 06/05/1998~06/05/2013 abah.. 

06 May, 2013

..Puisi..


"aku pinjam buku kau eh?"
"pinjam ah.. jangan lupa pulang..."



buku biru lusuh. ruang indah melepas rasa..
rindunya aku pada kamu~

rindu datang saat lihat yang sama serupa kamu
bait baitnya ikhlas seperti kamu..
ahh.. aku rindu buku biru..
itu..


tinta jemari :(( entah mana hilang buku puisi aku!!!

05 May, 2013

Melompat Dari Pagar!

masanya telah tiba.
keputusan masih samar saat melangkah ke pintu saluran 4
tidak ramai yang beratur.
tidak sempat untuk berfikir lebih lama.
saat waktu terus bergulir.
sebutan no siri, nama dan nombor pengenalan diri bergema.
ditandakan cecair biru--
waktu melakar pilihan--

keluar dengan senyum.
tiada lagi istilah atas pagar.
keputusan telah dibuat
semoga aman sejahtera
saya pilih MALAYSIA...

tinta jemari :)) proud to be Malaysian..

KESENGALAN TAHAP MELAMPAU....



Sila baca printscreen  di atas. helllloooooo000oooo....
rasa aku nak tunjal diri sendiri.
rupe-rupenya aku de dapat hadiah misteri dari rizi biz shop... ala... yg kedai online tu...
wahahahahaha... dan ak bleh plak x perasan yang incik ben  ada bg komen kat situ....
sumpah aku rasa nak guling guling skrg nih.... masa ni mungkin ak ngah bz kan kat sekolah.. sbb setelkan buku perancangan sekolah..
dah nak dekat tiga tahun baru perasan......................... huaaaaaaaaaaaaa!

tinta jemari :(( agak agak de peluang nak redeem hadiah misteri lagi ke??