08 June, 2013

Majlis Cukur Jambul

Majlisnya belom lagi.. tapi buat buntingnya dulu..

huhuhuh.. size 2x6.

terkejut pakcik nengoknya… sebab agak besar sedikit..

hehehehe… sesuka hati je buat..

aida cukur jambul

ok ke design sesuka hati ini? haha.. ^_^

ist aida

hah.. ini baby nak kena cukur jambulnya.. ala tomey tomey…

E~day//sahabat//

yus_MG_0249

_MG_0105_MG_0139_MG_0190_MG_0205_MG_0340_MG_0388_MG_0461_MG_0464

dua gamba teraakhir tu… ermm.. gambar merapu.. ok bai!

03 June, 2013

UNTUK PERTAMA KALI…

 

UNTUK PERTAMA KALI..

aku mencuba untuk tidak seperti selalu. melakukan itu ini pada saat saat akhir. dan sentiasa mengharapkan kehebatan fikiran secara spontan. walaupon kadang kala aku mmg suka perasankan diri sendiri dengan kehebatan spontan itu.. tapi kali ini tidak. ya, sekurang-kurangnya aku bersikap serius untuk hari indah. hari yang bakal menginjakkan kakiku ke dunia baru.

UNTUK PERTAMA KALI..

aku cuba akui yang kerja aku bukanlah hidup aku. kerja itu kerja. kerja hanya secebis perkara dalam hidup aku. bukan hidup sepenuhnya! tapi… siapa sahaja.. bukan sekadar emak, bukan sekadar kiko. sahabat baik. rakan semeja di pss, kak amizah. kak gee yg selalu bergandingan, kak sham terutamanya yg selalu melihat kejengkelan diri ini. dan.. tidak lupa kak haliza yg akan sentiasa meluahkan sakit hatinya setiap  kali ak fokus merenung kerjaan tanpa peduli pada sesiapa. titik. itulah aku. kata sahabat tercinte ustazah yusraini, sesuai dengan nama kau yg selalu mabuk dengan apa yg kau lakukan! obses! (mak oi.. bergema rasanya ayat dia nih dalam gegendang telinga ak..) ya, aku obses pada kerja….

jadi,

UNTUK PERTAMA KALI…

aku cuba untuk menyiapkan segala macam perkara berkaitan hari ke dunia baru. paling memeningkan venue berlansungnya hari itu. dengan pelbagai permasalahan dalaman untuk diri aku ini. maka, fikiran aku serabut dan seglanya menjadi tertunda. sebelum aku kembali menjadi manusia obsesi kerja, selagi aku masih dalam mood untuk memikirkan tentang diri sendiri.. aku cuba untuk menyempurnakan seberapa banyak perkara yang mungkin…

dan akhirnya…

UNTUK PERTAMA KALI…

itu hanya akan tinggal begitu sahaja. balik dari majlis indah ustazah yusraini, aku mula diulit kerja yang menanti. ruang yg kosong dari perkataan kerja semakin penuh. penuh dan penuh. selamat tinggal ingatan pertama kali ini… mungkin aku bukan manusia yg benar benar tersusun. ya, semoga dia berjaya fix kan diri aku yg x berapa nak tersusun nih..

dan..

hai, my dear spontaneous!

wish me luck… for my.. errmm.. hari ke dunia baru! peacee!

_MG_0019