11 July, 2014

Kerisauan

Kerisauan
Ada satu saat kita rasa mcm risau sgt.
Ada org risau bila tiba-tiba gelas yang dipegang jatuh dan pecah berderai.
Ada orang risau tiba-tiba terhiris jari dek pisau saat memotong sayur mahupun mengopek kulit bawang. 
Aku juga pernah saat macam macam risau.
Risau orang kidnap aku yang gedempol buat jual organ  atau habis aku dirompak saat sendirian menaiki bas menuju sang cinta.
Risau juga bila sendirian di hotel. 
Semalaman menanti sang cinta. 
Tiga empat kali loceng bilik ditekan namun tiada siapa di luar. Kemusykilan dan kerisauan yg amat aku itu akhirnya terhenti dgn rasa lega dan senyum sinis. Saat membalas chat messenger FB dari sang cinta, aku dikejutkan dengan bunyi loceng bilik! 
Bunyi loceng pula seiring dengan gegaran dari telefon bimbit yang menunjukkan sudah masuk solat dan minta di upgrade kan. 
Tiba-tiba aku rasa benci pada telefon itu!

Pilihan

Pilihan
Hati hati buat pilihan.
Dari larkin. Dengan memeluk erat tangan sang cinta. Aku dan dia memilih milih. Bas apa rasanya selesa dan bagus sebagai kenderaan pulang.
Setelah sedikit perbincangan kami memilih Delima. Biar wajahku seakan tidak merelakan perpisahan kami di perhentian bas Larkin itu... tak bermakna aku dapat meraih simpati sang cinta untuk stay sehari lagi.
Mata ku hala pada tangan. Tepat pukul  2.38 menerusi jam Q&Q free pemberian agen insuran aku yg tak berapa nak agen tu bas mula bergerak. Pemandunya seorang lelaki keturunan India. Dari awal aku melihat gayanya ada sedikit rasa tidak berapa nak enak. Tapi aku diamkan dari pengetahuan sang cinta. Sebab pilihan ini majornya dari beliau. Lebiu darling.

Jadinya... sepanjang perjalanan radio hanya memutarkan lagu2 tamil. Aku pasrah. Cara pemanduannya bikin kepala aku menjerit mintak asam, gula vita c dan air.
Bila sampai tol Ayer Keroh ada satu perempuan cina dah standby nak turun. Di marah marahnya kata tak boleh turun. Tapi akhirnya dia bagi juga turun. Aku dah mula fikir.. apa pesen org la drebar nih. Nampak gaya aku pun tak boleh la turun dimana mana. Kiko dah mula bgtau dia berada di jalan berhampiran. Niat nak mudahkan adikku sorg itu terbantut. Aku setkan pada dia utk jumpa di mc sahaja.
Ituah pilihan aku. Menaiki bas dengan rasa yang tak seronok. Walaupun pilihan itu diambil dengan sedikit musyawarah bersama suami. Tak semua pilihan yg kita buat akhirnya akan menyenangkan dan buat kita tersenyum... hal ini buat aku berfikir.. memilih bas pon akhirnya boleh membuatkan kita rasa tak seronok dan rasa nak stopkan perjalanan dan tukar bas lain. Malah mungkin saja tak sempat sempat   rasanya nak turun  dr bas nih. Apatah lagi kalau memilih sang cinta?