27 September, 2014

Tips pengguna!

Hai all..~
Anda semua pernah tak ada masalah nak baiki barang-barang anda yang rosak?
contoh:- laptop, kereta, motor, tv, peti sejuk dan lain-lain lagi..
mesti pernah kan? semua yang disenaraikan di atas itu memang pun aku pernah pergi baiki sendiri...  dan, pelbagai pengalaman telah pun ditempuhi~

Jadi, sekiranya anda ingin baiki barang di kedai:-

1. Jangan pergi sendirian!
Why?? sukati akulah nak pergi sendiri kan? apesal aku tak boleh pergi sendiri? haaa.. sebab, macam mana hebat pun anda, anda perlukan seseorang untuk buat keputusan pada masa-masa genting! contohnya, jika tayar kereta anda sebenarnya masih lagi baik.. tetapi pomen tu ye ye je cadangkan pada anda supaya tukar tayar kereta, konfem anda serba salah atau terpengaruh dengan cadangan abg pomen itu.. sedangkan, hellooo.. anda tak perlukan pun menukar tayar kereta yang baru. Anda datang ke bengkel pun sebab masalah brek kereta. Bukan tayar!

2. Jangan pergi tanpa ilmu!
Ilmu apa pulak nak dibawa setakat nak baiki barang kat kedai ye? Orang kedai dah ada ilmu cukuplah! kenapa kita kena ada ilmu? haa.. sebabnya supaya kita tak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan kata kata peniaga yang suka-suka hati mak jemah dia je nak minta kita tambah itu ini dalam kes membaiki alat /barang kita tu.. jika tidak, perkara lain yang rosak, perkara lain yang perlu dibaiki... tak ke kes naya? sebelum pergi tu.. google google la sikit apa-apa masalah yang perlu anda baiki.. tak pun, cari dulu cara untuk selesaikan masalah menerusi bantuan pakcik google yang kita tak tau ensem ke tak nih.. hehehe..mana tau, anda rupa-rupanya boleh je selesaikan masalah anda tanpa perlu susah susah ke kedai atau mendapatkan servis orang lain!

3. Jangan pergi kedai yang anda tidak biasa~!
Biasanya, orang yang sudah selalu berjumpa dengan kita, mereka lebih bersikap ingin membantu dan bukanlah mencari keuntungan semata-mata.. hal ini kerana mereka tahu bahawa kita akan datang berjumpa mereka semula untuk servis yang lain kan? jadi, lebih baik kita amalkan untuk mendapatkan servis dari kedai yang sama.. ala-ala loyalt customer lah katakan.. ingat, peniaga pun manusia.. mereka juga pasti ada budi bicara yang kadang kala kita juga tak sangka kita akan dapat!

4. Jangan pergi satu kedai sahaja!
Eh.. eh.. tadi suruh pergi kedai yang biasa.. point ini tak bagi pergi satu kedai sahaja? haa.. macam ni.. kalau dah biasa tak apa kita pergi satu kedai.. sebab apa? sebab.. kita dah kenal peniaga.. peniaga pon dah cam muka kita.. Tang jauh dia dah nampak anda terkedek-kedek datang kan? tapi macam mana jika anda first time buyer? mesti hati runsing berbelah bahagi tak tau nak ke mana kan? jadi, survey lah korang.. survey.. jangan kerana malas survey, korang akan dapat harga servis yang mahal dan paling teruk sekali servis yang menyakitkan hati korang... haaa... masa tu dah tak boleh nak cakap apa dah.. hati panas meluap-luap jelah ye?

oklah, sekian sahaja tips pengguna daripada saya.. hehehe.. Tak tau lah kenapa hari nih terajin nak menulis tips!~