12 December, 2014

TIPS PENGGUNA: PENJAGAAN WAJAH!


Salam dan hai semua...~!

haa.. entry kali ini membawakan kepada anda tentang tips menjaga kebersihan wajah!
selalunya kita melihat betapa cantik halus mulusnya wajah orang di sekeliling kita kan?
agak-agaknya bagaimana mereka menjaga kebersihan wajah mereka?
baiklah.. sebenarnya, kita perlu faham bahawa setiap orang mempunyai ciri-ciri kulit mereka yang tersendiri.. tapi, secara asasnya kita boleh amalkan kaedah penjagaan wajah untuk melindungi wajah kita daripada sebarang cela. mudah! semudah 1, 2, 3!

1. Cuci Wajah!
Bagi mereka yang memiliki kulit cepat berminyak.. atau tidak berminyak sekali pun.. anda tetap perlu mencuci wajah. ya, ini sangat penting bagi mengelakkan wajah kita diselaputi dengan debu kotoran yang sebesar zarah itu... kena ingat, sikit sikit lama lama jadi bukit! haa.. begitulah juga adanya bagi kuman sebesar zarah di wajah kita ya kawan kawan!

2. Cuci wajah dengan pencuci!'
Baiklah, cuci sahaja mungkin cukup bagi sesetengah orang.. tapi tidak bagi anda yang mengalami masalah kulit yang ketara dan sering terdedah kepada habuk dan noda. Pastikan anda mencuci wajah anda sekerap yang mungkin setelah berada lama di luar.. dan jangan lupa untuk mencuci dengan menggunakan pencuci wajah ya!

3. Gunakan pelindung matahari
Pelindung matahari sangat penting untuk menjaga kualiti kulit kita. Ramai dalam kalangan kita tidak mementingkan penggunaan pelindung matahari atau sun block ketika berada di luar rumah. Jika anda reda biarkan kulit wajah anda disirami cahaya mentari, tolong jangan tanya kena kulit anda kusam dan gelap seolah-olah tak bermaya!

4. Krim malam
kadang kala kita lupa untuk menggunakan krim malam. Tahukah anda apakah fungsi krim malam? Ya, ada pendapat yg mengatakan kulit kita lebih baik berada dlm keadaan fresh semasa tidur. Tapi, tunggu dulu. Bagaimana kalau fresh kamu itu maksudnya linangan minyak yg muncul sepanjang malam ke pagi? Haaa.. kan kes naya tu? Jika anda pernah membeli set penjagaan wajah, jgn ragu ragu utk gunakan keseluruhan set yg ada. Kan membazir jika tak dihabiskan? Tapi kalau akan mengakibatkan kulit bertambah bermasalah.. lupakan sahajalah! Ya, kita sendiri merupakan pakar utk kesihatan diri kita, ok?

Sekian sahaja tips daripada saya.
Si muka tak berapa cantik tapi bagi tips!
Hahahaha!

p/s ::

pendapat dan tips ini dibawakan khas buat anda berdasarkan pengalaman penulis sendiri sahaja. Keberkesanannya tidak dijamin. Usaha tangga kejayaan!

Adik beradik [Mak 1]

Mak. Aku ada mak. Kau pun ada mak. Apa cerita kau pasal mak kau?

Ini cerita aku.                                    

Adik beradik.

Sebagai anak ketiga daripada lima adik beradik, aku ini dianggap bertuah.

Along= abang
Angah= kakak
Alang= Aku
Achik= adik lelaki
Busu= adik perempuan

Nampak tak permainannya di situ. Tapi yg tak seronoknya sebab aku ada satu satu je. Tak ramai. Lebih baik daripada tak ada kan?

Aku selalu cakap kat mak. Pandai mak timing.
Tengok lah siapa?

Noraini Mohamad!
Aku senyum jek.
Baiklah!

11 December, 2014

Berhias!


Aku ni pemalas. Bab bab dandanan ni memang aku kurang minat. Sebab aku seorang yang selalu lengahkan masa dan apabila tiba masanya, aku akan tergesa gesa untuk buat sesuatu.

Begitu juga kalau keluar rumah utk ke sekolah atau jalan jalan.

Jadi, aku sebetulnya tiada masa utk pemerah bibir untuk dicalitkan pada bibir tebal mungil aku nih.
Aku juga selalu lewat untuk pastikan mataku dilingkari eyeliner Elianto yg ak beli 2 tahun sekali tu. Bedak? Victoria Jackson dah hampir setahun tak habis habis lagi. Tu pon banyak kak Sham dan perempuan perempuan sekeliling aku juga yg bantu bantu utk guna.  Aku bukan tak suka. Tapi aku rimas bila lambat.
Body lotion pon kadang kadang aku lupe nak pakai bila tidur. Mekap apetah lagi?
Jadi, kalau ada orang offer offer ak baeeeekk punya barang barang mekap nih, aku hanya mampu tersenyum ketap ketap bibir sajalah...!
Bukan ape.. kalau aku beli memang membazir lah jawapannya.

Aku bukanlah jenis perempuan boyish pun. Tapi aku juga bukan jenis jenis yang ala ala girlish. So not me sangat sangat!

Tapi kadang kadang tu memang aku tak nafikan aku pasti akan pakai juga.. terutamanya sewaktu aku kawen kan? Gila ngko kawen x berhias? Ecececeh... tapi xde la tiba tiba muka aku berubah kan? Aku pakai sikit sikit je. Nipis gitu. Malah, aku juga suka touch up touch up nih bila aku mewakili sekolah untuk ke mana mana. Contoh pergi amik anugerah ke... rakam gambar majlis kat luar ke.. ada program kat luar ke kan?  Mesti la aku kena tampilkan wajah kiut miut sikit. Sian plak sekolah aku kan malu de cikgu selekeh mekeh.. hahaha... tapi kan kat skolah aku rock jek.. baju mak aku n baju nenek aku pon ak   steady je pakai... hahahaha~ bila aku pakai je baju nenek aku, orang pertama yg akan detect masa tu mesti ustazah Yusraini..   hahahaha...

Tapi sekarang aku dah tak buat dah perangai senteng macam tu. Dulu mungkin sebab aku rindu nenek aku sangat kan?  Tak pun, hanya kerana kadang kala aku selalu bosan jadi diri sendiri. Aku cakap aku lah. Orang lain aku tak tahu lah. Harap harap orang lain tak senget macam aku kan..?