05 December, 2015

Biasiswa 1 [mak 9]

Dulu masa sekolah aku memang ada dapat biasiswa kecil persekutuan
Sampai sekarang biasiswa tu masih ada. Aku akan tersenyum apabila mengingat kembali.
Mana taknya, dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 aku mendapat biasiswa tersebut. Sedikit sebanyak beban yang mak aku tanggung sebagai ibu tunggal beranak lima dapat juga dikurangkan

Cuma, satu kes yang aku tak boleh lupa masa adik lelaki aku yang bawah umur aku setahun nak keluarkan duit biasiswa dia.. bukannya dia nak mintak tandatangan kat mak aku.. Sebok jek suruh aku tandatangan. so, sebagai kakak yang baik, aku pun tandatangan dengan hepinya..

sebab aku dapat upah RM50 untuk tandatangan borang pengeluaran..
marilah kita ber huhuhuhuhu!

30 October, 2015

Tak Nak Sekolah [Mak 8]

 Perbualan mak dan anak pada suatu pagi

Bangun tidur
Mak:  Bangunlah dah pukul berapa ni? Tak pergi sekolah ke?
Anak: Malaslah mak nak pergi sekolah.. hmmm...
Mak:  Kau ingat kau budak sekolah??
Anak: huarghhhh!

Keluar pintu dan salam
Anak: Malas ahh sekolah... mengantuk!
Mak: Tidurlah...
Anak: Huarghhh!

06 June, 2015

Hotel Review : AmanSari City Square, JB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

ok, kali ini nak cerita tentang Hotel Aman Sari pula. Di Johor ni ada dua rasanya hotel nih, jadi, kena make sure hotel yang mana satu anda pergi, jangan tersilap pergi lah pula kan? Peringatan mesra ini sebenarnya khas buat anda yang suka buat reservation online lah.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku tak nak pun ke hotel Aman Sari ni. Tapi disebabkan aku ni ala-ala jebon yang gamble, aku dengan selambanya gi JB naik kereta tanpa buat tempahan hotel terlebih dahulu. Jadinya, hotel ini sahaja yang aku walk in dan ada kekosongan..  Itu pun selepas aku search menerusi mr google!

Pertama sekali, rate hotel ni memang lebih murah jika korang buat tempahan online! yang kelakarnya, aku buat bayaran depan hotel secara online dalam henpon je sebab nak kurangkan kos bayaran bilik! hah.. gitu gamaknya. Kalo bayar online lebih murah ye kawan-kawan semua...  so, dengan menggunakan kad american xpress.. terus je dapat tempah bilik yang sedia ada depan mata.. haha!

Tengok muke hubby yang letih balik keje.. sian sangat.. so cepat cepat check in dan boom terus dalam bilik hotel. Ok, hotel ni best sebab dia ada parking kereta yang aku rasa macam cukup lah untuk tetamunya. Kalau nak ke parking hotel ni dari depan sebenarnya tak boleh sebab jalannya sehala... Dari pintu depan, kena keluar semula ke jalan besar dan pusing bangunan sebelah kiri hotel tu baru masuk balik ke jalan tepi hotel ni untuk menuju masuk ke dalam bangunan untuk parking lot. memang macam pening sikit!

Meh cerita bila sampai bilik.. Biliknya agak luas.. Lebih luas daripada hotel citrus. Bilik airnya pun agak besar dan selesa. Pendek kata, keadaan biliknya bagi aku memang selesa, sesuai dengan room rate yang diberikan. Tingkapnya luas.. dan pemandangannya saujana mata memandang. Dari tingkap boleh nampak Singapura dan Selat Tebrau.. dan paling best matahari terbenam engkauuu! haha... seronok gila! Jadi, bila hubby dah gerak pergi kerja, aku hanya mampu pandang jelah dari jauh,,, huhuhuhu!

Pakej room rate aku nih sebenarnya termasuk dengan sarapan. Sarapannya boleh tahan. Tapi tak banyak pilihan. Jadi tak boleh nak expect dapat makan macam hotel lima bintang. Tapi kenyanglah jugak! Paling best juga, wifi disediakan memang lajuuuuuus.. Agak seronok lah jugak bagi aku yang tak pernah merasa rumah ada wifi tanpa had nih kan?  dan paling penting... Seberang jalan je dengan Komtar JBCC... haaa,,, yang ada Angry Birds theme park tuuu... huhuhu.. dan siap bersambung lagi dengan City Square Shopping Centre. Kau rasa? Aku rasa... seronok!!! Asalkan shopping memang seronok lah kan?

Ciri-ciri keselamatan di hotel ni pun bagus. Selalunya untuk keselamatan kita biasa dengan CCTV kan? Untuk hotel ini, mereka turut menggunakan smart card elevator access. Smart card nih perlu ada baru lah lif akan bawa anda ke level bilik anda.. kalau tak duduklah dalam lif tu tak gerak gerak.  atau lif hanya akan bergerak ke level untuk ke parking lot sahaja..  ok, disebabkan hal inilah aku terpaksa turun jemput hubby dalam lif~ 

Keseluruhannya, bagi aku Hotel Aman Sari nih agak mahal sedikit sebenarnya.. huhuhu.. tapi servisnya aku tetap berpuas hati. antara sebab dia mahal sikit sebab dia duk tengah tengah jb kan? memang lah! Kalau berhajat nak duk JB untuk ronda-ronda, dan nak kan keselesaan, memang sangat-sangat best lah kalau g hotel ni.. kalau nak jenguk jenguk room rate dan sebagainya.. boleh lah lawati website nya... di sini.. HOTEL AMAN SARI

Jumpa lagi di lain post! Tata!

14 April, 2015

Hotel Review : Citrus Hotel, JB

salam semua..
ok, petang tadi jalan sorang sorang jadi aku pun terfikir untuk buat review hotel ni. memandangkan kehidupan aku sejak berkahwin nih asyik ke hotel sahaj kerjanya kan? jadi agak memberikan sedikit idea lah kepada aku untuk berkongsi cerita dengan anda semua.

Hotel pertama sebaik sahaja bergelar isteri orang ni ialah Citrus Hotel. kenapa aku pilih hotel ni? sebenarnya tak ada sebab yang tepat. masa mula mula tempah pun sebab kedudukannya yang sangat strategik. pertama, sebab dekat dengan CIQ. lebih kurang 5 minit je berjalan dari CIQ.. kalau korang jalan laju, lagi cepatlah korang sampai. less dari 5 minit. heh..  tu pun boleh naik bridge dari CIQ. so, pagi pagi lagi en hubby dah sampai dan berdiri depan pintu. memang best sebab feeling jadi suri rumah dan tunggu en hubby balik kerja. ok part seterusnya tak boleh cerita... :P

Sebab kedua, dekat dengan shopping mall. yelah, nak berjalan meneroka sekitar JB aku tak drive kereta. Datang naik bas je.. konon-konon nak jimat. lepas tu, aku pulak yang mati kutu kan? Hotel sebelah mall tu macam jadi wajib sangat dah. korang yang memang suka shopping boleh sangatlah stay kat hotel ni sebab sangat sangat berdekatan dengan city square. seberang jalan je. sebelah city square pula Komtar JBCC. memang macam macam lah yang ada. biasalah. shopping! satu lagi yang menarik, di bahgian bawah city square tu best sesangat sebab banyak kedai makan. haa.. makan jugalah yang best kan?

Antara perkara yang membuatkan hati aku happy semasa berada di hotel citrus ni kan sebab hotelnya yang kemas. cantik. teratur dan selesa. rupa-rupanya hotel ni baru sahaja lepas diubahsuai.. memang cantik. Room service pun ok sebab aku ni jenis suka baring baring sampai tengahari. menaip pun atas katil. jadi, aku memang akan buat kerja dalam bilik hingga tengahari. bila keluar dalam jam 3 petang tu.. room service akan melaksanakan tugasnya dengan jayanya. Bilik mandi agak romantik. Tak ada kunci. Memang sekarang pesen pintu bilik mandi tak ada kunci ya? kalau korang ada bawa benda-benda berharga, tak perlu risau sebab citrus hotel menyediakan peti besi elektronik untuk setiap bilik!

Antara perkara yang buat aku sedikit rasa tak senang hati? lif dia. kecil gilaaaa~ mau 4 orang je muat dalam tu sekali jalan.. haaa... dan, walaupun aku dah buat reservation, aku tetap juga perlu menunggu agak lama untuk dilayan.. ramai sangat kot orang yang suka menginap kat sini? satu lagi tiada parking kereta disediakan. parking awam adalah or private. tapi tak terjamin la ada untuk korang yang drive. jika dibandingkan dengan bayaran, aku rasa agak mahal lah juga berbanding keadaan bilik yang agak kecil tanpa almari yang proper. bilik mandi pun agak kecil.. muat untuk berpusing setempat je, so siapa siapa yang agak agak nak buat aksi dalam bilik mandi tu mmg tak lepas lah! huahahaha...

Tapi, secara generalnya, Hotel Citrus tetap best.. aku bukan jenis cerewet pun.. jadi sebenarnya aku tak berapa kisah sangat pun sebenarnya keadaan hotel tu.. yang penting, bersih dan selamat! kalau korang nak ke JB atau nak ke Singapura untuk berjalan-jalan.. Hotel Citrus ialah pilihan yang tepat! untuk sebarang maklumat, klik sahaja laman webnya.CITRUS HOTEL aku pun tempah melalui web dia sahaja.  happy holiday!

ok, jumpa lagi di lain lembaran post..!

26 January, 2015

STPM Cemerlang [Mak 7]

Lepas SPM meninggalkan kesan ngeri dalam hidup aku, aku mulanya memang rasa macam nak lari dari segalanya.
Tapi mak nampak aku kecewa.
Jadi mak sangat galakkan aku untuk belajar di tingkatan 6.
So, aku belajarlah.
Niat belajar utk STPM memang aku nak cemerlang dan dapat belajar ke universiti.
Siap kawan-kawan aku pun tau yang aku cakap aku belajar aku nak jadi cikgu.
Nak masuk upsi.
Ok part nih aku bohong.
Aku tak tau pon pada mulanya ada UPSI.
Aku bajet pas STPM nak gi belajar kat Maktab Perguruan.
Disebabkan kelas kitaorg sebelah je bilik kaunseling, so kitaorg dapatlah pendedahan, selepas STPM  ni nak pergi mana dan sebagainya. Ok, mula dari situ aku berazam nak masuk UPSI, USM atau UM. Apa-apa pun jadi, aku dah set kan aku nak jadi cikgu.

So dari aku lower six mak
Walaupun cikgu tak masuk, aku tetap study sendiri dalam kelas.
kau ingat cikgu banyak masa nak layan kau yang dah besau mak orang ni?
Sehinggalah aku upper six.
Alhamdulillah, dapatlah 2A, 2B utk STPM..
Walaupun aku bajet bajet dapat 3A, tapi rezeki paras 2A.
Aku terima dengan hati yang gembira.. sebab yang A tu BM dan Pengajian Am!
Part paling best, aku dah buktikan pada mak, aku boleh berjaya.
Selepas STPM, aku mendapat tawaran ke UPSI
dan, masa Majlis Anugerah Cemerlang STPM di sekolah pun mak yang ambilkan anugerah untuk aku..
dan, anugerah itu sebenarnya untuk mak yang banyak berkorban dan bantu aku belajar!

25 January, 2015

Ketulahan [Mak 6]


Pernah sekali, aku degil tak nak tolong mak duduk rumah.
mak aku buat kueh rempeyek untuk menyara hidup kami
sejak abah meninggal dunia pada tahun 1998.
yelah, semua orang relax relax tak perlu pon tolong mak.
kenapa pula aku kena?
itulah fikiran jahat zaman remaja aku..

lepas SPM, aku teringin sangat nak kerja dan cari duit sendiri.
sedangkan, mak perlukan aku untuk tolong buat kueh..
aku ikut kawan aku pergi rumah dia
konon-konon nak cari kerja di Melaka.

Pertama, tunggu bas hampir dua jam tak kunjung tiba
Kedua, kena kejar dengan lembu masa jalan kaki masuk kampung
Ketiga, kena tipu dengan syarikat yang suruh jual barang dengan berjalan kaki

Bila dah bertalu-talu petunjuk yang tuhan berikan pada aku, akhirnya aku give up!
So balik rumah, tolong mak packing kueh lagi bagus...

Ada masa, kadang-kadang jiwa kita memberontak.
jiwa remaja katakan~





14 January, 2015

Ugut [Mak 5]

 Ugut.
Perkara paling kelakar yg pernah aku alami. 
Mak aku ugut aku dan akak aku.

Awal 90an.
Ayu! Akma! 
Dari rumah makcik Shila jiran depan rumah aku terdengar suara mak menjerit..

Aku dan kakak aku berlari pulang.
"Dah Asar. Tak nak solat ke?"
 
Aku dan kakak buat muke bengis tak dapat main dgn geng.
"Kalau tak nak sembahyang nanti mak bagi telekung baru tu dekat dak Zura!"

Imaginasi aku terus membayangkan mak bagi telekung baru aku yang kecil tu pada Zura yg tinggi. Walaupun aku rasa telekung tu Zura tak muat, tapi aku tetap takut. 

Mak memang win masa tu.

13 January, 2015

Menanda Kertas [Mak 4]


Menanda kertas.

Setiap tahun sejak mengajar
Aku telah diberi peluang menanda kertas SPM.
Subjek apa terpaksa dirahsiakan kerana sebagai penjawat awam,
 aku tertakluk pada akujanji di atas kertas pink.

Setiap tahun menanda kertas,
Hidup aku akan menjadi ala ala bencana.
Dalam pada meeting dan menanda kertas, 
aku juga bertukus lumus menyiapkan 
buku perancangan sekolah dan takwim sekolah. 
Dua benda yg berbeza. 
Ditambah lagi dengan menanda kertas.
Tanda kertas ni bukan senang senang kau nak bagi markah. 
Banyak prosedur. 
Kertas yg kau tanda kurang kurang kau akan baca sebanyak dua kali. 
Kalau tahap tak faham, percayalah, kau pasti akan baca hampir 5 kali. 
Ini bukan cerita tak yakin nak bagi markah. 
Ini cerita kesian nak bagi markah. 
Aku nih jenis kesian pada orang kan?

Nak tak nak dijadikan cerita. 
Waktu aku nak memberi markah tu.. 
waktu tulah mak akan dtg mengacau aku.

"Dah siap?" 
"30?"
 
Aku diam tak balas sebab sakit hati belum siap.
 ......................................

dan tiba-tiba kedengaran..

"Ting ting telingo tikush,
Biar gonting jangan putuish"
                                                               
Mak berlalu riang dengan alunan nyanyian arwah nekyam.
Aku terpaksa gelak mengilai lepas tu.

02 January, 2015

Mencari Baju [Mak 3]

Sempena mak nak join reunion sekolah dia
Aku mengadu domba pada kakak aku tentang baju mak

"Mak suka jubah. Jubah dress cantik untuk mak"
"Belilah jubah dress untuk mak. Aku dah bank in bonus dalam akaun mak"
"Oh yeke? Okey."

Mencari bukan mudah. Pilihan mak sukar dimengertikan.
Cantik. harga murah - TAK ADA SIZE
Cantik. terlalu ringkas - MAHAL
Tak berapa nak cantik. ringkas - TAK BERKENAN
So so la cantik dia. harga murah - TAK BERKENAN

Selepas lenguh kaki jalan cari jubah dress untuk mak
Aku decide belikan apa yang nampak cantik pada mata aku.
Akhirnya baju kurung moden dengan kain potongan payung. Ciri-ciri: cantik, elegan, ringkas dan mahal. Kombinasi yang baik di situ.

oh, emak!




01 January, 2015

Gaduh [ Mak 2]

Kadang kadang ada masa aku tahu aku banyak buat salah kat mak aku

Aku selalu je tertinggi suara
Buat muka
Buat bengis
Bagi arahan tegas (kes ni mungkin terbawa-bawa perangai masa jadi cikgu)
Bagitahu mak aku yang aku bosan dan menyampah bila mak aku ulang ulang cakap benda yang sama
Bagitahu cerita yang dia nak cerita pada aku sebab dia dah cerita banyak kali sampai aku hafal
Tak nak dengar pendapat dia sebab rasa macam pendapat sendiri macam lebih best

Dan... banyak juga lagi.
Pergaduhan kecil anak-emak yang sweet.
Tapi, bila aku tanya mak~
"Mak marah orang ke?"
"Aaah.. aku anggap itu semua sebagai hiburan je..." sambil mak gelak mengilai yang lebih kurang aku punya gelak sambil memusing-musingkan tangan ala-ala Usop Wilcha.