26 January, 2015

STPM Cemerlang [Mak 7]

Lepas SPM meninggalkan kesan ngeri dalam hidup aku, aku mulanya memang rasa macam nak lari dari segalanya.
Tapi mak nampak aku kecewa.
Jadi mak sangat galakkan aku untuk belajar di tingkatan 6.
So, aku belajarlah.
Niat belajar utk STPM memang aku nak cemerlang dan dapat belajar ke universiti.
Siap kawan-kawan aku pun tau yang aku cakap aku belajar aku nak jadi cikgu.
Nak masuk upsi.
Ok part nih aku bohong.
Aku tak tau pon pada mulanya ada UPSI.
Aku bajet pas STPM nak gi belajar kat Maktab Perguruan.
Disebabkan kelas kitaorg sebelah je bilik kaunseling, so kitaorg dapatlah pendedahan, selepas STPM  ni nak pergi mana dan sebagainya. Ok, mula dari situ aku berazam nak masuk UPSI, USM atau UM. Apa-apa pun jadi, aku dah set kan aku nak jadi cikgu.

So dari aku lower six mak
Walaupun cikgu tak masuk, aku tetap study sendiri dalam kelas.
kau ingat cikgu banyak masa nak layan kau yang dah besau mak orang ni?
Sehinggalah aku upper six.
Alhamdulillah, dapatlah 2A, 2B utk STPM..
Walaupun aku bajet bajet dapat 3A, tapi rezeki paras 2A.
Aku terima dengan hati yang gembira.. sebab yang A tu BM dan Pengajian Am!
Part paling best, aku dah buktikan pada mak, aku boleh berjaya.
Selepas STPM, aku mendapat tawaran ke UPSI
dan, masa Majlis Anugerah Cemerlang STPM di sekolah pun mak yang ambilkan anugerah untuk aku..
dan, anugerah itu sebenarnya untuk mak yang banyak berkorban dan bantu aku belajar!

25 January, 2015

Ketulahan [Mak 6]


Pernah sekali, aku degil tak nak tolong mak duduk rumah.
mak aku buat kueh rempeyek untuk menyara hidup kami
sejak abah meninggal dunia pada tahun 1998.
yelah, semua orang relax relax tak perlu pon tolong mak.
kenapa pula aku kena?
itulah fikiran jahat zaman remaja aku..

lepas SPM, aku teringin sangat nak kerja dan cari duit sendiri.
sedangkan, mak perlukan aku untuk tolong buat kueh..
aku ikut kawan aku pergi rumah dia
konon-konon nak cari kerja di Melaka.

Pertama, tunggu bas hampir dua jam tak kunjung tiba
Kedua, kena kejar dengan lembu masa jalan kaki masuk kampung
Ketiga, kena tipu dengan syarikat yang suruh jual barang dengan berjalan kaki

Bila dah bertalu-talu petunjuk yang tuhan berikan pada aku, akhirnya aku give up!
So balik rumah, tolong mak packing kueh lagi bagus...

Ada masa, kadang-kadang jiwa kita memberontak.
jiwa remaja katakan~





14 January, 2015

Ugut [Mak 5]

 Ugut.
Perkara paling kelakar yg pernah aku alami. 
Mak aku ugut aku dan akak aku.

Awal 90an.
Ayu! Akma! 
Dari rumah makcik Shila jiran depan rumah aku terdengar suara mak menjerit..

Aku dan kakak aku berlari pulang.
"Dah Asar. Tak nak solat ke?"
 
Aku dan kakak buat muke bengis tak dapat main dgn geng.
"Kalau tak nak sembahyang nanti mak bagi telekung baru tu dekat dak Zura!"

Imaginasi aku terus membayangkan mak bagi telekung baru aku yang kecil tu pada Zura yg tinggi. Walaupun aku rasa telekung tu Zura tak muat, tapi aku tetap takut. 

Mak memang win masa tu.

13 January, 2015

Menanda Kertas [Mak 4]


Menanda kertas.

Setiap tahun sejak mengajar
Aku telah diberi peluang menanda kertas SPM.
Subjek apa terpaksa dirahsiakan kerana sebagai penjawat awam,
 aku tertakluk pada akujanji di atas kertas pink.

Setiap tahun menanda kertas,
Hidup aku akan menjadi ala ala bencana.
Dalam pada meeting dan menanda kertas, 
aku juga bertukus lumus menyiapkan 
buku perancangan sekolah dan takwim sekolah. 
Dua benda yg berbeza. 
Ditambah lagi dengan menanda kertas.
Tanda kertas ni bukan senang senang kau nak bagi markah. 
Banyak prosedur. 
Kertas yg kau tanda kurang kurang kau akan baca sebanyak dua kali. 
Kalau tahap tak faham, percayalah, kau pasti akan baca hampir 5 kali. 
Ini bukan cerita tak yakin nak bagi markah. 
Ini cerita kesian nak bagi markah. 
Aku nih jenis kesian pada orang kan?

Nak tak nak dijadikan cerita. 
Waktu aku nak memberi markah tu.. 
waktu tulah mak akan dtg mengacau aku.

"Dah siap?" 
"30?"
 
Aku diam tak balas sebab sakit hati belum siap.
 ......................................

dan tiba-tiba kedengaran..

"Ting ting telingo tikush,
Biar gonting jangan putuish"
                                                               
Mak berlalu riang dengan alunan nyanyian arwah nekyam.
Aku terpaksa gelak mengilai lepas tu.

02 January, 2015

Mencari Baju [Mak 3]

Sempena mak nak join reunion sekolah dia
Aku mengadu domba pada kakak aku tentang baju mak

"Mak suka jubah. Jubah dress cantik untuk mak"
"Belilah jubah dress untuk mak. Aku dah bank in bonus dalam akaun mak"
"Oh yeke? Okey."

Mencari bukan mudah. Pilihan mak sukar dimengertikan.
Cantik. harga murah - TAK ADA SIZE
Cantik. terlalu ringkas - MAHAL
Tak berapa nak cantik. ringkas - TAK BERKENAN
So so la cantik dia. harga murah - TAK BERKENAN

Selepas lenguh kaki jalan cari jubah dress untuk mak
Aku decide belikan apa yang nampak cantik pada mata aku.
Akhirnya baju kurung moden dengan kain potongan payung. Ciri-ciri: cantik, elegan, ringkas dan mahal. Kombinasi yang baik di situ.

oh, emak!




01 January, 2015

Gaduh [ Mak 2]

Kadang kadang ada masa aku tahu aku banyak buat salah kat mak aku

Aku selalu je tertinggi suara
Buat muka
Buat bengis
Bagi arahan tegas (kes ni mungkin terbawa-bawa perangai masa jadi cikgu)
Bagitahu mak aku yang aku bosan dan menyampah bila mak aku ulang ulang cakap benda yang sama
Bagitahu cerita yang dia nak cerita pada aku sebab dia dah cerita banyak kali sampai aku hafal
Tak nak dengar pendapat dia sebab rasa macam pendapat sendiri macam lebih best

Dan... banyak juga lagi.
Pergaduhan kecil anak-emak yang sweet.
Tapi, bila aku tanya mak~
"Mak marah orang ke?"
"Aaah.. aku anggap itu semua sebagai hiburan je..." sambil mak gelak mengilai yang lebih kurang aku punya gelak sambil memusing-musingkan tangan ala-ala Usop Wilcha.