29 August, 2016

Towing Services?

Korang pernah tak tiba-tiba kereta break down tengah-tengah jalan?
Tak pun, kita tengah elok-elok  je drive ada pulak insan paling istimewa pada hari itu mencium bontot kereta kita?
haaa... masa tu, macam-macamlah perkara yang akan berlaku kan..?
Antara perkara yang kita perlu lakukan ialah dengan menelefon towing services jika kereta tidak lagi boleh bergerak kan.. kalau ok, boleh gerak alhamdulillah.. kalau tak boleh macam mana?

Kalau anda berada di KL/Selangor/N9 dan Melaka, Insyaallah Team Crest Unity Towing Services bersedia untuk membantu anda!

Korang boleh call je team Crest Unity Towing Services  bila-bila masa sahaja kerana mereka sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan anda lebih-lebih lagi pada waktu-waktu kecemasan gitu.. Jangan pula terpedaya dengan jerung-jerung yang mengenakan bayaran mahal ya!

Kalau nak tau lebih lanjut lagi, korang boleh ke website mereka di SINI

korang juga boleh call@ whatsapp no ini : 017-691 6720 / 019- 769 7681

Good Luck dan berhati-hatilah di jalan raya!

04 July, 2016

Hari Ini

hari ini
di saat mata-mata manusia sedang menutup
bermimpi indah dan benci
kau masih menarikan
fikiran yang tak menentu
dan kau marah
bertanya dalam hati
mengapa kau jadi begini

hari ini
kau rindu
masa masa jerit pekik
masa masa kau tiada fikir apa
masa masa hati kau
hanya milik kau

hari ini
kau kembali mencari diri
di manakah kau yang dulu
yang kuat menepis luka
yang tidak pernah rasa duka
yang hanya fikir suka

hari ini
adakah akan sama seperti kelmarin?
kau masih tertanya
sedang jawapannya telah terlihat

kau hanya tidak mahu lagi menerima...

30 May, 2016

Cuti Sekolah!

cuti sekolah dah bermula!

Heppi la sangat bila cuti sekolah kan?
Padahal kat sekolah tu.. memang tak pernahnya nak cuti.

So, ceritanya Hari jumaat hingga Ahad sebenarnya ada Kem Perkampungan SPM 2016..
Disebabkan aku tak dimaklumkan pun kena dtg, aku dah ade pelbagai rencanalah nak buat kan..?
tup tup s/u program bagitau kena amik gamba lah plak.. erkkk..
Ko rasa? Aku rasa menyampahhhh sangat lah sebab tetiba je kan?
So, janji punya janji nak datang hari Sabtu n Ahadlah..

Hari jumaat tu pergi jimba jimba ngan mak lepas balik sekolah.
-pergi ambil quotation untuk custom album n mock up
-pergi ambil banner broga
-pergi tonghup beli barang keperluan sebagai cecikgu
-pergi dimaaaaa makan nasi arab!

27 May, 2016

Nilam di Puncak Broga!

Meh. meh.. Meh nak cerita!

haaa.. joyah sangat kan? excited sebenarnya, sebab JK NILAM menerusi Pusat Sumber Sekolah SMKDHTK akan mengadakan satu progam gedevanss sangat.

NILAM di Puncak Broga.. gitu..
Pada mulanya, tarikh yang diberi ialah pada 28 Mei tetapi atas pelbagai pertimbangan tarikh diubah kepada 1 Jun 2016.
Opp.. macam kenal je tarikh ni?

ok, ini bannernya..

Banner NILAM di Puncak Broga


Selain itu, ada juga buat banner kecil untuk gimik tandatangan.

Adaptasi daripada buku rekod NILAM
 Selain mendaki Bukit Broga, ada destinasi lain juga! haa... nantikan episod seterusnya nanti, ya!

25 May, 2016

Umrah mak 2016 [Emak 11]

10 mei 2016 mak dapat menunaikan umrah bersama abangnya iaitu pak itam.
Pergi bersama mak itam dan anak bongsu mereka, kak Liza...
Kegembiraan menghantar pada waktu itu ditambah dengan berjalan-jalan sebaik sahaja tinggalkan mak untuk menunggu penerbangannya pada jam tiga petang.

Esoknya, mak hanya beritahu dah sampai di Madinah.
Gambar mak tiba di Madinah menjadi viral dalam kalangan kami adik beradik dan sedara mara.

Setakat itu.
Dan aku tak lagi mendengar khabar berita mak sepanjang di sana.

Bila mak balik, bukan main dia bercerita..

Bestnya madinah
Indahnya raudah
Mengalir air mata melihat kaabah live
Mendoakan segala kesejahteraan kami semua dengan penuh tangisan syahdu
Turut serta dalam tahlil hingga letak dua muka surat nama
Belikan aku buah zuriat di dua tempat, belikan ubat buah zuriat 50 riyal
Belikan anak-anak menantu cucu cicit jubah sorang sehelai..
Kurma sedap tidak ketinggalan dek teringat kami yang suka kurma.
Pelbagai eksesori comel, gelang, gencu, minyak wangi, inai bagai.

Kemain lagi bercerita, sekali mak cerita...
Masa mak kat sana.. mak memang tak ingat dah kat korang semua..
Apa korang buat. Makan apa? semualah...!

Aku pon macam.. krik.. krikk.. krikk..
Yang mak aku citer macam-macam kat sana siap berkaitan kitaorg tadi apa?
oh, emak!


05 April, 2016

Tandas

Tiba tiba harini tajuk tandas. Mengapa tandas? Jom nak cerita sikit pasal tandas, bilik air dan sewaktu dengannya. Dulu aku ada pengalaman paling pahit berkaitan tandas.. ya, lebih tepat lagi, tandas sekolah. Ada dua cerita pasal tandas sekolah.
1. Tandas ada hantu
2. Tandas busuk sebab ada murid yg tak cuci lepas membuang.

Jadi, part aku yg nombor dua. Ada satu haritu kawan aku ajak gi tandas lepas je makan di kantin. Tandas tak jauh sangat. Sebelah blok je dari kantin dan berada di tingkat 1. Aku bajet2 nasi lemak makcik kantin dah cukup jauh dah masa tu masuk dlm perut aku... tapi sayang seribu kali sayang.. aku melangkah je masuk tandas tu... aku terbau bauan tandas yg sangat menggelodakkan tekak dan perut. Jadi, aku termuntah di depan pintu tandas.
Habis segala yang aku makan tadi terkeluar... nasi lemak siap nampak merah merah sambal. Sampai sekarang aku sakit hati. Aku sakit hati sebab termuntah nasi lemak sedap makcik kantin..!

Jadi, sejak dari hari tu kalau masuk tandas sampai ke harini aku akan jadi doktor bedah.. Tak mungkin aku akan masuk tanpa penutup hidung...

31 March, 2016

Dia

Dia tidak seperti yang aku cintai dulu
Dia yang aku boleh ketawa bersama
Dia yang aku boleh menangis bersama
Dia yang aku boleh bergulingan bersama
Dia yang aku boleh halakan ke mana saja jari jemariku
Dia yang sentiasa buat aku senyum. Ketawa.
Dia.

Yang aku kenal dulu...

13 March, 2016

Cuti Sekolah!

Cuti sekolah dah pun bermula..
Tapi tak bermaksud boleh bersuka suki. Sebab? sebab ada kelas kecemerlangan.
Pada awalnya rasa macam pelik sebab tak perlu mengawasi pelajar di dalam dewan. Rupa-rupanya dah diberikan tugas yang teramat penting yang lain. Peralatan dan persediaan tempat di Bilik Gerakan. Pada asasnya, perlu memastikan semua peralatan yang diperlukan sepanjang Program Permata di Bilik Gerakan ada dan boleh digunakan. Bagi persediaan tempat pula perlu pastikan kerusi meja cukup untuk pelajar yang terlibat. Alhamdulillah, semuanya ok!

Cuma, bermula Isnin dan Selasa perlu berada di sekolah seawal yang mungkin untuk persediaan tersebut. Insyaallah boleh laksanakan tugas dengan baik. TAPI! haa.. besau engko tapi ku ini..Tiba-tiba di pagi yang hening tak berapa nak sejuk tadi, boss post pulak ayat yang inti patinya mengatakan.. semua guru yang mengajar PT3 terlibat di dalam program kecemerlangan dan mesti ada mengikut matapelajaran. Yang ini memang aku rasa macam nak menangis kat tepi meja solek!

Senang-senang jek aku dapat kerja double triple. terbaik sangat. Aku harap yang memang dah di assign kan kerja nih dikecualikanlah daripada arahan terbaru boss tu. Stressss mak nak!

10 January, 2016

Kad Jemputan Perkahwinan


Post kali ni terasa nak kongsi pulak design kad kawen masa majlis dulu.. kongsi kad je uolls.. sebab majlisnya dah lama berlalu.. huhuhu~ lain kali kongsi gambar kawen lah pulak ya?  
Kad kawen ni hasil rekaan aku sendiri dengan gabungan vector vector yang adalah.. 
Nak buat grafik sendiri tu memang tak lah kan? kad kawen ni dapat aku siapkan hingga ke proses printing sekali. Aku print guna printer brother jek.. memang kepuasan buat sendiri tu sangat-sangat lah mendalam! dan.. part paling best ada yang tak percaya aku buat sendiri.. haaa.. 

Sampul Kad Kawen


Bahagian Dalam Kad

Bahagian Luar Kad (Belakang dan Depan, dilipatkan)

02 January, 2016

TAPEM vs PTPTN [mak10]

Hari terakhir minggu orientasi

Pegawai: Baiklah, cikgu-cikgu semua dah bersedia? Kita akan mulakan sesi mengisi 
               borang PTPTN sekarang
Pelajar Baru: Sudah!

Hampir seluruh dewan mengisi borang dengan gembiranya. tiada lagi duka risau duit tak ada untuk bayar yuran kolej kediaman dan yuran pengajian. Tak ketinggalan juga perbelanjaan harian masing-masing.

Aku: [Perbualan telefon] Mak, sure ke ni tak payah mohon PTPTN ni? 
Mak: Tak payah... nanti siapa nak jadi penjamin? 
         (masa ni aku pun tak tau tak payah ada penjamin, mak aku memandai jek) 
         Tak elok PTPTN ni...
Aku: Tapi.. semua orang isi... 
Mak: Dah tak payahlah. Mak masih boleh tanggung kau belajar!
Aku: Hmmm.. Ok lah... bye.. (dengan nada kecewa)

Kawan: Kau tak nak isi ke borang ni?
Aku: Mak aku tak bagi.. 

Rupa-rupanya mak aku dapatkan Pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
TAPEM tu tak adalah dapat banyak. Cukuplah untuk yuran Pengajian dan yuran Kolej Kediaman. Dua minggu sekali mak bagi duit belanja.
Mak aku ni jenis suka membaca, dia sendiri yang cari maklumat berkenaan PTPTN ni semua.. so dia tak nak perkara yang sedang berlaku sekarang ni (korang faham kan?) berlaku kat aku bila aku habis belajar dan bekerja..

pssstt... dah lima tahun kerja, pinjaman TAPEM aku tinggal RM3000++