10 January, 2016

Kad Jemputan Perkahwinan


Post kali ni terasa nak kongsi pulak design kad kawen masa majlis dulu.. kongsi kad je uolls.. sebab majlisnya dah lama berlalu.. huhuhu~ lain kali kongsi gambar kawen lah pulak ya?  
Kad kawen ni hasil rekaan aku sendiri dengan gabungan vector vector yang adalah.. 
Nak buat grafik sendiri tu memang tak lah kan? kad kawen ni dapat aku siapkan hingga ke proses printing sekali. Aku print guna printer brother jek.. memang kepuasan buat sendiri tu sangat-sangat lah mendalam! dan.. part paling best ada yang tak percaya aku buat sendiri.. haaa.. 

Sampul Kad Kawen


Bahagian Dalam Kad

Bahagian Luar Kad (Belakang dan Depan, dilipatkan)

02 January, 2016

TAPEM vs PTPTN [mak10]

Hari terakhir minggu orientasi

Pegawai: Baiklah, cikgu-cikgu semua dah bersedia? Kita akan mulakan sesi mengisi 
               borang PTPTN sekarang
Pelajar Baru: Sudah!

Hampir seluruh dewan mengisi borang dengan gembiranya. tiada lagi duka risau duit tak ada untuk bayar yuran kolej kediaman dan yuran pengajian. Tak ketinggalan juga perbelanjaan harian masing-masing.

Aku: [Perbualan telefon] Mak, sure ke ni tak payah mohon PTPTN ni? 
Mak: Tak payah... nanti siapa nak jadi penjamin? 
         (masa ni aku pun tak tau tak payah ada penjamin, mak aku memandai jek) 
         Tak elok PTPTN ni...
Aku: Tapi.. semua orang isi... 
Mak: Dah tak payahlah. Mak masih boleh tanggung kau belajar!
Aku: Hmmm.. Ok lah... bye.. (dengan nada kecewa)

Kawan: Kau tak nak isi ke borang ni?
Aku: Mak aku tak bagi.. 

Rupa-rupanya mak aku dapatkan Pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
TAPEM tu tak adalah dapat banyak. Cukuplah untuk yuran Pengajian dan yuran Kolej Kediaman. Dua minggu sekali mak bagi duit belanja.
Mak aku ni jenis suka membaca, dia sendiri yang cari maklumat berkenaan PTPTN ni semua.. so dia tak nak perkara yang sedang berlaku sekarang ni (korang faham kan?) berlaku kat aku bila aku habis belajar dan bekerja..

pssstt... dah lima tahun kerja, pinjaman TAPEM aku tinggal RM3000++