31 March, 2016

Dia

Dia tidak seperti yang aku cintai dulu
Dia yang aku boleh ketawa bersama
Dia yang aku boleh menangis bersama
Dia yang aku boleh bergulingan bersama
Dia yang aku boleh halakan ke mana saja jari jemariku
Dia yang sentiasa buat aku senyum. Ketawa.
Dia.

Yang aku kenal dulu...

13 March, 2016

Cuti Sekolah!

Cuti sekolah dah pun bermula..
Tapi tak bermaksud boleh bersuka suki. Sebab? sebab ada kelas kecemerlangan.
Pada awalnya rasa macam pelik sebab tak perlu mengawasi pelajar di dalam dewan. Rupa-rupanya dah diberikan tugas yang teramat penting yang lain. Peralatan dan persediaan tempat di Bilik Gerakan. Pada asasnya, perlu memastikan semua peralatan yang diperlukan sepanjang Program Permata di Bilik Gerakan ada dan boleh digunakan. Bagi persediaan tempat pula perlu pastikan kerusi meja cukup untuk pelajar yang terlibat. Alhamdulillah, semuanya ok!

Cuma, bermula Isnin dan Selasa perlu berada di sekolah seawal yang mungkin untuk persediaan tersebut. Insyaallah boleh laksanakan tugas dengan baik. TAPI! haa.. besau engko tapi ku ini..Tiba-tiba di pagi yang hening tak berapa nak sejuk tadi, boss post pulak ayat yang inti patinya mengatakan.. semua guru yang mengajar PT3 terlibat di dalam program kecemerlangan dan mesti ada mengikut matapelajaran. Yang ini memang aku rasa macam nak menangis kat tepi meja solek!

Senang-senang jek aku dapat kerja double triple. terbaik sangat. Aku harap yang memang dah di assign kan kerja nih dikecualikanlah daripada arahan terbaru boss tu. Stressss mak nak!