30 May, 2016

Cuti Sekolah!

cuti sekolah dah bermula!

Heppi la sangat bila cuti sekolah kan?
Padahal kat sekolah tu.. memang tak pernahnya nak cuti.

So, ceritanya Hari jumaat hingga Ahad sebenarnya ada Kem Perkampungan SPM 2016..
Disebabkan aku tak dimaklumkan pun kena dtg, aku dah ade pelbagai rencanalah nak buat kan..?
tup tup s/u program bagitau kena amik gamba lah plak.. erkkk..
Ko rasa? Aku rasa menyampahhhh sangat lah sebab tetiba je kan?
So, janji punya janji nak datang hari Sabtu n Ahadlah..

Hari jumaat tu pergi jimba jimba ngan mak lepas balik sekolah.
-pergi ambil quotation untuk custom album n mock up
-pergi ambil banner broga
-pergi tonghup beli barang keperluan sebagai cecikgu
-pergi dimaaaaa makan nasi arab!

27 May, 2016

Nilam di Puncak Broga!

Meh. meh.. Meh nak cerita!

haaa.. joyah sangat kan? excited sebenarnya, sebab JK NILAM menerusi Pusat Sumber Sekolah SMKDHTK akan mengadakan satu progam gedevanss sangat.

NILAM di Puncak Broga.. gitu..
Pada mulanya, tarikh yang diberi ialah pada 28 Mei tetapi atas pelbagai pertimbangan tarikh diubah kepada 1 Jun 2016.
Opp.. macam kenal je tarikh ni?

ok, ini bannernya..

Banner NILAM di Puncak Broga


Selain itu, ada juga buat banner kecil untuk gimik tandatangan.

Adaptasi daripada buku rekod NILAM
 Selain mendaki Bukit Broga, ada destinasi lain juga! haa... nantikan episod seterusnya nanti, ya!

25 May, 2016

Umrah mak 2016 [Emak 11]

10 mei 2016 mak dapat menunaikan umrah bersama abangnya iaitu pak itam.
Pergi bersama mak itam dan anak bongsu mereka, kak Liza...
Kegembiraan menghantar pada waktu itu ditambah dengan berjalan-jalan sebaik sahaja tinggalkan mak untuk menunggu penerbangannya pada jam tiga petang.

Esoknya, mak hanya beritahu dah sampai di Madinah.
Gambar mak tiba di Madinah menjadi viral dalam kalangan kami adik beradik dan sedara mara.

Setakat itu.
Dan aku tak lagi mendengar khabar berita mak sepanjang di sana.

Bila mak balik, bukan main dia bercerita..

Bestnya madinah
Indahnya raudah
Mengalir air mata melihat kaabah live
Mendoakan segala kesejahteraan kami semua dengan penuh tangisan syahdu
Turut serta dalam tahlil hingga letak dua muka surat nama
Belikan aku buah zuriat di dua tempat, belikan ubat buah zuriat 50 riyal
Belikan anak-anak menantu cucu cicit jubah sorang sehelai..
Kurma sedap tidak ketinggalan dek teringat kami yang suka kurma.
Pelbagai eksesori comel, gelang, gencu, minyak wangi, inai bagai.

Kemain lagi bercerita, sekali mak cerita...
Masa mak kat sana.. mak memang tak ingat dah kat korang semua..
Apa korang buat. Makan apa? semualah...!

Aku pon macam.. krik.. krikk.. krikk..
Yang mak aku citer macam-macam kat sana siap berkaitan kitaorg tadi apa?
oh, emak!