04 July, 2016

Hari Ini

hari ini
di saat mata-mata manusia sedang menutup
bermimpi indah dan benci
kau masih menarikan
fikiran yang tak menentu
dan kau marah
bertanya dalam hati
mengapa kau jadi begini

hari ini
kau rindu
masa masa jerit pekik
masa masa kau tiada fikir apa
masa masa hati kau
hanya milik kau

hari ini
kau kembali mencari diri
di manakah kau yang dulu
yang kuat menepis luka
yang tidak pernah rasa duka
yang hanya fikir suka

hari ini
adakah akan sama seperti kelmarin?
kau masih tertanya
sedang jawapannya telah terlihat

kau hanya tidak mahu lagi menerima...