18 August, 2017

Banner Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah!

18 hingga 20 Ogos ini akan diadakan perkhemahan Badan Beruniform Sekolah.
dalam masa yang sama, aku telah pun sign up untuk join Master Photocamp di Cameron Highlands. Jadinya memang taklah aku nak terlibat kan dalam aktiviti camping camping sekolah ni.
Nak dipermudahkan, nama aku tak diletakkan sebagai jurufoto program pun.
Lega jugalah aku di situ. Alhamdulillah. Makin kurang sedikit bebanannya.

Jadi, macam biasa, kalau bukan aku memang kak sham akan melobi la nak buat banner. Jadi, adalah nama aku dalam kertas kerja program untuk banner.. yipppppii!

Disebabkan nak cepat dan aku pun bukan nak ada idea sangat, aku buat je ringkas ringkas.
Alhamdulillah selesai, dah siap hantar pada rakan sekerja.

Besok perjalanan akan bermula jam 4 pagi dari rumah untuk ke Cameron Highland! So, balik nanti baru cerita untuk post yang akan datang.

Jom tengok banner nih, simple!


17 August, 2017


So, sempena bulan kebangsaan tugas aku adalah untuk siapkan banner. 
Sebenarnya kira macam kena buat dua kerja. 
Tapi tak apalah. Kerja yang menyeronokkan aku buat je dengan hati yang yippppii! 




Hasil yang tak seberapa. Jangan Kecam ok? Terima kasihlah sudi baca!

14 August, 2017

Smart Card Baru

Beberapa hari yang lalu, aku kena rakam gambar murid untuk smart card mereka.
Smart card ini untuk apa?
Ok, smart Card ini sebenarnya kad yang pusat sumber sekolah gunakan sekiranya murid, guru dan staf sekolah ingin membuat pinjaman buku, dan kehadiran mereka di perpustakaan sekolah.

Disebabkan di sekolah biasanya kita tak ada card matrik kan?
Jadi, ini kita kira macam kad matrik la nih ye..
Walaupun ada kad matrik ni, murid-murid tetap perlu pakai tanda nama dan lencana sekolah. haa.. gitu. Cikgu dan staf pun sama ya. Tetap kami ni pakai tanda nama sebagai seorang penjawat awam.

Meh, belanja gamba sket..


               




dan ini latar belakangnya...





Terima kasihlah sudi baca!

13 August, 2017

Filter oh Filter!

Beberapa hari ini, kemain rajin merayau rayau dalam shopping mall tau!.
Takde lah penat sangat, cuma penat mata..
Sebab, shopping mall di alam maya sahaja. haa..
Memang sesuai sangatlah dengan aku yang gila pemalas nak keluar berjalan kan?

So, semalam dah penat keluar berjalan dengan mak.
Pergi cari spare part untuk water filter dan makan tenghari.
Hari nih kita jalan-jalan shopping mall alam maya jelaaa.. kan?

Lazada, Lelong, 11street dan kedai-kedai kamera on9 yang ada.
Pening pulak nak cari ND filter ni.
Sebenarnya, aku ada join satu photocamp yang akan diadakan di Cameron Highland.
Jadi, ticer aku tu senaraikan la barang-barang yang diperlukan.
Semua barang yang disenaraikan tu aku ada. kecuali remote shutter dan ND filter..
Class kali ini, lebih kepada Landscape Photography, jadi memang perlukan barang-barang tersebut. Aku yang super excited baru 1st time nak join kelas seumpama ini..

Jadi, aku nak la biar semuanya ada kan.. senang sikit nak mengikuti pembelajaran kelak.
Semalam, aku telah membuat keputusan yang sangat drastik..
Aku beli saja ND filter dan remote shutter yang jenis ok lah sikitkan kat Lazada.
Tapi harganya sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan harga di  Lelong.
Di Lazada, ada barangan yang supplier nya dari oversea. Direct supplier mungkin, dan harganya murah lebih kurang hampir tiga kali ganda dari Lelong.

Kenapa?

Sebab dekat lelong, barang yang aku nak tu semua ada di kedai-kedai tempatan.
Maksudnya mereka mungkin ambil dari sana, dan jual di sini.
Kalau tak perlu barang tu segera, korang boleh lah pilih Lazada.
Kalau nak segera, pilihan yang ada boleh je beli di Lelong.
Barangannya dah ada di kedai-kedai tempatan. Cuma harganya agak mahal la kan.
Tapi ok lah ada, daripada tak ada?

Ok lah, nanti aku akan update perjalanan tu dengan gambar ye korang.
Tq la sudi baca.. :)

08 August, 2017

Tekanan!

Hai, harini macam serius pula rasanya. Yerlah meh nak cerita. 
Beberapa hari yang lalu, tak ingat bila kan aku adalah gatal jari jemari menjawab
satu ujian mental yang dianjurkan oleh Public Health Malaysia. 

Bukanlah nak cerita aku nih ada masalah mental. 
Tapi, macam dah nak mental dah ha. Serius!   
Meh aku tunjukkan result ujian. 

Rasa nak menangis pun ada...

Keputusan Saringan Kesihatan Mental

Keputusannya, Tahap Kesihatan Tidak Normal!

Jadi, apa yang Public Health Malaysia sarankan? 

Mereka minta supaya bawa keputusan ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk buat pengesahan dianosa dan intervensi susulan.  Jadi boleh ke sini--->> senarai Klinik Kesihatan berdekatan dan pilihlah Klinik Kesihatan Sahaja. 

Part yang paling best, korang boleh join satu group support di facebook, iaitu Depression Survivors (Malaysia) 

Korang nak try test? boleh klik SINI

Good Luck korang!

dan, terima kasih sudi baca. :)

07 August, 2017

Dasar Cikgu

Dasar Cikgu.

Ilmu ada dimana-mana sahaja. Nak berjalan-jalan 'happy2' pun nak terapkan unsur ilmiah. 

Aku memang suka melawat tempat2 yang menambah pengetahuan am. Yela, nak baca buku sangat pun ada kalanya otak pun tepu. 

Tak boleh dinafikan bahawa dengan aktiviti lawatan secara alami ini mampu menambah pengetahuan, serta mematangkan pemikiran.

Jadi 2 minggu yang lalu, aku membawa mak dan keluarga kecil kakak aku ke majlis perkahwinan anak kakak sepupu di Manjung.

Aku bertanggungjawab untuk menyediakan itenari sepanjang perjalanan ke sana. Mak pula melahirkan hasrat hati untuk singgah di kampung nenek kami di Tanjung Karang.

Selain makan yang enak2 di sepanjang perjalanan, kami turut melawat ke Galery Padi di Sekinchan. Seronoknya bukan main. Dapat ilmu tentang kaedah pemprosesan padi menjadi beras. Ada juga sejarah tentang pembukaan penempatan dan tanaman padi serta peralatan tradisional yang digunakan untuk proses padi pada zaman dahulu.

Seronok sangat sebab anak-anak buah pun suka dapat mengikuti sesi lawatan ala-ala sekolahnya bersama family.


Di Galeri Padi

ok, nanti kita sambung lagi cerita jalan-jalan ya? Terima Kasih sudi baca!

p/s sebenarnya ini post status FB den.. hahahaha!

23 May, 2017

Banyak cerita!

Terlalu lama tidak menarikan jari jemari di sini.
Tahu tak erti rindu?
Banyakkkkkk..
*buat kesan macam banyak sangat*

sangat cerita suka duka sepanjang tahun lepas tak cerita kat sini.

ok, kita ringkaskan. Tahun lepas merupakan tahun paling banyak kali aku naik belon. haa... ko rasa? huhuhuhu..

sebagai cikgu biasa yang hanya jadi kuli kat sekolah, tiba-tiba macam kau banyak je kerja nak ke sana ke mari kan?

1. PSS buat Lawatan Penanda Aras di Sekolah-sekolah Sabah. jangan tanya kat mana sebab aku pun dah lupa. salah satunya di Kundasang lahh! *muka merah* uolls!