23 May, 2017

Banyak cerita!

Terlalu lama tidak menarikan jari jemari di sini.
Tahu tak erti rindu?
Banyakkkkkk..
*buat kesan macam banyak sangat*

sangat cerita suka duka sepanjang tahun lepas tak cerita kat sini.

ok, kita ringkaskan. Tahun lepas merupakan tahun paling banyak kali aku naik belon. haa... ko rasa? huhuhuhu..

sebagai cikgu biasa yang hanya jadi kuli kat sekolah, tiba-tiba macam kau banyak je kerja nak ke sana ke mari kan?

1. PSS buat Lawatan Penanda Aras di Sekolah-sekolah Sabah. jangan tanya kat mana sebab aku pun dah lupa. salah satunya di Kundasang lahh! *muka merah* uolls!


2. Lawatan kerja dan menjejak susur galur keluar Dato' Haji Talib Karim, yang merupakan Ketua Menteri Melaka ke 3. Nama beliau juga digunakan pada nama sekolah aku mengajar. Pada asalnya, aku tidak pun terlibat dengan aktiviti penubuhan Galeri Dato' Haji Talib Karim. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku dipelawa untuk membantu membuat rakaman video sepanjang berada di Bukit Tinggi dan di Sungayang Indonesia. Seterusnya, aku terjebak untuk menghasilkan video dokumentari Dato' Haji Talib Karim... kemudian ditambah pula dengan video gerak kerja penubuhan galeri (di sebalik tabir).

Video tersebut ditayangkan pada majlis perasmian Galeri Dato Haji Talib Karim di sekolah kami dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.

Tapi, sedihnya aku tak dapat bersama-sama menraikan majlis kerana pada masa yang sama majlis perkahwinan abang aku sendiri berlansung di rumah.

dannnnnn.. bermulalah tugas baru kena buat montaj kat sekolah setelah terkantoi mengasilkan dokumentari Dato'Haji Talib Karim dengan penuh gemilang... T_T padan muka kau Qema!

3. Jakarta dan Bandung Indonesia - Urusan GARUMBA. Membeli set angklung untuk sekolah..

4. Kembali ke Bandung untuk membawa pulang Angklung yang ditempah.

5. Majlis Persaraan Pengetua yang gilang-gemilang. Beliau request nak video ala-ala dokumentari macam yang aku buat tuk galeri. Memang peningla juga nak siapkan... tapi alhamdulillah, dipermudahkan semua urusan dan video untuk beliau siap dan sangat disukai olehnya.

So, ini ringkasannya.. nanti aku akan ceritakan lagi satu persatu! Memang banyak cerita, ada suka ada duka.. dah macam gaya Dato Siti. Mampu?


No comments :