07 August, 2017

Dasar Cikgu

Dasar Cikgu.

Ilmu ada dimana-mana sahaja. Nak berjalan-jalan 'happy2' pun nak terapkan unsur ilmiah. 

Aku memang suka melawat tempat2 yang menambah pengetahuan am. Yela, nak baca buku sangat pun ada kalanya otak pun tepu. 

Tak boleh dinafikan bahawa dengan aktiviti lawatan secara alami ini mampu menambah pengetahuan, serta mematangkan pemikiran.

Jadi 2 minggu yang lalu, aku membawa mak dan keluarga kecil kakak aku ke majlis perkahwinan anak kakak sepupu di Manjung.

Aku bertanggungjawab untuk menyediakan itenari sepanjang perjalanan ke sana. Mak pula melahirkan hasrat hati untuk singgah di kampung nenek kami di Tanjung Karang.

Selain makan yang enak2 di sepanjang perjalanan, kami turut melawat ke Galery Padi di Sekinchan. Seronoknya bukan main. Dapat ilmu tentang kaedah pemprosesan padi menjadi beras. Ada juga sejarah tentang pembukaan penempatan dan tanaman padi serta peralatan tradisional yang digunakan untuk proses padi pada zaman dahulu.

Seronok sangat sebab anak-anak buah pun suka dapat mengikuti sesi lawatan ala-ala sekolahnya bersama family.


Di Galeri Padi

ok, nanti kita sambung lagi cerita jalan-jalan ya? Terima Kasih sudi baca!

p/s sebenarnya ini post status FB den.. hahahaha!

7 comments :

Miera Hassan said...

kak Qema cikgu ke?

mama arif said...

Seronok la berjalan sambil tambah ilmu baru. =)

Blogwalking here . Jemput singgah blog huda > www.ceritahuda.com

Norliza Nordin said...

Salam singgah dan dah follow sini

Ieda Qema said...

yee.. miera Hassan.. :)

Ieda Qema said...

Tq Sudi sampai sini ya huda..
Tq Norliza Nordin :)

naimah wahab said...

Gie jalan-jalan memang syok. Lagi best kalau dapat buat rombongan cik kiah :P

Ieda Qema said...

memang seronok sangat @naimah wahab.. :)