08 August, 2017

Tekanan!

Hai, harini macam serius pula rasanya. Yerlah meh nak cerita. 
Beberapa hari yang lalu, tak ingat bila kan aku adalah gatal jari jemari menjawab
satu ujian mental yang dianjurkan oleh Public Health Malaysia. 

Bukanlah nak cerita aku nih ada masalah mental. 
Tapi, macam dah nak mental dah ha. Serius!   
Meh aku tunjukkan result ujian. 

Rasa nak menangis pun ada...

Keputusan Saringan Kesihatan Mental

Keputusannya, Tahap Kesihatan Tidak Normal!

Jadi, apa yang Public Health Malaysia sarankan? 

Mereka minta supaya bawa keputusan ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk buat pengesahan dianosa dan intervensi susulan.  Jadi boleh ke sini--->> senarai Klinik Kesihatan berdekatan dan pilihlah Klinik Kesihatan Sahaja. 

Part yang paling best, korang boleh join satu group support di facebook, iaitu Depression Survivors (Malaysia) 

Korang nak try test? boleh klik SINI

Good Luck korang!

dan, terima kasih sudi baca. :)

1 comment :

Ann Ishak said...

takut pulak nak cuba...mau mental disorder jugak ni :(